KERETA Chevrolet Corvette miliknya diparkir di garaj, Zarith melangkah keluar dari perut kereta. Pintu masuk bangunan usang itu dituju.
Sampai sahaja di basement, sosok Aaisy dan Irfan yang sedang ralit bermain permainan video di satu sudut dihampiri. Sekali tepukan pada bahu Aaisy untuk mengalih perhatian si sahabat.
"Eh kau. Bila balik?" soal Aaisy sebelum dia menyambung permainannya.
"Dua hari lepas. Qif mana?" soal Zarith semula.
"Hantar Aisyah pergi sekolah, kejap lagi dia datang lah tu," jawab Aaisy. Zarith sekadar mengangguk. Kemudian dia berlalu mendekati Hafiy diruangan khas lelaki itu.
"Bro, sihat?" tegur Zarith. Hafiy panggung kepala melihat gerangan yang muncul. Bibir melorek senyum sebelum mereka berlaga fist-bump.
"Sihat je. Bila kau balik?" soal Hafiy pula. Tumpuan kembali terarah pada skrin monitor dihadapan.
Punggung dihempas diatas sofa berhampiran, Zarith mencapai beberapa helai kertas yang bertaburan diatas meja kaca disitu.
"Kelmarin. Ni, hasil yang kau dapat ke?" tanya Zarith merujuk pada kertas-kertas yang dipegang.
Kerusi berodanya dipusing menghadap Zarith dibelakang. Kemudian dia bangkit bersama beberapa helai kertas yang baru keluar dari mesin pencetak.
"Yup. Ini semua maklumat yang aku dapat pasal budak nama Noah tu. Kau tengok-tengoklah dulu kalau ada maklumat yang kau rasa familiar dengan dia. Sementara tunggu Qif sampai. Aku nak pergi toilet kejap." Kertas-kertas ditangan dihulur pada sahabatnya dan Hafiy berlalu pergi meninggalkan Zarith untuk ke tandas.
Ralit Zarith membaca setiap butiran yang tertera. Bermula dengan pengenalan asas.
"Noah Smith..."
Segala maklumat dari lelaki itu kecil, membesar di New Zealand sehingga dia berpindah ke Malaysia dua tahun yang lalu.
"Dah dua tahun dia datang Malaysia, tapi kenapa baru sekarang dia daftar masuk kolej?" Zarith bermonolog sendiri sebelum dia menyelak helaian berikutnya yang memaparkan maklumat mengenai keluarga jejaka itu.
"William Smith, Katherina Smith, Alvin..."
Membuntang luas mata Zarith. Pantas dia mencari helaian yang mengandungi gambar-gambar sekeluarga itu. Terasa menderu-deru darah dipam ke seluruh tubuh melihat seraut wajah yang sangat dikenalinya.
Jadi telahannya memang benar. Lelaki itu mendekati isterinya bermotif! Tanpa membuang masa, pantas tangannya menyeluk poket seluar mencari telefon pintar.
Kontak nama si isteri dicari dan dibuat panggilan.
"Hello abang," sapa Aufyaa dihujung talian.
"Fyaa, dekat mana tu?"
"Fyaa dekat kolej lah. Kan abang baru je hantar Fyaa tadi," jawab Aufyaa bersama tawa halus. Tak sampai sejam lelaki itu menghantar dia ke kolej, nyanyuk ke suaminya ini?
"Fyaa dengan siapa? Alisya ada?" soal Zarith lagi.
"Fyaa seorang je. Alisya ada kelas. Eh, kejap eh abang,"
Berlapis dahi Zarith apabila kedengaran satu suara garau menyapa isterinya. Diam dia menanti dalam talian. Beberapa ketika mereka berbalas bicara, Aufyaa kembali menekap telefon pada telinga.
"Abang, Fyaa nak pergi perpustakaan negara kejap boleh? Ada assignment nak kena siapkan tapi bahan rujukan dekat library sini tak cukup. Kena cari dekat sana," beritahu Aufyaa.
YOU ARE READING
ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]
RomansaAiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69...