'We're perfectly imperfect for each other'
Mata Afaf melirik pada gulai ayam yang dicedok oleh Nek Minah. Berselera sungguh Nek Minah makan tak pandang kiri kanan. Tok Aki sudah selesai makan sejak 15 minit yang lalu dan Aariz sekarang bersama dengan Tok Aki. Memang begitulah tugas mereka berdua, bergilir-gilir menjaga Aariz tanpa menganggu Afaf untuk makan. Kalau tidak, Aariz akan dijaga oleh Affan.
Bibir Afaf mencebik. Kemudian, matanya jatuh pada pinggan sendiri. Nasi putih yang digaul lada bersama ikan kering. Kalau berdua dengan Nek Minah, memang itulah makanan rutin harian dia. Kalau dengan Affan, bolehlah dia merengek nak makan itu ini.
Pada masa yang sama Nek Minah turut mencuri pandang ke arah Afaf. Bibir dikemam rapat supaya ketawanya tidak meletus. Bukan dia tidak sedar sedari tadi lagi Afaf begitu asyik melirik ke arah dia. Tahu yang Afaf teringin, tapi jual mahal tak meminta. Muka dia ni nampak garang sangat ke? Lagipun dia sengaja nak mengusik Afaf. Comel sangat si Afaf dengan muka innocent dia itu.
"Kamu belum siap makan lagi, Afaf? Nek ke depan dulu nak tengok cicit Nek. Makan bagi kenyang-kenyang."
"Okay nek. Afaf nak makanlah ni. Terima kasih jagakan Aariz." Lambat-lambat Afaf suap nasi ke dalam mulut. Dia hanya melihat Nek Minah berlalu ke depan dan tidak sedar keluhan terlepas dari bibir.
Afaf sebenarnya rindukan Affan. Bila agaknya Affan nak balik?
Sementara itu, lori milik Affan diparking di tepi bangsal sebaik saja dia tiba di rumah Tok Aki. Sempat lagi dia menilik diri sendiri pada cermin sisi lori. Kemas dan nampak hensem. Mahu jumpa isteri tercinta, dia akan balik dengan berpakaian baru. Telefon yang bergetar di dalam kocek seluar dikeluarkan.
Nek Minah
Affan, kamu jampi apa dekat cucu aku tu, angau teruk dah ni.
Dari tadi dok kuis nasi dekat dapur tu.
Kamu balik lekaih.
Melebar senyuman Affan membaca mesej dari Nek Minah. Sebelum pulang dari surau, baru teringat akan mainan yang Afaf pesan sebab itulah dia terlambat sikit dari biasa. Memandangkan kedai di kawasan kampung ini tidak menjual mainan itu, Affan perlu ke luar bandar untuk mencari. Dapat saja kesemua list mainan itu, teruja pula Affan nak mencuba. Tidak mahu menunggu lama, satu plastik barang mainan yang terletak di tempat duduk penumpang dicapai.
Dengan langkah yang perlahan, pintu dapur dituju. Elok pula susuk tubuh Afaf yang membelakanginya menyapa pandangan. Tidak mahu kehadirannya disedari, dia mula duduk bertinggung dengan sengihan yang melebar. Satu kereta kontrol yang dibelinya dikeluarkan. Setelah dia memastikan kereta kontrol itu berfungsi dengan baik, kereta itu diletakkan betul-betul pada muka pintu lalu satu tangan lagi memegang remote untuk mengawal kereta itu.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | C
Romance"Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat." 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]