Special chapter iii

322 26 7
                                    

Meskipun aku harus berperang dengan rasa sepi, tapi aku tidak pernah mencari orang lain untuk menemaniku, aku hanya menunggu dia. Walaupun mustahil tapi aku yakin pasti dia akan kembali tidak sekarang tapi nanti.'

Tangan Afaf naik merasai jantungnya yang mula berdegup laju. Di saat dia sudah mengetahui kebenaran itu, kenapa hatinya masih menyebut nama lelaki itu. Kenapa sampai sekarang hatinya masih tidak mampu untuk melupakan lelaki itu. Kenapa dia masih menyebut nama itu di setiap sujudnya. Kenapa setiap malam dia masih bermimpikan lelaki itu.Kenapa air mata dia mengalir setiap kali dia teringatkan lelaki itu. Kenapa Allah tidak menghilangkan perasaan ini.

Kenapa?

Soalan itu berlegar-legar di fikirannya.

Teringatkan sesuatu, Afaf mencapai buku itu semula. Helaian demi helaian diselak satu persatu dengan jantung yang mula berdegup laju. Seperti tidak percaya dengan apa yang dia baca dan lihat. Di setiap halaman itu Afaf sengaja tinggalkan kosong. Kini, diisi dengan satu tulisan yang lain juga.

Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik

👉 Saya pun sukakan awak. Lega hati saya tak perlu saya bersaing untuk dapatkan awak. Bukan cantik yang saya cari. Tapi, rasa tenang setiap kali melihat awak.

Tetapi setiap kali aku melihat diriku, hatiku sering berkata 'Tidak mungkin dia mengetahui kewujudanku.'

👉 Saya sering kali melihat awak. Tapi, saya masih menunggu awak sedar akan kehadiran saya juga.

Aku sering tertanya-tanya adakah aku ini layak untuk disayangi dan dicintai.

👉Tidak ada mendekat bukan kerana kita tidak layak untuk dicintai. Awak layak. Bahkan awak layak untuk dicintai sesiapa pun.

👉 Hanya kerana Allah tidak mahu masa depan awak hancur dengan cinta yang salah, hancur kerana cinta yang menipu.

👉 Mahukan cintanya makhluk, kejarlah Sang PemilikNya dulu. Setelah itu, lihatlah bagaimana Allah datangkan awak seseorang yang awak impikan.

Aku tetap juga akan ragu. Andai dia punya perasaan yang sama, kenapa dia menyukai orang seperti aku sedangkan dia boleh memilih yang lain?

👉 Bagaimana saya nak tertarik dengan orang lain jika nama yang saya langitkan hanyalah nama awak?

Apakah aku layak untuk menerima cintanya juga.

👉 Cukup awak tahu yang saya takkan pernah berhenti mencintai awak.

Melihat orang lain bahagia, aku juga ingin bahagia.

👉 Allah tak nak awak rasa bahagia dalam kemaksiatan.

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now