KEDUA belah tangan meramas sesama sendiri, redup pandangan Noah ke arah Aufyaa yang sedang berbaring diatas katil pesakit itu. Keadaan wanita itu sekarang sangat berbeza berbanding kali terakhir mereka berjumpa. Wajah yang sudah semakin cengkung dan bibir yang pucat tak berwarna. Cukup menjelaskan betapa terkesannya wanita itu dengan segala yang terjadi.
Terngiang-ngiang kata-kata doktor yang merawat Aufyaa selepas dikejarkan ambulans ke hospital.
"Boleh saya tahu kalau Puan Aufyaa ada sejarah kemurungan atau pernah consult dengan mana-mana pakar psikiatri?"
Bertaut kening Noah. Selama dia kenali Aufyaa, wanita itu langsung tiada tanda-tanda seperti seseorang yang mempunyai penyakit mental. Atau sebab....
"Saya tak pasti, doktor. Tapi kenapa ya?" tanya Noah semula.
"Kalau tak ada, saya sarankan untuk bawa Puan Aufyaa berjumpa dengan pakar psikiatri. Sebab kami dapati Puan Aufyaa ada konsumsi ubat tidur yang saya jangka sudah berlarutan untuk satu tempoh yang berterusan. Mungkin panjang, mungkin baru-baru lagi," jelas doktor tersebut.
Terpempan Noah dengan kenyataan itu.
"Mana-mana ubat pun kalau dikonsumsi tanpa preskripsi dari mana-mana pakar kesihatan, akan mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi─"
"Abang...." Terhenti lamunan Noah apabila Aufyaa mula meracau memanggil si suami. Berkerut-kerut dahi licin itu menyeru si suami dalam tidur.
Timbul rasa bersalah dalam diri Noah sementelah dia cuba pisahkan Aufyaa dengan suaminya atas alasan dia dan Auni sedang dalam bahaya. Dia akui dia mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa dua beradik itu untuk menjadikan Aufyaa miliknya. Tapi melihat keadaan Aufyaa sekarang, wanita itu lebih memerlukan si suami.
Wajah diraup sekali, telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar. Kontak nama Zarith dicari. Memikirkan keadaan semasa kali terakhir mereka berjumpa, teragak-agak dia mahu menekan punat 'call'. Tapi semua ini tak adil untuk Aufyaa. Akhirnya, ditekan juga punat hijau. Namun hampa apabila panggilannya terus ke peti suara.
"Abang..." sekali lagi Aufyaa memanggil dengan mata yang terkatup rapat.
Bangkit dari duduk, Noah cuba mengejutkan wanita itu. "Aufyaa... bangun," kejutnya lembut.
Perlahan Aufyaa mencelikkan mata apabila suara garau itu menyapa gegendang telinga. Saat terpandangkan wajah seorang lelaki dihadapan, pantas dia bangun dan mengengsot ke belakang sehingga tubuhnya berlanggar dengan besi katil. Selimut putih yang menutupi tubuhnya ditarik sehingga ke atas. Tubuhnya mula menggigil hebat.
"Pergi! Pergi, aku tak nak!" kuat Aufyaa teriak. Selimut ditangan dibawa menutupi seluruh kepala.
"Aufyaa..."
"Tak nak! Tak nak!! Pergi lah!!" Aufyaa mula meronta-ronta kuat apabila Noah bertindak memegang kedua belah lengannya.
"Aufyaa, ni saya, Noah. Calm down..." Noah cuba menenangkan namun lebih kuat Aufyaa merentan.
"Tak nak, aku cakap tak nak!! Abang, tolong Fyaa! Tolong Fyaa, Fyaa takut... Abang, tolong..." esakan Aufyaa mula berlagu. Sedaya upaya tangannya menolak-nolak ke udara tak mahu didekati.
Noah pantas menekan butang kecemasan disitu dan beberapa jururawat serta doktor datang untuk memberi ubat penenang pada Aufyaa.
Setelah beberapa ketika, keadaan kembali tenang. Aufyaa yang sedang terbaring lemah selepas menerima suntikan itu dipandang sayu. Perlahan selimut putih ditubuh Aufyaa dikemaskan dan dia berlalu keluar dari bilik wad itu.
YOU ARE READING
ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]
RomanceAiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69...