BAB 44

1.5K 184 26
                                    

JAUH Zarith termenung memikirkan perubahan sikap Aufyaa yang baginya sangat drastik dan tiba-tiba. Dari sarapan sehingga ke makan tengah hari, setiap bait kata yang keluar dari mulutnya, hanya akan dibalas sepatah sahaja oleh Aufyaa.

Sungguh, dia buntu. Layanan Aufyaa terlalu dingin sehingga dia sendiri tak mampu untuk hadap lagi. Hilang senyuman manis si isteri yang sering dihadiahkan buatnya. Hilang pandangan penuh cinta yang sering terpancar dari sepasang mata bundar itu.

Akhirnya, dia mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah. Mahu ke mana pun dia tak tahu. Pandangannya kosong namun fikirannya penuh dengan segala andaian negatif yang datang menyinggah. Semudah itukah hati manusia boleh berubah?

Tanpa sedar, pemanduan tanpa hala tujunya tiba di hadapan basement Black Demon. Rupanya sudah dua jam dia memandu.

Bersama keluhan, Zarith membawa langkah keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk basement. Dia cuma harap dia mampu menyusun semula segala kekusutan dalam fikirannya disini.

"Eh Rith! Tak ada angin, tak ada ribut. Aku ingat kau kursus?" tegur Aaisy.

Panggung kepala, dia disapa dengan sahabat-sahabatnya yang sedang berkumpul diruangan santai mereka. Barangkali sedang membincangkan sesuatu.

Hanya senyum segaris yang dilempar Zarith pada mereka sebelum dia mendekati mereka semua. Saling berlaga buku lima mereka sebagai tanda sapaan, kemudian dia mengambil tempat di sebelah Aaqif.

"Bincang apa?" tanya Zarith.

"Kau kenapa? Muka macam tertelan kapur. Tak sihat ke?" Laju saja Aaisy angkat punggung dan melekapkan tangan pada dahi Zarith untuk memeriksa suhu. Tak panas pula.

"Taklah, sihat je. Aku...." Zarith terjeda seketika. Berfikir sama ada dia perlu utarakan masalah rumah tangganya pada mereka tau tidak. Tapi dia betul-betul sedang buntu.

"Aufyaa okey tak?" soal Aaqif tiba-tiba.

Bersabung pandangan mereka berdua, Aaqif bagai dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku pada sahabatnya itu.

Telan liur, perlahan sahaja suara Zarith menjawab. "Dia... dia minta cerai..."

"Hah??!!" Terkejut bukan kepalang, bergema basement itu dengan suara Aaisy, Hayder dan Darwish menjerit serentak.

Irfan dan Hafiy sekadar menutup telinga sendiri. Jerit macam perempuan.

"Kenapa?" tanya Aaqif lagi, tenang.

"Dia kata aku tak ada masa untuk dia. Dia kata aku tak pernah ada bila dia perlukan aku. Dia kata.... sama je hidup dia sebelum dengan lepas kahwin..."

Bam!!

Terhinggut bahu mereka apabila Aaisy tiba-tiba menghentak kuat meja dihadapan mereka dan dia berdiri tegak mencekak pinggang sambil memasang wajah garang.

"Berani dia kata hidup dia dulu dengan sekarang sama? Dia lupa ke asal-usul dia? Dia lupa ke kalau bukan sebab kau, sampai sekarang dia masih duduk rumah setinggan tu?! Eyy aku tak boleh lah orang lupa daratan ni, aku baran." Tangannya mula bergerak-gerak gaya menyinsing lengan baju, walhal dia memakai baju t-shirt lengan pendek.

Hayder pantas menarik sahabatnya itu supaya kembali duduk dan berbisik keras. "Tak payah nak emosi sangat, kau tak nampak muka member tu macam nak menangis dah tu?"

"Taklah, aku panas tau. Berani dia buat Zarith aku macam tu?" bisik Aaisy semula. Tangannya mengusap-usap dada sendiri cuba bertenang.

"Mungkin memang salah aku... aku terlampau busy dengan kerja sampai dia rasa terabai. Entah dia dah makan ke belum, dia sakit ke apa ke, aku memang tak tahu pun. Sebab selama ni yang dia tunjuk dekat aku semuanya sisi yang baik-baik. Bila aku balik, dia sambut aku dengan senyuman. Bila aku balik, makanan dah siap. Bila aku balik, dia bagi aku layanan istimewa. Tak pernah sekalipun dia buat muka sambut aku balik. Tak pernah sekalipun dia cerita yang buruk-buruk sepanjang aku tak ada sampai aku tak tahu kalau sepanjang aku tak ada, dia ada apa-apa masalah ke tak..." Zarith tertunduk sendiri.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now