BAB 15

2K 161 7
                                    

AUFYAA mengerling sekilas ke arah Zarith yang sedang fokus memandu disebelah. Mereka sedang dalam perjalanan menjemput Auni disekolah. Lompat bintanglah adiknya itu nanti bila sosok yang dinanti-nantikan selama ini muncul tiba-tiba.

Seketika, deretan kedai diseberang jalan selepas lampu isyarat menyapa pandangan Aufyaa.

"Lepas traffic light ni berhenti dekat lot kedai tu kejap. Aku nak pergi kedai," kata Aufyaa.

"Kedai? Tak lambat ke nak ambil Auni ni?" Matanya mencerling ke arah jam digital pada dashboard kereta. Sudah jam 4:30, pasti Auni dah keluar.

"Kejap je. Ada benda nak beli dekat kedai runcit tu," balas Aufyaa.

Zarith hanya menurut. Dipusing stereng memasuki simpang deretan kedai disitu.

"Sini ke? Nak aku teman?"

"Ha sini je. Tak apa, kau tunggu dalam kereta. Aku keluar kejap," Aufyaa terus membuka pintu dan keluar dari perut kereta.

Sambil menunggu, Zarith bermain dengan telefon. Aplikasi WhatsApp dibuka, betapa banyaknya pesanan tidak dibaca dari group chat Black Demon. Lebih seribu! Memang sengaja Zarith tidak membuka. Selalunya hanya Aaisy dan Hayder yang sering berbalas menghantar sticker. Dek rimas dengan notifikasi tak berguna dari mereka yang  masuk bertalu-talu, dia mute saja group chat mereka. Kah!

Aufyaa melangkah menuju ke arah deretan kedai. Kakinya tidak menuju ke kedai runcit seperti yang diberitahu. Malah, dia menukar arah ke farmasi disebelah. Pintu kaca dihadapan ditolak perlahan, Aufyaa mendekati ahli farmasi yang sedang bertugas disitu.

"Ya cik? Ada yang saya boleh bantu?" soal wanita itu.

"Err... saya cari ubat atau krim untuk kesan melecur. Ada tak?" tanya Aufyaa.

"Melecur kena apa tu?" tanya wanita itu lagi.

Kepala yang tak gatal digaru sekejap. Tak akan nak cakap melecur kena bom? Dia percaya ke?

"Err lain-lain ke ubatnya?" soalan berbalas lagi.

"Bergantung pada tahap melecurlah. Melecur yang macam mana tu?"

"Erm dia nampak macam merah-merah lepas tu ada bahagian yang kulit dia macam lembut, kalau tertarik mungkin koyak," bersungguh Aufyaa menjelaskan. Risau jika ahli farmasi itu tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

"Kalau macam tu maksudnya dalam proses nak sembuh dah tu. Kulit yang lembut tu sebab dia dalam proses nak salin kulit baru. Awak jangan koyakkan pula," kata wanita itu bersama tawa halus. Wanita itu berlalu pergi ke bahagian belakang mencari krim yang diminta Aufyaa.

Satu bekas krim diletakkan diatas kaunter dihadapan Aufyaa. "Boleh sapu krim ni dua kali sehari selepas mandi dekat kawasan melecur. Pastikan kawasan kulit baru nak salin tu terjaga ya, lebih elok tutup dengan kain kasa atau kapas," pesan ahli farmasi itu.

Aufyaa mengangguk faham.

Selesai membuat bayaran, krim yang dibeli tadi disimpan didalam beg kuliahnya dan dia kembali ke kereta Zarith. Mereka dah lambat untuk menjemput Auni.











TERGOYANG-GOYANG kaki Auni berjuntai menanti kedatangan si kakak di sebuah bangku di perhentian bas hadapan sekolah. Kakaknya cakap dia akan datang menjemput kerana dia habis kerja awal.

Sedang Auni ralit memerhati setiap bas yang datang kalau-kalau itu bas yang dinaiki si kakak, datang beberapa rakan sekelasnya menghampiri Auni.

"Auni tunggu siapa?" soal kanak-kanak bernama Maya itu.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now