Part 64

2.3K 113 5
                                    

'Titik bahagianya seorang perempuan itu apabila dia dicintai hebat oleh seorang lelaki.'

"Afaf." Tersentak sedikit tubuh Afaf. Air mata yang hampir kering, cepat-cepat diseka. Dia hanya tidur ayam-ayam saja kerana tidak mahu melayan mual yang dialami. Dia mengukir senyuman kecil melihat Puan Aida yang mengambil tempat di sisinya.

"Nah, makanlah Afaf. Ibu Afaf baru aje buatkan pagi tadi untuk Afaf." Kek batik buatan besannya dihulurkan kepada Afaf.

"Terima kasih, umi. Macam tahu-tahu saja Afaf tengah lapar." Ujar Afaf teruja. Hilang sudah rasa mual tadi. Terpejam mata Afaf ketika kek batik itu disumbat ke dalam mulut. Seperti yang dijangka, sangat kena dengan tekak Afaf yang teringin kek batik sedikit krunchy dan tidak lembik.

Puan Aida hanya tersenyum. Bukan dia tidak nampak hidung merah dan mata sembam Afaf. Betullah kata Affan.

"Umi, kalau nampak Afaf tengah nangis, dia laparlah tu."

"Ibu masih dengan Anggun?"

"Ha'ah, lagipun saja dia nak biarkan umi luangkan masa dengan Afaf." Afaf hanya mengangguk. Dia meneruskan makan sehingga kek batik hanya tinggal sedikit. Sedap sangat sehingga tidak sedar perlakuan dia diperhati oleh Puan Aida.

"Umi nak tahu sesuatu tak?" Suara Afaf kedengaran lagi. Puan Aida hanya mengangguk. Bukan selalu Afaf hendak berkongsi cerita dengannya.

"Dulu sebelum Afaf kenal dengan Affan, Afaf pernah ada crush tau, umi."

"Biasalah dulu umur masih setahun jagung, jadi umi faham. Umi pun pernah muda juga macam Afaf." Balas Puan Aida.

"Afaf berkenaan dengan 3 orang lelaki..." Membulat besar mata Puan Aida. Afaf yang melihat reaksi Puan Aida hanya tersengih kecil.

"Amboi, kemain tamak noh menantu umi. Jadi, anak umi tu last choice? Kalau dia dengar ni, mau merajuk dengan Afaf." Usik Puan Aida.

"Alaaaa umi, janganlah bocorkan rahsia."

"Okay, umi zip mulut. Ceritalah kisah percintaan Afaf tu dengan umi. Umi nak dengar."

"Tak adalah sampai bercinta pun, umi. Hanya sekadar minat dalam diam aje."

Afaf berhenti untuk seketika.

"Pertemuan tu bukanlah pada waktu yang baik. Afaf rasa mungkin hanya kebetulan, Afaf anggap dia tolong atas dasar kemanusian. Tapi, ada sesuatu yang dia tinggalkan untuk Afaf sehingga Afaf mula berharap yang suatu hari nanti Afaf akan jumpa dengan dia semula."

"Lelaki yang kedua?" Makin teruja nada Puan Aida.

"Seorang ustaz yang selalu jadi penceramah dekat masjid taman kita ni, umi. Setiap kali, Afaf dengar ceramah dari ustaz tu, Afaf mula berangan. Kan best kalau Afaf dapat seorang suami macam itu? Orang gila mana yang tak nak lelaki yang cukup pakej itu, umi. Lagipun Afaf sering tertanya-tanya siapalah ustaz ni sehingga dia menjaga diri dari pandangan orang? Apa yang istimewa sangat ustaz ni sampai orang terlalu memuji sedangkan dia jarang menampakkan diri." Puan Aida mengukir senyuman. Sangat faham siapa yang dimaksudkan oleh Afaf. Anaknya itu memang dulu diminati oleh ramai orang.

"Bertahun berlalu sehinggalah pertemuan kali pertama dengan seorang lelaki ni yang Afaf rasa geram dengan dia umi. Suka hati dia panggil Afaf makcik dan gelar Afaf pendek." Afaf merengus kecil.

"Tapi umi, Afaf terminat dia juga sebab dia memenuhi krateria sebagai suami Afaf." Afaf pekup kedua-dua pipi. Merah pipi apabila teringat kembali detik pertemuan pertama dia dengan Affan. Boleh pula mengusya anak teruna orang.

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now