Part 59

2.5K 112 5
                                    

Pintu bilik air dibuka perlahan. Langkah diatur keluar dari bilik air menuju ke arah cashier semula. Punggung dilabuhkan di atas kerusi kayu tersebut. Perlahan-lahan Affan meletakkan kepala di atas meja kaunter. Kepalanya masih pening. Sejak dia sampai ke cafe pagi tadi, sudah termasuk 5 kali Affan muntah. Kalau diikutkan perkiraan, ini sudah masuk bulan keempat. Affan ingatkan alahan dia semakin berkurang, bahkan semakin teruk pula. Kalau diketahui dek Afaf, entah berapa bakul Afaf akan membebel.

Affan pun pelik dengan diri sendiri. Apabila berada dekat dengan Afaf, tak adalah pula dia nak sakit kepala atau muntah. Sebab itulah dia yakin yang dia boleh datang ke cafe hari ini. Lagipun sudah lama dia tinggalkan kerja kerana alahan yang dialami.

Sepanjang 3 bulan tersebut, memang dia terpaksa menyusun semula jadual kerja yang banyak tertangguh. Sudah waktu pagi dia melayan morning sickness. Tengah hari pula dia akan mencari apa-apa kerja untuk dia buat memandangkan cafe sendiri dia tak boleh nak jejak langsung. Sebab itulah juga dia menyelitkan sekali slot untuk ceramah pada waktu malam paling tidak pun 2 kali seminggu.

Affan tahu yang Afaf begitu risaukan dia yang selalu tidak sihat on off. Tetapi, dia sendiri tahu apakah penyebabnya. Jadi, tiada masalah pun untuk dia hadap. Setakat morning sickness yang sekejap itu apalah sangat dengan pergorbanan Afaf yang membawa zuriatnya selama 9 bulan.

"Affan, aku tengok kau makin teruk ni. Tak nak pergi ke klinik ke? Pucat sangat muka tu." Tegur Khairil yang baru keluar dari stor yang tersimpan barangan jualan. Beberapa kotak susu disusun ke dalam chiller. Sesudah itu, dia menghampiri Affan untuk memeriksa keadaan Affan yang sedari tadi berulang-alik ke tandas. Tangan Khairil diletakkan di dahi Affan. Tidak panas pun. Kemudian, sebelah lagi tangan menyeluk poket seluar. Koyok dikeluarkan dan ditampal di dahi Affan.

"Aku okay aje ni. Pening sikit, muntah-muntah. Sekejap lagi okaylah." Affan kembali menutup mata. Badan letih kerana banyak kali sangat muntah. Mujur masih pagi, jadi tak adalah pelanggan lagi yang datang. Affan menyeluk poket seluar. Minyak angin dikeluarkan. Pada saat ini, itulah barang yang paling penting untuk menghilangkan rasa pening.

Khairil hanya menggeleng. Dia bergerak semula ke arah stor. Kemudian, dia kembali semula dengan beberapa paket biji kopi yang baru. Disusun di atas rak. Melihat kepada bekas yang berisi biji kopi hampir kosong, Khairil membuka paket baru pula. Sementelah itu, semerbak bau biji kopi memenuhi ruangan cafe sebaik saja Khairil menuang biji kopi ke dalam bekas tersebut.

Affan segera bangun sebaik saja bauan kopi menusuk hidung. Affan berlari laju ke arah bilik air kemudian isi perut dimuntahkan semula. Tekaknya merasa loya semula. Setelah puas, Affan kembali melangkah keluar dari bilik air semula. Longlai langkahnya dibawa ke arah tempat tadi.

"Kau pergilah check. Kau sendiri yang cakap dah berbulan kau pening dan muntah-muntah. Mana tahu ada penyakit lain yang kita tak tahu." Ujar Khairil lagi. Sudah berbulan Affan tidak datang ke cafe. Bukan lelaki itu tidak pernah datang ke sini untuk memantau. Namun, setiap kali Affan jejakkan kaki ke sini, Affan akan mula muntah-muntah. Kata Affan, bau coffee itu yang menyebabkan tekak dia mula loya dan sakit kepala. Jadi, hanya dialah yang menjaga cafe bagi pihak Affan.

"Morning sickness aje Khairil." Degilnya Affan. Dia tetap juga kembali duduk di tempat tadi. Dia rindu nak bekerja semula. Tetapi, badan pula tidak memberi kerjasama. Lebih menyedihkan sudah berbulan dia tidak menyentuh sebarang minuman berkafein. Bau pun tak boleh, nak minum lagilah.

Khairil mengerutkan kening memproses kata-kata Affan. Tidak sampai sesaat, mata Khairil membulat. "Afaf mengandung?" Bergema suara Khairil di dalam cafe.

"Aku agak ajelah..." Affan kembali menutup mata. Biarlah dia berehat di sini sementara menunggu Afaf pulang dari tadika.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now