Part 9

3.4K 159 1
                                    

"Along, maafkan salah silap adik. Tolong jaga anak adik, ya."

"Walid..."

Terasa tubuh digoncang lembut oleh tangan kecil, dia mula membuka mata. Dia mimpi lagi. Bibir melorek senyuman tipis saat mata bersambung dengan wajah Anggun yang sedang memandang dengan dahi yang berkerut.

Affan raut wajah. Sudah lama dia tidak dapat mimipi begini. Namun, sejak akhir-akhir ini makin kerap pula. Petanda apa agaknya.

"Kenapa sayang walid?"

Pada usia 28 tahun dia sudah menjadi sosok ayah pada si kecil yang kini berusia 6 tahun. Kemalangan itu berlaku 6 tahun lalu yang mengorbankan Afnan dan Fadhil iaitu adiknya dan adik iparnya. Tugas sudah beralih kepadanya.

"Walid tak sihat? Kalau macam itu Anggun tak payah pergi sekolah lah." Sengih Anggun sehigga timbul lesung pipit di kiri.

"Apa kaitan tak pergi sekolah dengan walid. Selama ini yang hantar Anggun bukan walid. Tokbaba kan?" Affan menyandarkan tubuh di kepala katil. 

"Ishh...walid ni lah.." 

"Dah, jangan nak buat muka toya depan walid. Walid tak layan." 

"Along."

Kedua-dua beranak itu beralih pandang ke arah pintu. Muncul sosok sang ibu yang sedang tersenyum manis melihat mereka.

"Lama umi tunggu kat bawah nak sarapan sekali, boleh pula kamu berdua tak turun lagi. Hah, Along pula baru bangun."

''Terlajak tidur sekejap tadi umi. Ingat nak baring-baring sat, eh terlajak pula." 

"Umi, Anggun ni hah dia mengelat."

Pap..

Terasa sakit sedikit dada dia akibat ditepuk oleh si anak. "Walid, semua nak mengadu dengan tokma."

Affan hanya tersengih melihat muncung Anggun. Kelakuan itu sangat mirip dengan seseorang. Puan Aida hanya melihat wajah mendung si anak.

"Kamu mimpi lagi ya?" Tubuh di bawa mendekat dan punggung di labuhkan di sisi katil. Kasihan Affan, di saat orang lain sedang mengejar cita-cita, si anak ini perlu menggalas tanggungjawab sebagai ayah pada usia yang muda.

"Kejadian itu berlaku depan mata along umi. Macam mana along nak lupa. Along saksi semua kejadian." Affan meraup muka sambil mengeluh dalam.

Masih dia ingat lagi, ketika itu dia sedang tidur bersama Anggun di tempat duduk belakang. mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di luar daerah. Encik Fathi dan Puan Aida pula mereka bergerak awal lagi. Dia ada tawarkan diri untuk memandu memandangkan adik iparnya itu belum lagi berehat. Tapi, adik iparnya itu kata boleh memandu lagi.  

Malam itu pula hujan. Tidaklah terlalu lebat, masih lagi boleh nampak jalan. Entah macam mana adik ipar dia hendak mengelak sesuatu sehingga menghentam kereta di hadapan. Kereta yang dinaiki hilang kawalan. Adik ipar dan adiknya cedera parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Sedangkan dia dan Anggun hanya cedera ringan. Dia masih tidak percaya memandangkan kereta mereka teruk berlanggar. 

Kereta yang mereka langgar itu tidak sempat dia nak bertanya kerana dia juga sedang panik ketika itu. 

"Umi, turun bawa dulu. Nanti along turun dengan Anggun." Tidak mahu larut dengan kenangan lama, tubuh diangkat bangun.

"Eh, walid tak demam." Anggun merungut kecil. Punah harapan dia nak ponteng sekolah hari ini. Selalunya walid akan deman kalau dia bermimpi buruk, kali ini tidak pula. Hairan dia.

"Suka walid demankah?" kalau dia demam memang si budak Anggun ni lah paling happy. Sebab apa? Tak payah pergi sekolah. Alasan dia nak jaga Affan. 

