"Adik, nanti teman ibu pergi market ya. Ibu nak beli barang basah untuk buat nasi lemak esok." Wajah tua Puan Hajar tersembul di muka pintu. Afaf yang masih bertelekung itu berpaling menghadap ibunya.
"Boleh ibu. Selama ini siapa lagi yang teman ibu. Takkan hantu adik pulak?" Seloroh Afaf. Sempat dikerling jam di dinding. Hampir pukul 7 pagi. Afaf rutin dia setiap pagi selepas solat subuh memang akan duduk lama berteleku di atas sejadah. Kadang-kadang sehingga terlena di situ.
Semenjak kematian Encik Azhar, kehidupan mereka ditanggung oleh Ardina. Afaf selepas habis SPM, memang dia tidak sambung belajar lagi. Tidak mampu. Selepas itu, Ardina lah yang mengambil alih tugas ayah. Dia pula hanya bekerja sambilan itu pun hanya sekejap saja.
Namun, kejadian 6 tahun yang lalu kehidupan mereka berubah seratus peratus. Sekelip mata, mereka hilang tempat bergantung. Kini, mereka hanya menjual nasi lemak sebagai sumber pendapatan sementara dia menunggu kerja kosong di taska berdekatan rumah. Walaupun dia rasa tidak layak, tapi apa salahnya dia mencuba.
Puan Hajar mendekati anaknya. Duduk bersimpuh dan tangan Afaf dicapai.
"Adik okaykah?" Soal Puan Hajar lembut. Setiap kali melihat wajah Afaf, dia sedih. Wajah Afaf saling tidak tumpah seperti raut wajah anak sulungnya, Ardina.
Afaf tidak segera menjawab. Pandangan ditebarkan di seluruh bilik. Sunyi dan sepi. Tiada lagi suara riuh dan susuk si kakak. Afaf rindu. Terlalu rindu. Sebelum ini ada kakaknya Ardina untuk dia berkongsi suka dan duka.
Afaf pejam mata rapat. Masih terbayang-bayang tragedi ngeri itu di layar mata walaupun sudah 6 tahun berlalu. Dan kejadian dia dicekik oleh bekas tunang kakaknya itu pun tiada siapa yang tahu. Melainkan dia dan susuk lelaki yang membantu dia ketika itu. Dia hanya nampak samar-samar sahaja lelaki itu sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri. Puan Hajar tidak tahu kerana waktu kejadian itu berlaku Puan Hajar tiada di tempat kejadian. Dan doktor juga ada memberitahu bahawa lelaki yang membantu dia juga tidak membenarkan memberitahu kepada ahli keluarga pesakit.
Puan Hajar kasihan sebenarnya dengan Afaf. Anak bongsunya ini memang jarang bercerita. Kalau ada pun, dia akan lebih bercerita kepada Ardina. Afaf lebih rapat dengan Ardina berbanding dia. Afaf, sejak ketiadaan Ardina lebih banyak memendam. Nampak saja Afaf ceria di luar, namun tiada siapa dapat membaca fikiran Afaf. Namun, dia tidak menyalahkan Afaf. Dan dia pun tidak mahu bertanya lebih. Andai Afaf mahu tempat bercerita, dia akan selalu ada.
"Ibu, adik okaylah. kenapa ibu tanya tiba-tiba ni?" Afaf genggam tangan Puan Hajar erat. Lebih memohon kekuatan sebenarnya. Afaf bukan tidak mahu bercerita dengan ibunya, cuma dia tak nak mereka terlalu larut dengan kesedihan.
"Saja. Tak tahulah kenapa hati ini rasa rindu tiba-tiba." Sayu kedengaran suara Puan Hajar.
"Kalau rindu, banyaklah bercerita dengan DIA. Bercerita kepada manusia terkadang tidak membuatkan kita tenang. Sedangkan DIA membuatkan kita tenang dan nyaman." Afaf senyum lebar.
