20 - biadap

2 1 1
                                    

• author's pov •

Jisoo dan Jungwon duduk berhadapan di satu kafeteria yang ada berdekatan dengan dewan kuliah. Jungwon masih bertanya akan keadaan Jisoo walaupun Jisoo sudah berulang kali menyatakan dia baik-baik sahaja.

Jungwon menatap Jisoo dengan penuh tanda tanya dan banyak persoalan yang ingin dia kemukakan pada Jisoo tapi Jungwon tidak begitu berani bertanya. Riak wajah Jisoo agak menakutkan jadi Jungwon hanya diam.

"Kau lepak dengan aku sebab apa?"

"Saja..."

"Nak kenal lebih dalam?"

"Ya..."

"Tanyalah apa yang kau nak tanya."

Kopi sejuknya dihirup dulu, "noona ada abang kan sebenarnya?" Jisoo terkejut dengan pertanyaan tersebut tapi cuma berpura-pura untuk tenang.

"Ya ada. Macam mana kau tau?"

"Itu tak penting. Cuma saja kenapa harabeoji noona tak bagi tau yang noona ada abang?"

"Itu tanya dia, bukan aku."

"Noona memang biadap ke?"

"Eo, yaaa. Kenapa? Kau ada masalah dengan kebiadapan aku?"

"Ya... Appa aku tak suka orang macam kau ni."

"Aku boleh tukar personaliti aku depan dia. Dan, buat apa aku nak tunjuk baik depan kau?"

"Sekurang-kurangnya noona tunjuk ajar benda yang baik lah kan? Noona kan tua daripada Jungwon."

"Kita beza setahun jer. Kau sendiri pun dah besar dan tau fikir untuk diri sendiri kan? Untuk apa nak tunjuk ajar daripada aku?"

"Wah... Sangat biadap."

"Jadi tak perlu minta ajar aku apa-apa sebab memang aku ni biadap."

"Appa noona tak pernah ajar ke untuk jadi orang yang beradab?"

"Tak pernah. Dia ajar aku untuk jadi kasar dan jahat. Untuk pengetahuan kau, aku hanya patuh pada arahan dia seorang. Tapi memandangkan dia dah takde, aku takkan patuh pada sesiapa pun."

"Daebak..." Jungwon menepuk tangannya sebanyak tiga kali. "Noona memang hebat. Boleh kena bagi anugerah orang terbiadap."

"Kau pun apa kurangnya kan? Biadap juga sebab suka nilai aku setelah hanya tahu cara aku bercakap. Jadi, kau dan aku sama jer biadap."

"Aku tak biadap... Aku akan biadap bila orang biadap dengan aku. Noona duluan biadap, jadi, aku pun biadap."

"Mengaku jer lah kau biadap. Tak payah nak acah kau budak baik. Aku tau kau buat apa kat luar dan jangan risau... Aku takkan bagi tau appa kau."

"Hah? Noona cakap apa ni? Noona tak boleh tuduh sembarangan, noona boleh kena saman ikut undang-undang di bawah seksyen-"

"Wae? Kau ambil bidang kepolisan ke? Kau sebut pasal undang-undang ni mesti kau ambil kos tu kan?"

"Noona tau apa pasal aku?"

"Relax... Jungwon-ssi. Kalau kau tak buat jahat, jangan gelabah."

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now