Part 42

3.1K 131 2
                                    

"Adra, jom dating dengan Affan naik moto."

Affan ketika itu sudah siap dengan seluar tracksuit dan thirst lengan panjang di badan. Baru nak terlelap tadi, Afaf merengek tak boleh tidur. Katanya perut lapar.  

"Naik moto tonggek tu ke? Memang taklah. Nak suruh Adra tergolek-golek macam ayam golek dekat atas jalan tu ke?" Afaf masih duduk bersila di atas katil. Puas dia menjemput lena, perut pula berbunyi minta diisi. Sempat dia melihat jam di telefon pintar. Pukul 5 pagi. 

"Kalau takut jatuh, peluklah Affan ketat-ketat." Sempat lagi Affan melawak.

Afaf menjuihkan bibir. Mengambil kesempatan dalam kesulitan. 

"Tapi, Affan. Sini kan kampung. Ada lagi ke kedai makan yang masih bukak pagi-pagi buta ni? Sempatkah kita balik sini sebelum subuh?" Tanya Afaf sambil merenggangkan tubuh. 

"Ada. Tapi kena keluar sikitlah. Kedai mamak 24 jam ada. Afaf okay tak?" Affan bergerak ke arah katil semula. Punggung dilabuhkan di sebelah Afaf.

"Boleh. Afaf nak makan roti canai dengan teh tarik." Affan hanya tersenyum kecil. 

Tap..

Affan menuju ke arah tingkap lalu dibuka. Tersembul wajah mamai Khairil sebaik saja tingkap kayu itu dibuka. Cukup hanya menampakkan muka saja, nak buka terus Afaf tidak memakai tudung. 

"Seriuslah Fan, kau kejut aku semata-mata nak suruh bawak baby merah kau ke sini? Kau tahu tak aku baru je sampai? Lenguh pinggang pun tak hilang lagi. Menyesal aku ikut cakap kau suruh bawak bini nombor dua kau ni." Bebel Khairil sambil bercekak pinggang. Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam juga. Mahunya tak lenguh punggung dan pinggang. 

"Aku nak bawa isteri aku pergi lepak mamak. Kau tak kesian ke dia tengah mengidam? Aku sebagai suami mithali nak memenuhi permintaan ibu mengandung. Nanti tak dapat roti canai mamak, jadi mak lampir kat sebelah aku." 

Pakk...

Affan rasa kepala dia terteleng ke depan bila dibaling sesuatu dari belakang. Sempat dikerling bantal peluk yang sudah jatuh di atas lantai kayu. 

"Hah? Betul ke? Alhamdullilah. Tak lama lagi aku nak jadi uncle Ril." Cerah mata Khairil. Tidak jadi dia nak marah Affan.

Affan pula hanya garu kening. Bibir mengeman untuk tidak melepaskan tawa.

Affan kembali membalikkan tubuh. Mata disapa dengan wajah Afaf yang sedang menahan geram. Langkah dibawa ke arah katil sebelum tunduk menyamai ketinggian mereka. Dikeluarkan telefon pintar sebelum lincah jemari menaip sesuatu. 

"Adra bersiap dulu. Affan nak hantar Khairil. Nanti Affan ambik Adra. Bagi Affan masa 10 minit." Tak sempat Afaf nak membalas, figura Affan sudah menghilang. Kemudian, sayup ducati Affan menghilang bersama Khairil.

Ting 

Segera Afaf capai telefon pintar di atas laci meja. Hampir nak tercampak telefon pintar menerima mesej dari Affan. 

My baby boo

Can't wait to pamper you more when we are expecting little Affan in your tummy.

Soon, InsyaAllah. 

Afaf rasa nak menyorok dalam telaga belakang rumah Tok Aki sekarang ni. Patutlah tadi dia tengok wajah Affan nakal semacam. Tidak mahu terus mengingatkan itu, Afaf segera bersiap.

Ting

My baby boo

Afaf mengerut kening. Voice note dari Affan segera dibuka. 

Teruntuk kesayangan abang, Afaf Adra binti Mohd Azhar.

Abang nyanyikan lagu ini khas untuk sayang.

Bibir Afaf dikemam erat. Detak jantung kian mengepam laju. 

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now