Part 54

2.8K 116 1
                                    

"Abang, kalau perlukan apa-apa panggil Adra, tau? Adra kat bawah aje temankan Anggun." Afaf mengusap pipi Affan. Jelas riak kerisaun terlakar di wajah cantik milik Afaf. Kali terakhir Affan tidak sihat, dua bulan lepas.

Selepas itu mereka menjalankan rutin harian mereka seperti biasa sehinggalah Affan mengadu yang dia tidak sihat badan semula. Kesihatan Affan pula bukan boleh dijangka. Sekejap okay, sekejap tidak. Bila diajak ke klinik bukan main susah. Kalau pergi klinik, boleh jugak doktor check dan kesan Affan sakit apa. Nak telefon doktor ke rumah, lagilah payah. Degil. Katanya malu nak menghadap doktor.

"Okay, sayang. Pergilah teman Anggun. Abang okay aje ni." Tangan Afaf yang berada di pipi, disentuh.

"Abang halau Adra?" Membulat mata Afaf melihat wajah tidak berperasaan Affan.

"Eh, mana ada. Kan Adra yang cakap tadi nak temankan Anggun. Abang dah sihatlah sebab isteri cantik abang jaga abang tiptop." Sempat dia layangkan ciuman di situ. Bibir mengukir senyuman lebar menatap wajah isteri.

"Awak tuuu..."

"Kenapa dengan Adra? Adra sihat aje ni."

"Ada teringin nak makan apa-apa tak? Abang boleh masakkan untuk Adra. Sibuk jaga abang makan minum pun tak menentu." Ujar Affan.

"Ada tapi nantilah. Abang, kan tak sihat lagi. Adra tak naklah susahkan abang."

Affan cekup pipi Afaf. Mata meliar ke segenap wajah cantik Afaf. "Tiada istilah menyusahkan dalam kamus hidup abang kalau melibatkan Adra dan Anggun. Both of you are my priority." Tegas nada Affan.

"Abang cakap apa dengan Adra sebelum ni, nak apa cakap aje dengan abang. Abang akan penuhi segala permintaan Adra."

"Betul ni?"

"Hmmm..."

Afaf tersengih. Tanpa sempat Affan nak cerna, tubuh dia dihempap sesuatu. Afaf letakkan dagu di dada Affan.

"Abang, bila Adra boleh dapat little Affan? Abang janji nak manjakan Adra bila kita ada little Affan. Abang tipu Adra. Abang tak sayangkan Adra."

"Hah, mula dah drama sepuluh sen dia. Adra faham ke tidak konsep sabar? Nak abang bukak kelas ka dekat Adra? Kita belajar bab bersabar dalam Islam. Abang gomoi jugak budak ni kang!"

Padah Affan berjanji dengan Anggun. Afaf dah mula menuntut janji. Bukan sekali Afaf bertanya soalan itu, banyak kali. Sampai dia pernah kena tendang tidur di luar sebab jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati Afaf.

"Abang juga yang cakap Adra boleh minta apa aje. Ni, Adra dah minta abang tak nak bagi pula." Afaf merengus kecil.

Affan senyap untuk seketika. Sedangkan Afaf tiada tanda-tanda macam mana dia nak ajak Afaf ke klinik untuk check up. Dia tidak mahulah kerana desakannya nanti Afaf pula kecewa. Tidak sanggup dia untuk melihat wajah itu mendung. Mereka sudah usaha, selebihnya biarlah Allah yang berikan nanti apabila tiba waktu yang tepat.

"Abang..."

"Kenapa sayang? Luah dengan abang apa yang Adra risau sangat tu? Abang ada ni sayang."

"Dengan fizikal Adra ni boleh ke Adra mengandungkan little Affan? Abang kalau tak pasti hal itu, janganlah selalu cakap untuk sedapkan hati Adra. Adra penat nak fikir hal itu. Adra takut abang tinggalkan Adra kalau nanti Adra tak dapat beri zuriat buat abang. Orang yang berkahwin pasti ada impian nak ada anak sendiri juga."

"Jadi, sebab inilah yang Adra selalu tanya soalan yang sama?" Tangan Affan naik mengusap ubun-ubun Afaf.

Afaf mengangguk kecil. Tangan naik menari-nari di dada Affan. Melukis apa-apa yang terlintas di fikiran. Lama rasanya dia tidak bermanja dengan Affan. Setiap kali dia rasa susah hati, itulah rutin harian dia. Menempel dengan Affan seolah-olah hilang terus segala masalah. Setiap patah yang keluar dari bibir Affan sedikit sebanyak menenangkan dia yang selalu overthinking.

AFFAN_ADRA | CWhere stories live. Discover now