"Anggun, tak baik doakan walid macam itu. Tokma nak turun bawah, Anggun nak ikut atau tunggu walid bersiap?"

"Nak tunggu walid."

Sebaik saja tubuh Puan Aida menghilang di sebalik pintu, tubuh tinggi lampai itu juga menghilang ke dalam bilik air. Dan Anggun pula hanya duduk di atas katil menunggu Affan.

 Dan Anggun pula hanya duduk di atas katil menunggu Affan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Inilah ibu cafe yang kita jual nasi lemak tu." 

Hari ini Afaf bawa Puan Hajar tengok tempat yang mereka letak nasi lemak itu. Lega hati mereka berdua pesanan nasi lemak sentiasa ada permintaan. Kadang tak menang tangan Afaf dan Puan Hajar nak buat sehingga terpaksa mengehadkan bungkusan nasi lemak. 

Lagipula cafe itu tepi jalan saja. Dan si Khairil yang selalu beli nasi lemak dia memang promote habis-habisan. Segala hasil jualan memang diberikan sepenuhnya kepada Afaf. Bila Afaf bertanya pada Khairil lelaki itu kata

"Bos niat nat tolong saja. Awak tak perlu risau. Tugas awak siapkan nasi lemak saja. Anggap itu rezeki awak." 

Afaf tidak bertanya lagi tentang hal itu.

'Eh, ini tanah ayahlah adik."

"Iyakah ibu?" Afaf pun baru tahu. Dia bukan baru tahu, tapi tidak berapa ambik tahu. 

"Ha'ah. Tapi memang lama dah tanah ni dibeli. Masa itu kakak kamu ada lagi." Bila sebut tentang Ardina, perlahan saja suara Puan Hajar. 

"Hmmm.. takpalah ibu. Sekurang-kurangnya tanah ini tak terbiar. Memang elok sangat bangunkan kedai dekat sini." Kata Afaf lagi. Tidak mahu mereka terlalu ingat dengan masa lalu. Lagipun, hal dah lama. 

Kedua-dua beranak itu keluar. Afaf dengan bakul nasi lemak di temani Puan Hajar di sisi. 

"Assalamualaikum, makcik." Sapa Khairil ceria sebaik saja kedua wajah itu terpancul di pintu cafe. 

Laju saja tangan dia mengambil bakul di tangan Afaf sebelum berlalu dan disusun di tempat biasa. 

"Cantiklah cafe ni adik." Puji Puan Hajar sambil mata ditebarkan sekeliling. 

"Itulah ibu. Siap boleh tangkap gambar lagi, kan?"

"Makcik nak minum apa?" Soal Khairil sebaik saja dia siap menyusun nasi lemak. 

"Adik nak minum coffee?" Soal Puan Hajar. Dia tahu anaknya itu gilakan coffee. Pantang jumpa, nak membeli saja kerjanya.

"Tak mahulah." Afaf tolak lembut. Sebab coffee itu akan ingatkan dia dengan kakaknya. Dulu sering kali kakaknya itu jadi peneman dia cari port coffee. 

Khairil kembali semula dengan bakul kosong dan diserahkan kepada Afaf. 

Afaf jenguk sedikit dalam bakul. Seperti biasa ada satu sticky note di situ. 

Dia sempat berpandangan dengan Khairil yang sedang tersenyum manis memandang. Lelaki itu memang murah dengan senyuman sehingga dia sendiri naik segan. 

"Boleh request yang mahal sikit tak?" Ramah suara Puan Hajar.

"Boleh. Tapi, bos saya belanja..."

Khairil merilik ke arah Affan. 

Affan yang baru saja tiba dari belakang mendadak berhenti. Tiga pasang mata terarah pada dia kini. Mujur dia pakai mask. 

"Err... boleh makcik." Affan buat biasa saja. Ada sepasang mata yang sedang memerhati dia dalam diam. Tapi sekejap saja bila mana gadis itu kembali semula bersembang dengan Puan Hajar. 

Afaf sempat pandang lelaki yang sedang membelakanginya itu. Tidak lama, dia pandang sticky note di tangan. 

"Senyumlah, Allah kan ada"

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now