BAB 38

1.6K 136 14
                                    

BERKERUT dahi Zarith cuba membuka mata. Cahaya jingga dari lampu tidur bilik mereka membuatkan pandangan yang kabur perlahan-lahan semakin jelas. Melengkung bibir menguntum senyum tatkala wajah polos si isteri yang sedang tidur dalam pelukan menyapa pandangan pertama.

Tangannya dibawa menyentuh lembut alis kening si isteri. Kemudian turun ke puncak hidung separa mancung Aufyaa sebelum turun ke seulas bibir kemerahan bak delima milik Aufyaa.

Melebar senyuman Zarith apabila wanita itu seakan terganggu dengan sentuhannya. Namun hanya seketika sebelum Aufyaa kembali melayari mimpinya.

Lama dia mengamati pemandangan indah wajah polos si isteri didepan mata. Makin hari cintanya makin dalam buat wanita ini. Kalau boleh diberi seluruh isi dunia ini untuk membuatkan wanita ini bahagia, akan dia beri segalanya.

Terasa angin penghawa dingin menyapa bahunya yang terdedah, tubuh kaku yang sedang tidur itu bergerak kecil menarik gebar sehingga ke dada. Sejuk.

Tersenyum Zarith. Rambut lembut Aufyaa dielus. "Precious, bangun sayang. Pukul 6 dah ni, subuh jom," kejut Zarith lembut.

"Hmmm," meleret Aufyaa menggumam dengan mata yang terpejam rapat.

"Bangun sayang, sebelum Malaikat Izrail yang bangunkan," gertak Zarith.

"Ishh abang ni! Kejaplah, 10 minit je. Fyaa penat.... tak larat...." Sudahlah baru tiga jam mereka tidur.

"Apa yang Fyaa penat sangat, hm? Fyaa buat apa sampai tak larat ni?" Bukan dia tak tahu, sengaja mahu menyakat. Padahal semuanya kerja dia.

"Ishhh benci abang," Gebar ditarik sehingga ke kepala.

Meletus kecil tawa Zarith. "Alolo sorry lah, meh abang bagi ubat,"

Bibir mengherot senyuman nakal, tubuhnya dibawa melorot ke bawah memasuki gebar yang menutupi tubuh mereka. Tergeliat Aufyaa kegelian apabila bibir Zarith mula bermain-main disekitar tubuhnya.

"Abang! Ihh main tipu!" Gebar itu diselak kasar, tersembul wajah Zarith bersama senyuman nakal yang masih tersisa.

Chup! Satu ciuman selamat berlabuh dibibir mungil Aufyaa. Tanpa sedar wajah yang mencuka kini berubah rona.

"Bangun, precious. Or I'll do more than this," bisiknya perlahan sebelum dibenamkan wajahnya pada ceruk leher Aufyaa.

Dek kegelian yang tak tertahan, Aufyaa mengalah juga. Tangannya menolak lembut tubuh Zarith yang sedang menindihnya. "Ya ya, Fyaa bangun. Abang bangunlah."

Akur, Zarith menolak gebar yang menutupi mereka dan dia turun dari katil. Baru saja Aufyaa mahu bangkit, Zarith bertindak mencempung tubuh yang masih berbalut dengan comforter itu dan dibawa menuju ke bilik air.

"Abang! Fyaa nak mandi sendiri!"

"Tinggi suara dengan suami, dapat dosa. Mandi dengan suami dapat pahala. Jimat air mandi sekali, dapat pahala juga. Fyaa dah ada extra satu pahala." Entah apa dia merapu.

"Tak payah main dosa pahala lah, cakap je abang nak ambil kesempatan!" Aufyaa mula meronta-ronta mahu turun.

Zarith hanya mengendahkan isterinya yang sedang mengganas memberontak dalam dukungannya itu mahu melepaskan diri. Makin kuat Aufyaa meronta, makin kuat juga pegangannya pada tubuh kecil itu. Dalam hati dia sudah ketawa jahat. Bukan selalu pun, apa salahnya kan?

Usai menunaikan solat subuh dan mengaminkan doa yang dibacakan Zarith, Aufyaa menghulur tangan untuk menyalami si suami.

"Fyaa minta maaf tinggi suara dengan abang tadi..." kata Aufyaa perlahan.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now