BAB 45

1.2K 152 65
                                    

[Disarankan untuk istighfar sebanyak 20 kali minimum sebelum mula membaca :)]

ZAP!

Mendesis Zarith menekap lengan kirinya apabila terasa ada sesuatu yang mengguris kulitnya. Kepala ditoleh cuba mengenalpasti objek yang digunakan. Barangkali pisau. Dalam kepekatan malam, mengecil matanya cuba mengecam gerangan yang menyerangnya dari arah depan.

"Kau okey?" soalan Naeem sekadar dibalas dengan anggukan.

"Tuan, contact 12 o'clock." Suara Aidil kedengaran.

Tanpa menghiraukan darah yang mula mengalir dari lengannya sehingga ke celahan jari, senapang diangkat dan diacu ke hadapan.

"Naeem, ready," arah Zarith pada Naeem yang bersama dengannya. Naeem mengangguk tanda bersedia.

"Tuan, dia ada dekat belakang tong-tong minyak tu," kata Quz yang sedang tajam memerhati pergerakan musuh dari sudut yang lain.

"Roger."

Perlahan Zarith dan Naeem bergerak menghampiri gudang usang itu. Naeem yang membuntuti dari belakang mengerutkan dahi apabila pandangannya menyapa sesuatu yang menitik-nitik dari kesamaran cahaya. Bila diperhati, datangnya dari tangan si sahabat.

"Rith, tangan kau berdarah tu," kata Naeem.

"Sikit je," balas Zarith ringkas.

"Sikit apa dah menitik-nitik ni. Kau berhenti, biar aku dengan Daus yang masuk. Aidil, medik," panggil Naeem.

"No. Aku dah cakap operasi ni akan selesai sebelum subuh ni juga. Aku tak akan terima sebarang alasan. Settle cepat, aku nak balik cepat. Aufyaa tengah tunggu aku." Tanpa mengendahkan Naeem, Zarith meneruskan langkah mendekati.

Naeem mengeluh nipis. Akur, Naeem teruskan juga.

Bang! Bang! Bang!

Zarith dan Naeem pantas berselindung disebalik dinding apabila tembakan rambang mula kedengaran. Jengah kepala, Zarith menangkap kelibat seseorang sedang cuba melarikan diri.

"For God's sake, you won't get away. Nemo, cover!" Zarith keluar dari persembunyian dan berlari mengejar gerangan tersebut. Dalam kepalanya hanya ada satu.

Dia perlu pulang dengan segera.

Sebaik sahaja figura itu jelas kelihatan, Zarith meningkatkan momentum lariannya dan menggunakan daya yang bersisa, kaki panjangnya dilunjurkan ke hadapan dan menghentam belakang tubuh lelaki itu kuat sehingga dia jatuh tersembam pada lantai.

Enggan menyerah diri, lelaki itu mengengsot sedikit demi sedikit sebelum Zarith bertindak duduk diatas belakang tubuhnya, menghentikan pergerakannya. Meronta hebat lelaki itu cuba melepaskan diri. Dengan daya yang berbaki, ditolak kuat tubuh Zarith sehingga Zarith jatuh terduduk dilantai. Kesempatan itu diambil untuk dia bangkit dan menyerang Zarith. Tumbukan demi tumbukan dilayangkan namun semuanya ditangkis dengan cekap oleh Zarith. Sehingga tumbukan terakhir disasarkan pada abdomen Zarith.

Buk! Tersungkur Zarith jatuh menelentang. Berkerut-kerut dahinya menerima tumbukan yang tidak dijangka itu. 

Giliran lelaki itu pula untuk duduk diatas Zarith dan dia mula menumbuk wajah Zarith bertubi-tubi.

Buk! Buk! Buk!

Dengan kedua belah tangan dibawa bersilang dihadapan wajah, sedaya upaya Zarith menghalang dari tumbukan terus pada wajahnya. Sesekali tumbukan yang tersasar mengena tepat pada wajah menyebabkan darah mula mengalir dari celahan bibir.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now