Part 27

3.8K 171 6
                                    

'Allah gave me everything by giving me you'

Selepas Affan meminta dia naik ke bilik tadi, niatnya hanya ingin berehat sekejap tapi akibat terlalu penat Afaf terlena. Sedar-sedar dekat magrib juga. Selepas dia terjaga, siap mandi dan tukar baju dia keluar semula dan sudah dijelaskan kepada Puan Aida  sebab dia sakit perut. Senggugut.

Afaf duduk bersila di atas katil. Sedari tadi menunggu Affan di dalam bilik. Hampir nak terlelap namun saat dia nampak tubuh Affan masuk ke dalam bilik, dia terus bangun.

Dia picit kepala, sakit bila terbangun secara tiba-tiba. Mungkin lelaki itu ingat dia sudah tidur. Jadi, dia hanya melihat Affan yang sedang solat isyak di penjuru bilik.

Dia menunggu penuh sabar sehingga Affan selesai solat. Baru berangan nak solat bersama, dia datang bulan pula.

Afaf meletakkan semula hot pack bag di atas meja sebelah katil. Affan tinggalkan di sisi dia bersama sticky note tadi.

Adra, gunakan ini untuk hilangkan senggugut. Kalau tak lega juga, bagitahu Affan ya?

Kot2 Affan boleh urutkan untuk Adra.

Turut disertakan minyak angin di situ.

Afaf bangun dari katil. Dia mencapai telekung di tempat penyangkut khas dan disarungkan. Sejuk pula malam ni. Tidak lupa juga bantal peluk dikepit sekali.

Memang menjadi tabiat dia sebelum tidur akan solat sunat dahulu. Terkadang sampai tertidur di atas sejadah.

Dengan sisa mengantuk yang cuba ditahan, dia menghampiri Affan. Lelaki itu dia lihat sudah siap solat tetapi ada al-quran di sisi. Sempat dia mengerling jam di dinding,  jarum jam menginjak pukul 11.00 malam. Bukan masa dia lagi nak tidur, tapi malam ini mata dah tak larat nak angkat. Mengantuk lagi walaupun dia sudah tidur petang tadi.

Afaf memejam mata saat suara merdu Affan menerjah telinganya. Lagilah buat dia mengantuk.

"Fan, Adra penat. Nak tidoq." Bahu Affan dicuit lembut. Memang loqhat kedah keluar kalau dia dah mula merapu.

Affan menghentikan bacaan. Hampir nak meletup jantung dia tengok Afaf berdiri tegak di tepinya sambil bertelekung. Siap ada bantal peluk di kepit di ketiak Afaf. Wajah Afaf jelas nampak sebik. Nak berdrama apa lagi agaknya isterinya itu.

"Fan... penat.." Rengek Afaf lagi.

"Mengantuk?" Afaf angguk lagi.

Affan tepuk paha kiri memberi isyarat supaya baring di situ.

"Sekejap cinta hati Affan. Sini, baring. Dah siap Affan kejut." Bagaikan di sorong bantal, laju saja kepala Afaf letak di situ. Baringan di selesakan.

Bibir mengukir senyuman kecil. Serupa bantal pula. Selesa sungguh. Bantal peluk tadi dia kepit dengan kedua-dua kaki.

"Baca doa tidur dulu, Adra.."

"Hah?"  Afaf celik mata. Tapi, cuma sedikit saja sebelum matanya dipejam semula.

"Eh, sayang Affan nilah..."

Affan menggeleng melihat kelakuan Afaf. Nampak mengantuk sangat gayanya itu. Ubun-ubun Afaf yang berlapik telekung dia usap lembut lalu beberapa potong surah pilihan dia baca.

Kini, tabiat itu beralih pada isterinya Afaf.

Tidak lama, dengkuran halus kendengaran.

Affan sambung bacaan yang tergendala tadi. Rutin Affan setiap kali sebelum hendak tidur, dapat baca beberapa helai pun tidak apa.

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now