"Amboi, sejak bila anak ibu pandai berpundah pujangga ni. Belajar kat mana?" Usik Puan Hajar.
"Ibu kan selalu bawa adik pergi ceramah agama. Adik masih lagi belajar ibu. Rupanya banyak yang Allah nak tunjuk bila kita rehda dengan ujian yang datang." Sering kali Afaf mengingatkan diri.
"Kalau masa itu adik pun pergi tinggalkan ibu, ibu tak tahu macam mana nak hidup." Luah Puan Hajar.
"Tapi, sekarang ibu tengoklah anak ibu. Masih bernyawa dan bertambah sihat, kan?" Seloroh Afaf di hujung kata.
"Hah, tahu tak apa? Geram kadang-kadang ibu dengan adik. Untung siapa dapat isteri macam adik." Usik Puan Hajar lalu memeluk tubuh Afaf erat. Afaf pula hanya mampu menggeleng. Pelukan Puan Hajar turut dibalas.
Afaf senyum saja. Kotak memorinya kembali kepada ingatan 6 tahun lepas. Masih segar dalam ingatan sehingga kini yang membuatkan dia berubah menjadi yang sekarang.
"Nurse, kejadian tadi tu jangan bagitahu ibu saya ya?" Tangan nurse yang merawat Afaf dilelar. Dia duduk bersandar di kepala katil.
"Tak boleh macam itu, adik. Ibu adik kena tahu juga hal ini. Nanti kalau lelaki itu datang lagi tapi ibu adik tak ada macam mana? Lagipun kawasan wad sini sunyi sikit." Afaf pandang tag nama yang tertera di baju nurse tersebut 'Amira'.
"Bolehlah nurse. Saya tak nak ibu sedih. Cukuplah ibu sedih dengar kehilangan kakak saya." Afaf bernada sedih. Mujur ketika itu dia memakai tudung, kalau tidak mana dia nak sorokkan kesan lebam di sekitar leher.
"Okaylah kalau macam tu. Kalau jadi lagi, cepat-cepat panggil saya atau kakitangan yang bertugas, tahu?" Afaf angguk laju.
"Nurse, lelaki yang tolong saya tadi tu dekat mana? Boleh saya jumpa dia?" Baru Afaf teringat. Sebelum dia pengsan tadi, memang dia dengar jelas dan nampak seorang lelaki tadi.
"Saya tak tahulah pula. Tapi, dia ada serahkan ini kepada saya." Nurse Amira menyerahkan satu sticky note bewarna merah jambu kepada Afaf.
Afaf kerut kening namun huluran dari nurse Amira dia ambil juga.
"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu. Nanti ibu adik datang." Amira sempat tersenyum manis sebelum berlalu pergi.
"Terima kasih, nurse." Nurse Amira hanya mengangguk kecil.
Setelah memastikan pintu bilik wad ditutup rapat, Afaf kembali merenung sticky note di tangan. Bait-bait kata itu disebut perlahan. Mata terpejam rapat lalu sticky note di bawa rapat ke dada. Entah kenapa, ada satu rasa yang mencengkam dada. Mulai hadir saat nama singkat lelaki itu meniti di bibir.
"Fi hifzillah fi amanillah'
- Saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya' ^_^ (Fa)
"Ya Allah, iibu panggil dia banyak kali boleh mengelamum pulak. Siap tersenyum lagi. Anak ibu ni sihat ke tidak?" Soal Puan Hajar risau. Ditampar perlahan tangan kecil Afaf yang jauh mengelamun, siap pakej senyum lagi.
Afaf senyum dan tidak lama ketawa besar terletus. Lucu saat melihat wajah Puan Hajar berubah keruh. "Maafkan adik, ibu. Tiba-tiba teringat sesuatu."
"Ingatkan apalah. Dah, tak maulah sedih-sedih. Cepat bersiap, kita pergi market. Nanti lambat pula." Puan Hajar bangun dan berlalu keluar. Afaf juga bangkit untuk bersiap.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | C
Romance"Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat." 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]