Affan kembali menutup lampu. Sengaja dia membuka lampu sebab nak tengok keadaan sebenar Afaf. Kenapa soalan itu tiba-tiba meluncur di bibir Afaf sedangkan hubungan mereka selama ini baik-baik saja.
Dia menutup tubuh isteri bukan asbab tidak suka. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan hati dia panas di dalam sana. Afaf tidak sedarkah? Ada kesan memerah dan hampir lebam kebiruan di sisi pinggang isterinya itu. Baju kedah yang dipakai Afaf sedikit pendek. Jadi bila Afaf bergerak sisi baju itu terselak sedikit ke atas.
Afaf pula tergamam. Dia ingatkan Affan nak keluar dari bilik mereka tadi. Rupanya tekaan dia salah sama sekali.
Affan kembali duduk dan sandarkan badan di kepala katil. Afaf yang memahami tindakan Affan ke atasnya mula menjauhkan tubuh. Air mata yang hampir kering di pipi diseka perlahan.
"Sini dekat Affan." Laju saja tangan Afaf dilelar dan ditarik sehingga tubuh itu terduduk di atas pangkuan Affan. Jemari yang kecut itu Affan kucup berkali-kali.
Mana mungkin dia akan membiarkan mereka berdua tidur dalam keadaan begini.
"Affan marahkan Adra ke?" Soal Afaf lirih sebaik saja dia duduk bertentangan dengan Affan. Sukar untuk dia meneka riak wajah Affan, namun dia dapat merasai detak jantung Affan yang berombak ganas ketika telapak tangannya menghalang tubuh mereka bersatu.
Affan tak pernah gagal dalam membahagiakan dia. Salah dialah yang terlalu ikutkan emosi kerana mulut-mulut orang luar. Memang patut Affan marah.
Merasai kebisuan Affan, jemarinya bergerak mengalung tangan di leher Affan. Dengan tubuh yang sedikit gementar, dia memeluk tubuh Affan erat. Diusap belakang tubuh itu memujuk dalam diam. Dada Affan yang sedikit berombak tadi tidak lama kemudian kembali tenang setelah bibirnya mengalunkan selawat.
"Sowey Mr. Affan.." Afaf kemam bibir. Affan melarang dia minta maaf. Jadi, kita tukar sikitlah. tak apa, kan?
Affan kerut kening. Tidak lama tubuh Affan mula mengendur apabila Afaf memujuk dalam diam. Bibir ditahan untuk mengukir senyuman.
Afaf ni memang, orang melarang dia bersebab. Bukan saja-saja. Tidak memasal kulit cantik Afaf ada kesan lebam. Dia sendiri pun belum rasmi lagi. Bucu meja jugak yang rasmi dulu.
"Adra mengaku salah sebab tak dengar cakap Affan. Adra nak join diorang tapi semua macam tak suka dengan Adra. Lagipun Adra boring tak tahu nak buat apa. Affan pula tak ada. Adra nak tidur tapi bantal peluk Adra tak ada dekat sebelah."
Diam lagi.
"Affan janganlah merajuk lagi dengan Adra. Siapa nak manjakan Adra kalau Affan diamkan diri macam ni? Affan good boy, kan?"
Semakin melebar senyuman Afaf apabila Affan membalas pelukannya. Dia memejam mata erat ketika mendengar detak jantung Affan yang kembali tenang.
Kesayangan Adra ni lapar perhatian. Ini belum lagi dia panggil Affan dengan panggilan 'abang'. desis hati kecil Adra.
"Affan.."
Affan tahan diri dari tersenyum. Afaf tahu tak sekarang dia tengah blushing.
Aihh, mujur malam tak adalah nampak muka Affan yang sedang membahang ni.
Afaf selalu sangat usik dia. Lepas itu, suka tinggalkan dia termanggu sendiri.
"Affan kesayangan Adra..."
"Hmmm.."
"Affan big boy Adra.."
"Kenapa sayang?"
Bila boleh dengar Afaf panggil 'abang' kalau dia merajuk macam sekarang? Jangan lemah lutut sudah.
Afaf rasa darah menyerbu ke muka mendengar suara serak Affan.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | C
Romance"Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat." 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]