SELESAI menunaikan solat Maghrib, Zarith duduk berteleku. Fikiran yang bercelaru sejak semalam kini beransur-ansur tenang. Semalaman dia tak mampu melelapkan mata memikirkan nasib DSP Fahim ditangan mereka.
Tepukan dibahunya menghentikan lamunan Zarith. Toleh kepala, wajah Naeem menyapa pandangan. Dia turut melabuh duduk disebelah Zarith.
"Kau okey?" soal Naeem. Mana mungkin sahabatnya mampu berlagak baik-baik saja sekarang tapi dia tak mahu Zarith terlalu runsing. Mereka ada lagi setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan oleh Max untuk berjumpa.
Zarith tersenyum tawar tanpa menjawab. Kepalanya kembali menunduk memandang cincin perkahwinan dijarinya.
"Naeem..." serunya perlahan.
"Hm?"
"Kau ingat tak masa mula-mula kita masuk VAT?" soalnya.
"Gila tak ingat. Kalau tak menangis, muntah. Tak muntah, pengsan," balas Naeem bersama tawa kecil bila teringatkan kenangan mereka sepanjang menjalani latihan dan kursus yang sangat memeritkan sebelum ditauliahkan sebagai seorang komando VAT69.
Zarith turut ketawa halus. Pengalaman yang pahit namun manisnya selepas mereka berjaya menempuh segala latihan tersebut merupakan sesuatu yang tak mungkin dia lupakan.
"Kalau malam ni aku tak berjaya, kau akan kecewa dengan aku tak?" tanya Zarith lagi.
"Tak ada istilah kecewa antara kita, Rith. Kita kawan bukan setahun dua, tak pernah sekali pun aku tak rasa bangga berkawan dengan kau. Dan tak ada istilah tak berjaya. Hidup atau mati kita keluar dari sini, pengorbanan yang kita buat tu yang akan diingati. Ingat satu je Rith. Mati kita tak akan pernah sia-sia. Dan itu satu nikmat yang tak semua orang dapat," balas Naeem menyalurkan semangat dan kekuatan.
"Aku yakin semuanya akan baik-baik je malam ni. Ingat, isteri dengan adik kau tengah tunggu dekat rumah. Jadikan dia orang sebagai pembakar semangat kau. Kau dah janji dengan Aufyaa nak spend time dengan dia kan? So kau kena keluar dari rumah tu dengan selamat. Dan aku janji, berapa ramai kita masuk sini, seramai itu juga yang akan keluar dari sini. Bernyawa atau tidak," tambahnya lagi sebelum dia menepuk sekali bahu si sahabat menyatakan segalanya akan baik-baik sahaja.
Dia faham perasaan sahabatnya itu. Hampir 10 tahun mereka berada dalam pasukan khas ini, sudah banyak berita kematian rakan seperjuangan yang diterima. Tapi bila melibatkan orang terdekat, sesiapa pun tak akan mampu untuk berfikir dengan baik.
"Thanks bro," ucap Zarith bersama senyuman nipis.
"Aku keluar dulu ada preparation sikit. Take your time, ada masa lagi." Naeem bangkit dan berlalu pergi dari ruangan itu.
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Kontak nama si abah dicari dan ditekan punat 'call' tanpa berfikir lama.
"Assalamualaikum bah," sapa Zarith selepas panggilannya bersambung.
"Waalaikumsalam. Kenapa Aiman?" soal Encik Ameer. Aneh, anak lelakinya ini sangat jarang menghubunginya. Kebiasannya Zarith akan menghubungi Puan Zarina dan mereka akan berbual bertiga.
"Bah..."
Berkerut dahi Encik Ameer mendengar nada anak lelakinya. Nada yang jelas sedang rapuh.
"Aiman, kenapa ni? Aiman tak sihat ke?" soal si abah, risau.
"Macam mana abah kuat nak hadap kalau orang terdekat abah kemungkinan akan jadi korban gara-gara abah sendiri?" soal Zarith perlahan.
Demi Tuhan, selepas apa yang berlaku pada Hazwan, dia tak mahu lagi sebarang keburukan terjadi pada orang sekelilingnya. Terutamanya jika itu berpunca dari dirinya sendiri.
YOU ARE READING
ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]
RomanceAiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69...