MELIAR matanya memandang sekeliling selepas kereta diberhentikan Zarith dihadapan pusat latihan memandu. Perasaan gemuruh mula menguasai. Seumur hidup, tak pernah dia terfikir untuk menjalani latihan memandu. Semalam masih boleh diterima, hanya mendengar ceramah. Tapi hari ini, dia sudah mula latihan membuatkan dia takut. Wajah Zarith disebelahnya dipandang meminta simpati.
"Kalau tak payah ambil lesen tak boleh ke?" untuk yang ke berapa puluh kali, dia bertanya soalan yang sama.
"Habis tu, kau tetap nak kehulu kehilir dengan bas? Tak kesian ke dekat Auni?" soalan berbalas semula dari suara garau Zarith.
"Kau kan ada..." perlahan saja suara Aufyaa menjawab.
"Precious, aku tak akan selalu ada dengan kau. Masa aku ada, aku boleh buatkan semua untuk kau. Tapi masa aku tak ada, aku nak kau boleh buat semua tanpa aku. Kita masuk eh? Aku teman," pujuk Zarith lembut.
Sejak kebelakangan ini dia perasan gadis itu semakin menunjukkan sisi manjanya pada Zarith. Tidaklah Zarith merungut, dia lagi suka. Tapi dia harap gadis itu akan baik-baik saja sepanjang ketiadaan dia pergi bertugas.
"Tapi aku tak pandai..."
"Iya, sebab itulah namanya kelas memandu. Memang tempat belajar, precious," balas Zarith lagi. Kesabaran cuba dikumpul melihat ulah gadis ini. Suruh belajar memandu je pun, tapi dramanya macam dia suruh buat yang bukan-bukan pula.
Berat sungguh punggung untuk diangkat Aufyaa keluar dari perut kereta. Entah kenapa, rasa berat hati nak ambil lesen.
"Janji kau teman aku? Jangan balik," kata Aufyaa.
"Iya, aku janji. Aku tunggu dekat kafe sana. Nanti dah habis, datang sana terus. Jom, jumpa dengan cikgu kau dulu," ajak Zarith seraya membuka langkah menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan guru yang bakal melatih Aufyaa.
SEDANG Zarith menikmati kuih-muih di kafe yang disediakan pusat latihan memandu itu, terhenti kunyahannya saat telinganya menangkap sebaris nama yang cukup sinonim padanya dari corong kaca televisyen yang sedang menayangkan berita tengah hari.
"Mangsa dipercayai merupakan salah seorang dari 55 orang mangsa yang diculik oleh sebuah organisasi haram yang beroperasi secara besar-besaran didalam dan luar negara beberapa bulan yang lalu. Menurut laporan, organisasi pelacuran dan pemerdagangan manusia yang diketuai oleh seorang lelaki warganegara Vietnam bernama Marco atau lebih dikenali sebagai Venom telah pun bubar selepas Marco disahkan mati ditembak dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia, 69 Komando enam tahun lalu. Walau bagaimanapun, keterangan dari mangsa yang ditemui mengerah pihak PDRM untuk membuka semula kertas siasatan―"
Deringan telefon bimbitnya mengalih perhatian Zarith. Panggilan dari DSP Fahim. Punat hijau ditekan menyambung panggilan tersebut.
"Tuan,"
Berkerut seribu dahi Zarith mendengar setiap bait bicara DSP Fahim dari hujung talian.
"Baik, Tuan,"
Usai mematikan panggilan, Zarith kembali mengalih pandang ke arah kaca televisyen disitu dengan pelbagai persoalan. Tak mungkin organisasi Venom masih wujud. Dia dan anak-anak buahnya yang menumpaskan organisasi itu dengan tangan mereka sendiri.
"Zarith!" suara ceria Aufyaa menyentak Zarith dari lamunan. Wajah yang berkerut itu kembali dihiasi dengan senyuman manis buat si gadis.
"Dah ke? How?" tanya Zarith.
"Okey! Cikgu kata aku cepat pickup! Bangga tak?"
Tersenyum Zarith melihat wajah ceria si tunang. Secara spontan, tangannya naik mengusap kepala Aufyaa yang berbalut dengan selendang biru. Langsung terdiam Aufyaa dengan tindakan Zarith yang tiba-tiba.
YOU ARE READING
ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]
RomanceAiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69...