Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mataNun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembiraBalik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girangHo ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampungTubuh Afaf bergoyang kiri kanan sambil bibir menyanyi riang. Aariz di dalam ribaan langsung tidak berkutik. Bibir terjongket senyuman kecil mendengar suara sang ibu. Mungkin sudah terbiasa mendengar suara Afaf sejak dalam kandungan lagi.
Dari minum susu sehingga tukar pampers Affan yang menguruskan Aariz. Dia pula mengemas baju mereka untuk balik ke kampung. Anggun tidak ikut sekali kerana kanak-kanak itu sekolah. Jadi, mereka tinggalkan di rumah ibu bapa Affan.
"Aariz, kita nak balik kampung. Tak sabarnya nak jumpa Tok Aki dan Nek Minah." Afaf cubit geram pipi Aariz. Sebenarnya mereka berdua telah bersepakat untuk menyembunyikan tentang kandungan Afaf sehinggalah dia selamat melahirkan. Kali terakhir mereka balik semasa mengadakan majlis mereka berdua. Selepas itu mereka jarang pulang ke kampung kerana sibuk dengan urusan kerja. Hanya sekadar call atau panggilan video saja sebagai pengubat rindu.
Affan melirik ke arah Afaf. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Dari Afaf melahirkan sehingga sekarang, Afaf kelihatan baik-baik saja. Afaf bukan main gembira lagi. Dia pula yang risau. Semasa Afaf mengandung bukan main Afaf penat sambil menangis-nangis.
Semalam sebelum mendaftarkan Afaf untuk keluar dari wad, Affan ada berjumpa dengan Doktor Asiah hendak bertanyakan keadaan Afaf. Sekaligus cara penjagaan ibu dalam berpantang. Bukan main dia bercerita panjang lebar kepada Doktor Asiah tentang kebimbangan dia, Doktor itu hanya ketawa sebagai balasan. Bertambah cuak pula dia rasa. Malu dengan kes dia membuat hal di dalam wad bersalin pun masih tak hilang lagi. Doktor Asiah sempat lagi nak kenakan dia.
"Kamu ni terlalu risau sangat sebab itu sampai meracau-racau dalam tidur. Afaf tu okaylah sebab masa dia melahirkan tiada koyakan atau perlukan jahitan. Melihat pada berat baby kamu tu sepatutnya bahagian bawah tu akan terkoyak dan perlu dijahit." Affan telan air liur yang terasa perit mendengar penjelasan Doktor Asiah.
Doktor Asiah tersenyum lagi. "Mungkin sebab dia ada belajar teknik untuk meneran dengan betul, sebab itulah tiada koyakan yang berlaku. Pengalaman ibu yang melahirkan semua tak sama. Mudah kata, semua ni bergantung kepada suami itu sendiri."
Affan diam. Tidak mengerti bicara Doktor Asiah. "Emosi ibu semasa mengandung bergantung kepada layanan suami terhadap isteri. Bukan semua tau suami sanggup melayan kerenah isteri selama 9 bulan. Ada yang hanya melayan pada awal. Tetapi, sampai ke penghujung suami dah tak ambik peduli. Sedangkan si ibu perlukan sokongan dari suami. Tambah lagi masa si ibu tengah layan sakit contraction. Ada yang mudah, ada yang sampai berjam-jam tahan sakit. Masa itulah suami perlu mainkan peranan. Sentiasa ada dengan isteri."
"Kamu tahu, kalau si ibu tu gembira masa dia mengandung, dia tak kisah pun nak melahirkan lagi zuriat kamu. Silap haribulan setiap tahun pun boleh jadi. Sebab dia tahu yang suami dia sentiasa ada di sisi menyokong sepanjang proses itu." Jelas Doktor Asiah panjang lebar.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | C
Romance"Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat." 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]