Part 37

3.7K 121 1
                                    

"Wanita akan mejadi ratu ketika menemukan lelaki yang tepat. Dan lelaki akan menjadi Raja ketika dia memperlakukan wanita seperti Ratu."


"Sampai bila nak menyorok dari Affan ni, hmmm?"

Afaf yang tengah ralit berangan, kembali tersedar. Hampir lemas dan berpeluh dah badan dia ni. Namun, dia diam lagi. "Lama Affan tunggu Adra nak sedar dari lena. Adra tak lapar ke?" Ujar Affan sambil menarik comforter dari tubuh Afaf. Beberapa kali dia keluar masuk bilik nak tengok keadaan Afaf. Namun, isterinya itu masih lagi diulit lena. Risau sungguh dia. Sudahlah kali terakhir Afaf makan pagi kelmarin saja.

Semalam sebab penat sangat bergurau senda, mereka tertidur terus. Masakan Affan semalam pun tidak disentuh. Selepas solat subuh tadi, segera dia ke dapur menyiapkan sarapan pagi untuk mereka.

Lambat-lambat Afaf tarik comforter ke bawah cukup nampak mata dia saja. Dia hanya mengangguk mengiakan pertanyaan Affan. Dia terjaga pun sebab perut sudah menjerit minta diisi. Tetapi mengingatkan hal semalam, dia masih duduk di atas katil.

"Kenapa Adra?" Dalam keadaan mamai, Affan bangun sebaik saja dia rasa ketiadaan Afaf di sebelah. Kelihatan Adra sedang mundar-mandir di sisi katil dengan wajah yang resah. Dicapai telefon yang diletakkan di sisi katil. Pukul 5 pagi.

Affan kembali menyandarkan tubuh dan batang hidung dipicit lembut menghilang rasa kantuk. Dia memang akan terjaga waktu-waktu begini juga. Tetapi, sejak kehadiran Afaf bukan main lena dia.

"Minta maaf Adra ganggu tidur Affan. Er... boleh Affan bangun sekejap? Ad...Adra nak cuci cadar. Er....er..." Serba salah Afaf nak bagitahu. Ditarik comforter menutup bahagian bawah badan.

"Selalu Adra akan lapik sebelum tidur. Tapi, Adra lupa semalam. Tak sangka.." Terasa darah menyerbu ke muka Afaf nak menjelaskan kepada Affan. Mesti Affan akan gelakkan dia.

Mata Affan bergerak ke arah yang dipandang Afaf. Ada satu kain yang seolah-olah menutup sesuatu. Affan segera bangun dan langkah di bawa ke arah Afaf. "Adra tidur tempat Affan. Tak apa, yang itu nanti Affan buat. Adra rehat."

Afaf mengaru kening melihat langkah kaki Affan yang keluar dari bilik. Hampir 15 minit Afaf menunggu, kelibat Affan muncul bersama satu kain dan sebesen air panas. "Eh, Affan. Biar Adra yang buat. Affan tidurlah." Afaf ingin mengambil besen itu namun laju saja Affan menghalang. "Air panas ni Adra. Terkena tangan nanti. Biar Affan yang buat."

"Shuhh.. pergi tidur sana." Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras nada Affan.

"Sakitt.. sayang." Affan sempat berdesis kecil bila tangan kecil itu mendarat di perut. Kalau kena cubit, itu tanda protes dari Afaf.

Lambat-lambat Afaf bawa tubuh ke arah katil tempat tidur Affan. Sempat dia berpaling ke arah Affan yang sedang bercekak pinggang memandang dia. "Tidur Adra."

Penyudahnya dia tidak sedar berapa lama dia terlena kembali.

"Jadi, kenapa tak bangun lagi? Semalam Adra tak makan, kan?" Suara Affan segera mematikan lamuman Afaf. Riak risau jelas terlakar di wajah Affan. Seketika dia tunduk menghela nafas berat. Rasa macam gagal menjadi suami terbaik buat Afaf.

Afaf kerling jam di sisi meja. Hampir pukul 8 pagi. Sedangkan sebelum ini memang dia bangun awal. Iyalah, sebagai seorang penjual nasi lemak rutin dia bangun seawal 4 pagi. Kalau tidak pun, masa dia tengah cuti, dia akan kunci pengera sebelum tidur. Tetapi, sejak ada Affan ni semua benda dia tidak buat. Affan kata semalam suruh dia cuti lagi, tak perlu nak masak nasi lemak.

"Minta maaf Affan. Adra terlajak tidur lagi. Adra lupa nak masak untuk Affan." Wajah serba salah Afaf tayang. Melihat wajah keruh Affan sungguh buat dia tidak tenang. Dia gagal jadi isteri terbaik buat Affan.

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now