PROLOG

9K 215 26
                                    

LIMA orang anggota dari Skuadron Alpha 69 Komando yang diketuai oleh Zarith menyusup masuk ke bahagian belakang sebuah Villa dua tingkat yang dijadikan sebagai rumah pelacuran.

Operasi sulit yang dijalankan pada malam ini bertujuan untuk menumpaskan salah satu sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia terbesar di Malaysia yang dijalankan oleh sebuah kumpulan pengganas yang dinamakan Venom. Diketuai oleh seorang lelaki warganegara Vietnam bernama Marco dan orang kanannya, Alvin.

Maklumat lokasi Marco dan anak-anak buahnya telah dikesan oleh pasukan perisik dan mendapati mereka singgah sebentar di rumah pelacuran milik mereka sebelum berangkat ke tempat asal mereka di Vietnam. Zarith yang ditugaskan untuk mengendalikan kes ini mengambil keputusan untuk menjalankan serbuan pada malam ini.

Disebabkan pengawalan yang ketat di pintu utama, Zarith membuat keputusan untuk menggunakan laluan bawah tanah untuk masuk. Tiba di aras bawah tanah, Zarith menghala dua jari ke sebelah kanan, dan dua jari dihala ke sebelah kiri. Memberi arahan untuk mereka berpecah. Dua orang masuk mengikut pintu sebelah kanan, dua orang lagi masuk mengikut pintu sebelah kiri, manakala dia akan masuk mengikut pintu hadapan.

"Now," Zarith mengeluarkan arahan sebelum mereka merempuh masuk ke dalam ruang legar rumah itu dan dilepaskan satu das tembakan ke udara sebagai amaran.

Bang!

Tembakan yang dilepaskan bertujuan untuk mendapatkan perhatian pengunjung-pengunjung disitu bertukar menjadi huru-hara apabila mereka mula berteriak ketakutan dan bergelimpangan melarikan diri. Ada yang menderu-deru keluar dari kamar tidur dengan hanya berselimut dan bertuala. Ada juga yang sedang berhibur di lantai dansa dan terus meloloskan diri ke pintu keluar.

Zarith mengeluh nipis.

"Aku dah kata kan cara ni tak jalan," kata Zarith melalui alat komunikasi mereka.

"Dah tu? Kau ada cara lain ke nak kawal dia orang?" soal Naeem, rakan sepasukannya.

"At least bukan yang ini, nampak macam terkawal ke ni?" balas Zarith dengan nada geram.

"Tuan, dia orang cuba nak larikan diri ikut pintu belakang," celah Daus yang sedang menjaga pintu sebelah kanan.

"Biar. Ada team lain dekat luar. Tugas kita malam ni nak cekup Marco. Fokus," jawab Zarith tegas.

"Naeem, kau ikut aku. Kita naik tingkat atas. Daus, Aidil, Quz control bawah. Konco dia orang akan masuk kejap lagi. Shoot when needed," arah Zarith.

"Baik, Tuan."

Zarith dan Naeem mendekati tangga besar untuk naik ke tingkat atas sebelum derap kaki yang sedang bergegas menuruni tangga menyapa halwa telinga.

Zarith yang berada dihadapan Naeem mengepal penumbuknya dan diangkat ke udara sebagai isyarat supaya mereka berhenti bergerak. Mereka bersembunyi disebalik dinding tangga menanti kehadiran gerangan tadi.

Saat dua sosok yang baru menjejak lantai terakhir itu muncul secara membelakangi mereka, Naeem mengangkat tinggi senapang jenis Colt M4 sebelum dihentak kuat bahagian pemegang pada tengkuk salah seorang dari mereka.

Buk!

"Alamak," bisik Naeem. Fikirnya lelaki itu akan jatuh ke arah mereka. Namun, lelaki itu jatuh ke arah bertentangan. Kalut Naeem mahu menarik tubuh yang sudah tidak sedarkan diri itu menghalang seorang lagi pengawal dari tersedar akan kehadiran mereka.

Sedang Naeem menarik lelaki yang sudah terkulai itu, seorang lagi rakan sekerjanya berpaling apabila dirasakan ada sesuatu tak kena dibelakangnya.

Toleh ke belakang, pandangan bertaut dengan pandangan Naeem yang sedang bersusah-payah menarik rakan sekerjanya. Buru-buru dia mengeluarkan pistol dari tepi seluar. Belum sempat dia mengacu ke arah Naeem, terasa ada tepukan dibahunya dari arah belakang.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now