BAB 2

2.2K 129 10
                                    

BERSANDAR dia pada sebuah meja menghadap lapang sasar dihadapan sambil berpeluk tubuh. Pelatih-pelatih yang sedang menjalani latihan menembak direnung kosong. Bunyi berdas-das tembakan yang datang dari pelbagai arah sedikit pun tidak mengganggunya.

Sehingga terasa ada sesuatu yang mencucuk abdomen, lamunannya terhenti. Tunduk kepala, ada fail sedang menanti untuk disambut olehnya. Toleh ke sisi, figura Naeem menyapa pandangan.

"Apa?" soal Zarith ringkas. Fail itu tetap disambut.

"Senarai nama cikgu dan murid yang akan join program esok," balas Naeem sebelum dia melompat sedikit untuk duduk diatas meja.

"Lepas tu? Bagi aku kenapa?" soal Zarith semula.

"Aku tahulah otak kau tertinggal enam tahun lepas, tapi agak-agaklah benda yang dia orang announce pagi tadi pun kau tak ingat," bidas Naeem geram.

Melihatkan wajah Zarith yang masih terpinga-pinga, Naeem mengeluh nipis.

"Kau buka, kau buka fail tu cepat," Sikit lagi rasanya dia tempeleng saja kepala sahabatnya itu.

Zarith hanya menurut. Senarai nama dihadapannya dipandang kosong.

"Lepas tu?" Zarith masih tak faham.

"Tengoklah nama penyelia program tu sekali, bangkai!"

Terbeliak mata Zarith melihat namanya tertera disitu sebagai penyelia untuk program keselamatan dan pencegahan jenayah yang dianjurkan oleh pasukan elit PDRM dengan kerjasama dari Jabatan Pencegahan Jenayah PDRM.

Zarith merengus kasar. "Siapa yang memandai letak nama aku ni?!" tempelak Zarith.

"Eh, goblok. Kau sendiri yang tawar diri, tak payah nak salahkan orang. Aku letak kau dekat tengah-tengah lapang sasar tu karang bagi tembus satu peluru baru reti agaknya," ujar Naeem bengang. Sudahlah matahari sedang tegak diatas kepala. Menguji iman betul sahabatnya ini.

"Se― sejak bila aku offer nak jadi penyelia?" bingung Zarith dibuatnya. Ada ke dia tawar diri?

Flashback

Tangan menongkat dagu, jauh fikirannya melayang. Kata-kata dari pegawai atasannya yang sedang duduk bersama mereka yang lain bagai angin lalu ditelinga. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sedikit pun tak menarik minatnya.

Sejak sebulan ini, fikirannya tak henti dibelenggu dengan seraut wajah milik Aufyaa. Ralit dia berfikir bagaimana caranya untuk dia bertemu semula dengan gadis itu.

"Perlu ke minta tolong Alisya? Kawan dia juga," gumam Zarith sendiri.

"Ya, Zarith? Ada apa-apa bantahan?" soal DSP Fahim.

"Mestilah boleh. Apa pula tak boleh kan," Zarith masih dalam dunianya sendiri.

Naeem yang sedar sahabatnya itu bukan dalam dimensi yang sama dengan mereka segera menyiku lengan Zarith menyebabkan tangan yang menompang dagu tadi tertolak.

Tersentak Zarith.

Belum sempat dia nak marah, terkebil-kebil matanya memandang lima pasang mata yang sedang memandang ke arahnya.

"Boleh kan, Zarith? Awak cakap boleh tadi," kata DSP Fahim.

"Hah? Ohh..." dia berdehem seketika dan memperbetulkan duduk sebelum menyambung.

"Haa boleh-boleh," Taram sajalah labu. Nanti dia tanya balik pada Naeem.

Terbuntang sekejap mata Naeem menerima jawapan Zarith. Belum pernah lagi sahabatnya itu bersetuju untuk menyelia program-program seperti itu. Kaki mengelat mamat ni! Kena rasuk jembalang mana sampai tiba-tiba setuju?



ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now