BAB 47

1.1K 191 45
                                    

BERPULUH kali panggilan dibuat Aaisy kepada Zarith, namun satu pun tidak bersambung. Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka datang keesokannya untuk melawat, lelaki itu sudah tiada. Menurut jururawat yang bertugas disitu, Zarith daftar keluar dengan sendirinya pada awal pagi sebelum ketibaan mereka.

Kini sudah tiga hari mereka cuba menjejak si sahabat.

"Mana pula mamat ni..." Aaisy mengeluh.

"Dia masuk kem balik tak?" duga Hayder. 

"Tak, aku dah call Naeem. Dia kata Zarith apply cuti panjang. So dia tak ada dekat kem sekarang," jawab Aaqif. 

"Tracker pun tak dapat detect ke, Fiy?" soal Aaisy pada Hafiy.

Hafiy sekadar menggeleng. "Dia matikan GPS kereta dengan phone dia," balas Hafiy.

"Dia memang tak nak kita cari dia," sampuk Darwish. 

"Aku pun rasa. Apa yang dah jadi dekat dia dengan Aufyaa eh sampai macam tu sekali dia nak bawa diri?" Irfan mula naik hairan. 

Jarinya mengetuk-ngetuk pemegang kerusi, lama Aaqif berfikir akan asbab disebalik tindakan sahabatnya itu. Zarith bukanlah seseorang yang akan melarikan diri apabila ditimpa masalah. Tegak tubuhnya apabila dia seakan dapat menerka keberadaan Zarith.

"Aku rasa aku tahu dia dekat mana," kata Aaqif. Hoodienya diambil dari sisi sofa, dia terus bergerak keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan mereka.

Terkocoh-kocoh mereka yang lain membuntuti langkah Aaqif. "Woi, sabarlah! Kalau nak gerak, bercakap dulu boleh tak? Communication mana, communication?" Aaisy mengomel tak puas hati namun Aaqif hanya buat tak tahu.  

Meluncur laju pacuan kereta sport masing-masing membelah jalan raya. Mereka yang lain sekadar mengikut kereta Aaqif dari belakang tanpa mengetahui destinasi mereka. 

"Qif, kau nak pergi mana ni? Dah nak malam tau, kau bawa tempat keliling hutan ni kenapa?" Aaisy mula bersuara dari hujung alat komunikasi mereka setelah sudah lebih sejam mereka memandu tapi Aaqif masih diam membisu. 

"Nak jumpa Zarith lah," jawab Aaqif ringkas. 

"Dia buat apa dalam hutan ni?" soal Aaisy lagi. Tegak segala bulu kuduknya memandang sekeliling jalan yang hanya dikelilingi hutan tebal. 

"Diam, kalau tak nak ada benda ikut kau," balas Aaqif bersahaja.

"Choiii mulut kau! Siapa ajar cakap tak bertapis ni? Nak kena cili?" marah Aaisy.

"Aaisy, lajulah sikit. Kereta depan semua dah jauh dah tu," kata Darwish. Diperhati sahaja kelajuan Aaisy yang semakin lama semakin perlahan. 

"Kau tak nampak ke aku bawa 120km/j ni?" 

Darwish menjengah sedikit kepalanya untuk melihat meter kereta Aaisy. Betullah, dah 120 tapi kenapa macam lambat?

"Kau tak rasa kereta ni macam berat ke?" tanya Darwish. 

Serentak mereka yang lain mengeluh berat. "Kau ni makin lama bergaul dengan Aaisy makin benak kan, Darwish?" tegur Irfan dari alat komunikasi mereka. 

"Apa? Aku tanya je," kata Darwish polos. 

"Tapi betullah, macam makin berat je kereta ni? Weh, weh. Ni kenapa ni?" Cemas Aaisy bersuara apabila keretanya mula perlahan dengan sendirinya sebelum mereka berhenti ditengah jalan. Jalan yang cukup sunyi dan gelap. Tiada sebuah pun kereta yang melalui jalan itu melainkan mereka berenam.

"Babi, tak lawak bodoh. Kereta mahal-mahal pun boleh rosak ke?" Darwish memaki dalam ketakutan. Berkali-kali Aaisy cuba menghidupkan semula keretanya namun tak berjaya.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now