Part 26

3.6K 153 0
                                    

"Amboi, dua beranak ni sembang apalah yang seronok sangat ni?" Encik Fathi melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan Affan dan Puan Aida.

"Isteri along mana? Tak ajak sekali ke?" Soal Encik Fathi.

Affan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menyiku Puan Aida di sebelah. "Menantu abang tu tak sihat. Dia rehat dalam bilik."

Encik Fathi mengganguk faham.

"Abang nak minum air ke? Ida boleh buatkan?" Soal Puan Aida lembut.

"Tak perlu Ida. Nantilah abang buat sendiri." Encik Fathi menolak lembut.

Affan hanya menjadi pemerhati. Dia rasa sudah sampai masa untuk beritahu perkara sebenar.

"Abah... umi..." Seru Affan.

"Masih ingat lagi tak kemalangan 6 tahun lepas?" Wajah kedua-duanya tercengang namun mereka mengganguk perlahan. Wajah Affan kembali serius.

"Kalau umi dan abah nak tahu, Orang yang kami terlanggar 6 tahun lepas..."

Affan jeda seketika. Nafas dihela dalam dan dilepaskan perlahan.

"Salah seorang mangsa itu Afaf?" Soal Encik Fathi.

Affan angguk lagi.

"Allahuakbar.." Mengucap panjang Encik Fathi dan Puan Aida. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum menatap semula wajah Affan.

"Along tak tahu mulanya Afaf adalah salah seorang mangsa yang terlibat sehinggalah along tergerak hati nak jumpa sendiri dengan jururawat yang rawat Afaf. Selepas along tahu perkara sebenar, sejak itu along rasa bersalah. Along berharap sangat dapat jumpa Afaf sebab nak minta maaf atas kecuaian kita sehingga menyebabkan Afaf hilang keluarga." Jelas Affan panjang lebar.

"Jadi, along kahwin dengan Afaf sebab rasa kasihan? Along kahwin dengan Afaf semata-mata nak jaga dia? Bukan sebab Along sayangkan dia?" Jelas nada kecewa Puan Aida. Patutlah beria-ia benar Affan ingin mereka masuk meminang Afaf. Rupanya Affan hanya ingin tebus kesilapan 6 tahun lepas.

"Along, kamu jangan main-main dengan abah. Kalau dengar di telinga Afaf, tak ke sedih dia? Abah tak pernah ajar along mainkan anak orang macam ni. Salah along kahwin semata-mata nak balas budi dan rasa bersalah. Mana abah nak letak muka kalau Puan Hajar tahu pasal ni?" Ujar Encik Fathi. Andai sebab itulah Affan berkahwin dengan Afaf, dia rasa kecewa.

Tetapi, kenapa wajah Affan nampak bersinar bila lelaki itu bercakap berkaitan Afaf? Atau mereka tertipu?

"Along, terus terang dengan umi. Kenapa along sanggup buat Afaf macam itu?" Tanya Puan Aida lagi.

Affan diam lagi. Dia tunduk seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk menjelaskan kepada orang tuanya. Biarlah malam ini selesai semuanya.

Affan ketawa kecil selepas itu.

Makin hairan Puan Aida dan Encik Fathi. Orang tengah serius, boleh pula dia ketawa.

Affan mengusap batang leher dengan lembut. Entah kenapa dia segan pula. Namun, sudah terlepas cakap kenalah teruskan.

Dia panggung semula memandang wajah serius Encik Fathi. "Abah ingat tak along pernah cerita dengan abah seseorang yang along pernah selamatkan dulu?"

Encik Fathi berkerut kening. Tidak lama, dia lambat-lambat mengangguk.

"Afaf itulah orangnya."

Encik Fathi menghembus nafas lega. "Main-mainkan abah ya, along ni."

Kedua-dua beranak itu ketawa besar selepas itu.

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now