"Adra tak kisah ke Affan tinggalkan Adra dekat rumah umi? Atau Adra nak balik rumah ibu?" Affan membalikkan tubuh sebaik saja kereta miliknya berhenti di depan perkarangan rumah milik Encik Fathi.
"Adra okaylah Affan. Lagipun Adra belum sempat lagi berkenalan dengan abah dan umi. Tak sempat nak sembang banyak-banyak dengan abah dan umi." Afaf mengulum senyuman lebar.
Sejak mereka pindah masuk ke rumah Affan, mereka jarang melawat rumah keluarga Affan dan juga Puan Hajar. Affan pula setelah seminggu cuti kahwin meninggalkan kerjanya pada Khairil, kembali sibuk menguruskan hal di cafe miliknya. Terkadang lelaki itu juga turun padang menjual ikan di pasar pagi. Pendek kata, jadual Affan kembali padat kerana lelaki itu bukan sejenis yang boleh duduk saja. Ada saja kerja yang lelaki itu akan buat. Sedikit sebanyak Afaf mengagumi suaminya itu. Tidak hairanlah Affan boleh pakai kereta mahal macam ini.
Rutin dia pula kembali dengan tempahan nasi lemak yang diminta oleh Khairil. Kata lelaki itu, ramai yang rindukan nasi lemak dia. Tidak menang tangan dia menyiapkan tempahan nasi lemak yang semakin hari mendapat sambutan yang agak luar biasa. Namun, dia bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
"Termenung jauh nampak isteri kesayangan Affan." Lamunan Afaf terhenti apabila dia merasa hidung dia dicuit lembut.
"Saja, teringatkan Affan. Jom kita keluar." Afaf menyengih. "Nakal." Affan kembali tegakkan tubuh. Sempat dia layangkan ciuman sekilas di pipi Afaf.
"Affan.." Mata Afaf membulat besar seketika setelah itu ketawa kecil Afaf terletus di bibir. Sudah masak dengan perangai Affan.
Setelah enjin dimatikan Affan keluar dari kereta dan berlari anak ke arah pintu penumpang yang diduduki oleh Afaf. Segera dia membuka pintu tanpa sempat Afaf membukanya. Afaf pula hanya tersenyum kecil. Kemudian, mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum abah, umi, Anggun." Sebaik saja pintu rumah dibuka, Affan menjengul kepalanya sebelum pintu itu ditolak lebih luas. Ruang tamu itu sunyi. Sempat Affan kerling jam di tangan. Pukul 9 pagi. Kalau ikutkan waktu begini, tiga beranak itu mungkin berada di halaman belakang. Segera kaki Affan melangkah ke arah bahagian dapur dibontoti oleh Afaf.
"Ibu. Rindunya Anggun dengan ibu."
Sebaik saja kaki menapak ke arah dapur, tubuhnya terus diserbu oleh Anggun. Dengan keadaan terkebil-kebil Afaf tunduk menyamai ketinggian Anggun, pelukan dibalas. "Ibu pun rindu dengan Anggun." Setelah pelukan terlepas, Afaf mengusap pipi Anggun lembut. Kemudian, dilayangkan ciuman di pipi Anggun. Anggun pula tersipu malu dengan perlakuan Afaf.
"Along ingat abah dengan umi ada dekat halaman belakang." Affan segera menyalami tangan Encik Fathi dan Puan Aida.
"Ibu datang dengan apa ni?" Affan segera menghampiri Puan Hajar dan segera tangan itu dicium lembut. "Umi yang ambik ibu tadi dekat rumah. Sajalah bosan duduk rumah. Jadi, umi ajak ibu datang sini." Affan hanya mengangguk lalu dia menghampiri Afaf yang masih tidak sedar dengan kehadiran Puan Hajar.
"Sayang, ibu datang sekali tu. Tak nak jumpa dengan ibu?" Affan berbisik lembut.
"Hah?" Wajah Afaf blur sambil pandangan ditalakan ke arah meja makan. Nampak saja kelibat Puan Hajar membulat biji mata dia mengundang ketawa yang melihat.
"Ya Allah Ibu, rindunya adik dengan ibu. Ibu sihat?" Afaf segera merapati Puan Hajar. Dipeluk erat tubuh tua itu melepaskan rindu. Baru beberapa minggu mereka tidak berjumpa dan hanya bertanya khabar melalui panggilan telefon saja.
"Alhamdullilah, ibu sihat. Makin sihat anak ibu ni sejak jadi isteri orang." Pipi Afaf dicium lembut.
"Tengoklah siapa yang jaga ibu." Affan mendabik dada dengan perasaan bangga. Sedikit sebanyak dia bersyukur Puan Hajar percayakan dia.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | C
Romance"Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat." 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]