BAB 4

2K 129 12
                                    

PUAS bertikam lidah dan bertekak mulut, akhirnya Aufyaa terpaksa juga akur membenarkan Zarith menghantarnya pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran doktor untuk keluar dari hospital. Iyalah, bukan kritikal pun sampai nak warded.

Hari pun sudah beransur malam, tak mungkin dia mahu membawa Auni menaiki bas malam-malam begini. Ligat juga otaknya berfikir tabung mana nak dikorek untuk membayar semula bil hospital pada lelaki ini. Sudahlah hospital swasta!

Tanpa sedar, Aufyaa membuang keluhan berat.

"Kakak, Auni berat ke? Kenapa kakak mengeluh?" soal Auni yang berada dipangkuan Aufyaa. Mereka sedang dalam perjalanan ke rumah Aufyaa menaiki kereta sport milik Zarith.

Mahunya tak berpangku kalau dah dua pintu? Baru Aufyaa sedar, kereta yang menjadi perisainya bersembunyi semasa didataran sekolah siang tadi merupakan kereta lelaki ini.

Tertanya juga dia, sebesar itukah gaji seorang polis sehinggakan dia dapat memiliki kereta semewah ini? Tapi persoalan itu hanya mampu disimpan dalam kepalanya tanpa menyuarakan. Tak mahu menampakkan yang dia seperti berminat mahu mengambil tahu perihal lelaki itu.

"Eh, taklah. Adik akak ni bukan main ringan macam kapas. Duduk elok-elok, tajamlah bontot Auni ni," seloroh Aufyaa disambut tawa Auni. Tersenyum juga Zarith melihat adik-beradik itu.

"Nampaknya aku kena beli kereta empat pintulah lepas ni," kata Zarith perlahan.

"Kenapa pula?" tanya Aufyaa.

"Yelah, tak akan kau nak pangku Auni sepanjang masa kan?"

Terkebil-kebil Aufyaa mendengar soalan itu. "Bila pula aku cakap lepas ni aku akan naik kereta dengan kau lagi?" soal Aufyaa semula.

Zarith mengulum senyum. "Oh, tak ada eh? Terjauh pula aku berangan," balas Zarith bersahaja.

Aufyaa menjeling tajam. Malas nak layan.

Seketika kemudian, kereta Zarith berhenti di satu kawasan perumahan terpencil, jauh dari kesibukan ibu kota. Matanya melilau memandang sekeliling.

Aufyaa yang sedar akan reaksi lelaki itu hanya buat tak tahu. Mana mungkin orang kaya sepertinya boleh faham keadaan penduduk disini.

"Terima kasih hantar kami. Duit kau nanti aku bayar bulan-bulan. Jangan risau, aku akan tetap bayar sampai habis," sengaja Aufyaa tekankan yang dia akan membayar wang lelaki itu. Tak mahu lelaki itu menganggapnya yang bukan-bukan lagi selepas melihat keadaan tempat tinggal mereka.

"Jom Auni," Aufyaa membuka pintu kereta dan membiarkan adiknya keluar sebelum dia juga turut keluar dari perut kereta.

Zarith membuat keputusan untuk turut turun dari perut kereta. Memandangkan laluan masuk ke kawasan perumahan setinggan itu agak kecil dan hanya memuatkan motosikal sahaja, Zarith memberhentikan kereta dibahu jalan.

Berkerut dahi Aufyaa melihat lelaki itu sudah turun dari kereta. "Kenapa kau turun?" tanya Aufyaa.

"Saja," balasnya ringkas.

Aufyaa mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyalakan lampu untuk menyuluh jalan mereka. Agak jauh mereka perlu berjalan sebelum masuk ke kawasan perumahan itu.

Tangan Auni digamit dan mereka mula mengorak langkah menyusuri laluan gelap itu. Zarith turut mengekori langkah adik-beradik itu sebelum sebelah lagi tangan Auni digamit Zarith dan mereka berjalan beriringan.

"Berapa lama dah korang duduk sini?" soal Zarith ingin tahu.

"Setahun," jawab Aufyaa sepatah.

Zarith mengangguk kecil. "Sebelum tu? Duduk mana?" tanya Zarith lagi.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now