BAB 42

1.4K 154 19
                                    

PRANG!!

Berderai gelas kaca yang mengandungi minuman haram itu dibaling kuat ke dinding. Naik turun dada Madam Dianne mencerlung ke arah pemuda yang sekadar menayang wajah bersahaja dihadapannya ini.

"Benda senang pun kau tak boleh buat?! Apa guna aku bayar kau tapi perempuan bodoh tu pun kau tak boleh nak hapuskan?!" Madam Dianne menjerkah kuat.

Serpihan kaca yang menghiris kecil kulit pipinya disentuh lembut. Darah yang mula terhasil sekadar dilap bagai tidak terasa sakitnya.

"Aku tak pernah cakap nak hapuskan dia. Aku setuju dengan rancangan kau untuk balas dendam dekat Zarith atas kematian abang aku. Tak ada kena mengena dengan Aufyaa," balas Noah bersahaja.

Kuat dengusan Madam Dianne kedengaran didalam bilik VVIP kelab malam miliknya. Botol kaca diatas meja diambil dan dituang ke dalam gelas kaca baru. Gelas itu diangkat dan dipusing-pusing dalam gerakan perlahan. Matanya kembali memanah tajam ke arah Noah.

"Kau sedar tak kalau kau hancurkan perempuan tu, sama dengan kau hancurkan jantan tu? Sekarang dia orang dah lari, dah bawa anak aku sekali. Semuanya sebab kau tak pandai buat kerja! But I notice something...." Gelas ditangan dibawa ke bibir dan diteguk habis air arak itu.

"Kau ada banyak peluang untuk dekat dengan Aufyaa dan buat dia bencikan suami tak guna dia tu or vice versa, kau boleh buat Zarith yang bencikan dia. Tapi kau tak buat. Seolah-olah kau sengaja. Tell me you're not trying to pull any tricks, Noah Smith," dingin suara Madam Dianne menerobos terus ke halwa pendengaran Noah.

Tarik nafas dalam, Noah hembus panjang. Tatapan tajam Madam Dianne dibalas tanpa gentar. Benar, dia ada banyak peluang untuk mengambil kesempatan atas Aufyaa. Lebih-lebih lagi dengan status Zarith yang bekerja tak menentu. Dan itu juga memang niatnya dari awal. Menggunakan Aufyaa untuk membalas dendam pada Zarith.

Tapi itu semua dulu. Sekarang, ada sesuatu yang menghalangnya. Sesuatu yang diluar kawalannya. Yanv pastinya, bukan kerana dia tak mampu, tapi kerana dia tak mahu.

"Aku tak faham apa yang kau cuba buat sekarang. Kau yang buang anak kau dulu, sekarang kenapa kau nak balik?" Tanpa menjawab soalan wanita itu, Noah mengutarakan persoalan lain.

"Salah ke aku nak ambil hak aku semula? Aku yang lahirkan dia, aku ada hak atas dia," jawab Madam Dianne.

Noah menarik senyum sinis. "Hak? Lepas tujuh tahun, kau cakap pasal hak? Just tell me the truth, kau nak jual budak tu kan?"

Berubah air muka Madam Dianne membuatkan Noah yakin tebakannya tepat. Disebabkan sifat tamak dan gilakan harta dunia, tergamaknya seorang ibu menjual darah daging sendiri.

"You're no different from him," sambung Noah menyebabkan wajah wanita itu mula menegang.

"Jangan sama kan aku dengan jantan bodoh tu," kata Madam Dianne bersama suara dicelah gigi.

"Why not? Sama-sama jual anak demi duit. You guys are truly a match made in hell," sinis suara Noah.

Bergerak-gerak rahang Madam Dianne menahan marah. Kalau ikutkan api kemarahannya, sudah ditamatkan riwayat jejaka dihadapannya ini. Tapi selagi Auni tidak berada dalam genggamannya, dia masih memerlukan lelaki ini.

"Dari kau duduk sini menyakitkan hati aku, lebih baik kau cari dia orang. Ingat, Noah. Bila-bila masa kau boleh hilang mak kau yang memang tak lama dah tu. I'm not playing with my words." Bersama senyuman penuh makna, wanita itu mengugut keras.

Penumbuk dikepal kuat, sehabis baik Noah menggali kesabarannya. Selepas abang dan ayahnya, dia tak mahu kehilangan ibunya pula. Walau ibunya sekarang sedang bertarung nyawa disebabkan kanser, biarlah ibunya pergi kerana sudah tiba masanya, bukan gara-gara wanita ini.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now