10 - malu? segan?

5 1 1
                                    

• author's pov

Jisoo dalam perjalanan untuk jumpa rakan onlinenya yang bernama Riki. Mereka tidak pernah jumpa lagi sebelum ini dan ini merupakan kali pertamanya mereka akan jumpa.

Riki sedang menunggu di sebuah kafe yang agak mewah dan mahal. Memandangkan sekarang masih musim sejuk, Jisoo mengenakan pakaian yang tebal.

Ketika dia masuk ke dalam kafe itu, dia mencari rakannya itu. Oleh kerana dia tidak yakin mana keberadaan Riki, dia menelefon Riki lagi.

Ketika Jisoo menelefonnya, telefon Riki berbunyi, menggemakan satu kafe yang luas itu. Riki lalu menyambut panggilan Jisoo, "Ya Jisoo-ssi?"

"Kau kat mana? Noona dah sampai."

Riki laju berdiri dan mencari Jisoo juga. "Noona nampak tak orang berdiri? Itu saya."

Ketika Riki dan Jisoo berbalas pandangan, Riki melambai ke arah Jisoo. Jisoo dengan girangnya berlari ke arah Riki.

"Jisoo?!" Riki tersenyum.

"Ya! Riki kan?"

"Ya!" Jawab Riki. Mereka tertawa dan Riki mempelawa Jisoo duduk di hadapannya.

"Tak sangka kita jumpa juga akhirnya." Ucap Riki sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Jisoo menyambut tangan Riki.

"Betul tu... Tak sangka sangat."

"Ni mesti baru balik dari kelas kan?"

"Macam mana tau?"

"Saja teka..." Riki tersenyum lagi. Pelayan kemudian datang dengan menu di tangannya.

"Order dulu noona. Kita minum sambil borak."

"Ok!" Jawab Jisoo. Riki tersenyum lagi melihat gelagat Jisoo.

"Macam kita kenal dah lama..."

"Hmm?" Jawab Jisoo bingung. "Bukan memang dah lama ke?"

"Ah!" Riki tertawa, "maksud aku macam dah sering jumpa."

"Kan?!" Jisoo juga tertawa. "Aku dah tau apa nak minum, noona?"

"Aku minum kopi."

"Eo? Sama."

"Lucu lah noona ni..."

"Kenapa?" Jisoo tanpa ragu-ragu menatap Riki dengan senyuman lebar di bibirnya.

"Noona campur Korean dengan Japanese tadi..."

"Oh? Tak perasan pula..." Riki tersenyum lagi dengan sikap Jisoo. Setelah memesan minuman dan dessert, mereka mulai berborak.

"Aku memang akan menetap kat Korea. Nak buka satu studio menari."

"Oh ya... Kau ada cakap dulu."

"Datanglah jenguk juga. Noona kan suka menari juga."

"Ya... Tapi tau tak, aku masih belum boleh buat banyak gerakan yang berat-berat."

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now