"Ayang.."
Affan mengerling Afaf di sebelah. Sejak isterinya masuk ke dalam kereta bukan main masam muka Afaf. Tangan naik menggaru kening. Kemudian, Affan mengetuk perlahan dagu sambil memikirkan sesuatu. Sebelah lagi tangan tenang di stereng kereta. Aariz yang berada di pangkuan hanya dibiarkan. Elok pula bermain dengan kereta mainan miliknya.
"Sayang ada masalah? Nak berkongsi dengan abang tak? Sampai menangis ni, kenapa?Abang ada buat salah ke? Abang minta maaf kalau abang ada salah dengan Adra." Affan memperlahankan kereta sebaik saja mereka sampai di traffic light. Gear N ditolak lalu mata memandang Afaf yang mula teresak-esak.
Baru Affan nak mencapai tangan Afaf, ada satu tangan lagi yang menepuk tangannya kuat sebelum ditarik menjauhi Afaf. "Walid Aariz punya. Umi pergi cari walid yang baru." Celoteh Aariz tanpa memandang wajah Afaf.
Affan mula sedar. Sehari kalau dua beranak ini tak buat drama memang tak sah. Aariz ni pun suka sangat kacau uminya. Nak marah tapi anak.
"Aariz, jangan usik umi sayang." Aariz menekup mulut sambil mata terarah ke arah Afaf yang menjelingnya. Dia juga turut membuat memek muka yang sama.
"Sampai hati abang menduakan Adra. Adra ni siapa di mata abang? Adra ni dah tak penting ke dalam hidup abang?" Afaf mengogoi perlahan. Kedua-dua tangan menekup muka. Tidak sudi memandang Affan.
"Jadi, sebab itulah Adra merajuk dengan abang? Tak nak bercakap dengan abang? Sebab itu Adra menangis beria-ia macam ini?" Affan mulakan pemanduan semula. Acap kali mereka naik kereta, Aariz memang akan duduk di atas ribanya. Sebelum ada Aariz, Afaf yang akan menyendeng pada dia. Pegang tangan pun jadilah. Sekarang, carta sudah menurun. Mahu Afaf tak merajuk.
"Sejak ada dia, masa dengan Adra dah berkurang. Adra pun nak kasih sayang. Tapi abang buat tak tahu aje dengan Adra. Salah ke kalau Adra merajuk dengan abang?" Afaf menjeling lagi Aariz yang berada di dalam pangkuan Affan. Kerana geram, dicubit pipi bulat Aariz tanda protes. Aariz mengusap pipi dengan wajah yang comel.
Affan sembunyi senyum. Nampak signboard untuk berehat Affan perlahankan semula kelajuan kereta lalu signal kiri diberi sebelum kereta itu bergerak memasuki kawasan rehat.
"Tak salah pun sayang. Adra berhak untuk merajuk. Berhak untuk cemburu. Tapi, abang kenalah bahagikan masa juga. Kena adil. Siang untuk dia. Malam abang hak milik Adra." Aariz terkekeh kecil apabila diagah oleh Affan.
"Tak pun. Malam pun kena kacau. Tang mana adilnya? Cuba abang cakap dengan Adra? Sekali dengan Adra dia kacau." Afaf berpeluk tubuh sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi.
"Dua-dua penting abang nak kena jaga. Mana boleh lepas tangan. Dia pun baru lagi. Abang kenalah tengokkan dia. Eee.. wangi betul dia. Adra nak cium dia tak?" Pipi Aariz dicium bertalu-talu. Terkekeh anak kecil itu apabila perut boroinya digeletek Affan.
"Abang..." Sakit pula hatinya mendengar gelak tawa dua beranak itu. Kedua-dua tangan disilang pada dada. Aariz peluk Affan kuat-kuat sambil mata menjeling Afaf. Ditepuk-tepuk pipi Affan sehingga Affan meringis sakit. Tak padan dengan tangan kecik, tamparan dia padu.
"Eee.. tengok muka dia abang, tengah ejek Adra. Apa ni abang? Ingat comel dahlah tu. Hey, pak ustaz tu kepunyaan saya. Sebelum ada awak, dia manjakan saya tau. Eh, tiba-tiba awak rampas dia daripada saya." Afaf ingin mencapai tangan Affan, tapi laju saja Aariz tolak tangan Afaf menjauh.
"Tak boleh pegang. Walid Aariz punya bukan umi punya." Aariz angkat jari telunjuk dan digoyang berkali-kali.
"Awak tu yang tak boleh pegang. Walid awak tu hak umi." Afaf tidak mahu kalah.
"Awaklah kena cari walid baru." Affan picit batang hidung. Macam-macam ragam anak dengan mak dia pun, sama naik tidak mahu mengalah.
"Tak nak. Aariz nak yang ini juga." Aariz kembali sandarkan badan pada dada bidang Affan. Affan kemam bibir rapat. Berpandangan dengan wajah tidak puas hati Afaf buat dia tidak dapat menahan tawa.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | C
Romance"Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat." 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]