Part 63

2.9K 117 1
                                    

'Aku hanya wanita yang biasa. Tetapi cinta dia yang luar biasa membuatkan aku rasa istimewa.'

Afaf sandarkan tubuh di atas buaian sambil dia menggerakan buaian dengan hanyunan yang perlahan. Kebetulan pula hari ini hujung minggu, memang dia akan melepak di rumah keluarga Affan. Bosan terperuk di dalam bilik jadi dia keluar mengambil angin di luar. Dia hendak membantu membuat kerja rumah pun, awal lagi dilarang oleh Affan. Affan kata, ada abah dan umi yang sudah terbiasa melakukan kerja rumah bersama-sama. Puan Hajar pula di dalam bilik Anggun sedang mengajar Anggun mengaji Al-Quran.

Affan seperti biasa akan keluar bersama Khairil. Kedua lelaki itu memang tidak boleh duduk diam, ada saja kerja yang hendak dibuat. Kata mereka bosan dengan satu kerja saja. Mentang-mentanglah kerja sendiri. Pernah sekali juga Afaf dapat tahu yang Affan pernah kerja di bengkel. Patutlah masa kereta kancil dia rosak dulu dia tidak perlu membayar apa-apa, rupanya salah seorang kawan Affan juga. Lelaki memang mudah untuk membuat kawan. Perempuan saja yang susah.

"Adra rindukan abang.."

Beginilah jadinya kalau dia dimanjakan oleh Affan, dia mula rasa sedih dan sunyi apabila ditinggalkan berseorangan. Affan tiada di depan mata, rindu pula Afaf rasa. Walaupun ada keluarga yang menemani dia tetap juga mahukan Affan di sisi. Tidak tahulah kenapa. Mungkin sebab pembawakkan budak. Tangan Afaf pegang perut sendiri. Sehingga sekarang dia masih belum percaya ada zuriat Affan di dalam perutnya. Daripada dia bujang sehingga telah berkahwin berapa banyak tomahan, cacian serta hinaan dia terima. Dia pernah juga dituduh mandul sedangkan hubungan mereka terjalin selepas 1 tahun berkahwin. Sabarnya Affan menunggu sehingga dia betul-betul bersedia.

'Ya Allah, terima kasih Engkau hadirkan si kecil ini dalam rahimku. Buat si kecil umi, Terima kasih sebab memilihku menjadi umimu.'

Berkenaan dengan kandungan dia juga, dia belum memberitahu kepada Puan Hajar dan keluarga Affan. Tidak tahulah dia hendak menjelaskan macam mana. Dia tiada kekuatan untuk itu. Nanti sajalah dia cakap dengan Affan supaya memberitahu mereka.

"Little Affan, beruntungnya umi dapat suami macam walid. Macam mana umi tak sayang gila-gila dekat walid, kalau macam ini dia jaga awak, sayang.." Ujar Afaf bersama usapan di perut sehingga tidak sedar air mata mula berkolam di tubir mata. Bibir tidak henti-henti mengucap syukur atas pemberian yang tidak ternilai ini.

Sejak dia mengandung dia mudah sangat rasa nak menangis. Ini semua salah Affan. Sedangkan masa dia tidak sedar diri mengandung pun, bukan main lagi Affan menjaganya. Inikan pula sejak Affan tahu dari mulut dia sendiri, lagilah Affan sentiasa alert dengan keadaan dia. Seolah-olah Affan sudah terbiasa buat semua itu. Afaf tunduk memandang kaki yang sudah tersarung stokin. Tidak disangka perbuatannya tadi tertangkap oleh Affan. Dia ingatkan bila dia sembunyikan stokin ini, Affan tidak perasan. 

Afaf menyelesakan duduk. Dengan angin pula sepoi-sepoi bahasa dan cuaca juga tidak panas membuatkan Afaf mula rasa mengantuk.  Hanya beberapa saat sebelum Afaf membuka mata semula.  Afaf pekup mulut dengan tangan. Terasa sesuatu ingin melonjak keluar dari kerongkok, sebelah lagi tangan Afaf menyeluk poket gaun mengandung. Dikeluarkan satu  paket kecil asam sebelum disumbat ke dalam mulut. Dikulum perlahan untuk menghilangkan mual dan loya. Paket asam inipun dia jumpa dalam beg duit Affan yang terbuka sedikit tadi. Mungkin kepunyaan Affan memandangkan lelaki itu juga pernah mengalami alahan. Afaf mengusap lagi perut sambil memujuk anak dalam kandungannya. 

"Umi tak pernah ada pengalaman ini, sayang. Tapi, umi tahu umi perlu rasa bersyukur dengan nikmat yang tak semua orang akan dapat. Terima kasih sayang kerana sudah berjuang sejauh ini. Kita lalui sama-sama dengan walid tau little Affan." 

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now