BAB 8

2K 129 11
                                    

MELIHATKAN Alisya sedang menuruni tangga bersama Aaqif, Aufyaa segera menghampiri. Lengan si sahabat ditarik menjauhi suaminya. Bibir didekatkan pada telinga Alisya, mahu membisikkan sesuatu.

"Kau kenapa?" tanya Alisya kehairanan.

"Err... kau ada... first aid tak?" teragak-agak dia mahu mengutarakan soalannya.

"Kenapa? Kau luka dekat mana-mana ke?" cemas Alisya menyoal. Secara spontan tubuh sahabatnya ditilik atas bawah, depan belakang.

"Shhh janganlah kuat-kuat. Aku..." pandangannya dilirik sekilas ke arah Zarith yang sedang berbual dengan Aaqif sebelum matanya jatuh melihat buku lima lelaki itu. Hampir terlupa dia dengan luka ditangan lelaki itu akibat menumbuk pecah cermin dirumahnya. Tapi melihatkan luka tersebut langsung tak terawat, sepertinya Zarith juga terlupa atau buat tak endah.

Alisya yang seakan memahami pandangan sahabatnya itu menyungging senyum senget. Sikunya dibawa menyenggol sisi tubuh Aufyaa.

"Risau ke?" tanya Alisya nakal.

"Ish kau ni. Aku cuma rasa bersalah je. Cepatlah, ada ke tak?"

Alisya mencebik bibir. Langsung tak pandai menipu Aufyaa ni. "Kejap, aku ambil," Alisya mengatur langkah ke dapur untuk mengambil kotak pertolongan cemas yang disimpan di salah satu kabinet.

Dapat sahaja kotak pertolongan cemas, setia Aufyaa menanti untuk dua jejaka itu berhenti berbual. Segan pula untuk dia tiba-tiba mencelah bila ada Aaqif. Alisya hanya menggeleng kecil melihat sahabatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan.

"Abang, tolong Nia kejap boleh?" suara Alisya mengalih perhatian Aaqif dan Zarith.

"Ya, sayang. Nanti sambung," Lengan Zarith ditepuk sekali sebelum Aaqif berlalu mendekati isterinya.

Zarith juga mahu beransur pergi menghampiri Aisyah dan Auni yang sedang bermain dengan Lego milik Alisya namun panggilan Aufyaa menghentikan langkahnya.

"Zarith,"

Pantas Zarith berpaling ke arah sumber suara. Senyuman terukir secara automatik. Teruk angau ni.

"Kenapa?" kening dijungkit tanda bertanya.

"Sini kejap," panggil Aufyaa. Laju Zarith menukar laluannya. Aufyaa diatas sofa dihampiri.

"Tak akan aku jauh sikit dah rindu kot," usiknya.

"Mulut tu tutup kejap. Tangan," arah Aufyaa sepatah.

"Tangan?" dengan wajah terpinga-pinga, Zarith menjulurkan tangan kirinya.

"Kanan,"

"Ohh," segera tangannya bertukar. Jelas kelihatan buku lima yang sudah kering lukanya. Membulat mata Zarith memandang tangannya. Pantas ditarik tangannya semula dan disorok dibelakang. Macam mana dia boleh lupa?

Menjegil Aufyaa memandang tepat ke dalam anak mata amber itu. Tanda dia tiada masa untuk bergurau. Perlahan-lahan Zarith mengeluarkan semula tangannya. Seram pula melihat anak mata hitam itu.

Aufyaa mula membuka peti pertolongan cemas ditangan. Diambil kapas dan cecair untuk membersihkan luka. "Kenapa dibiarkan sampai dah kering macam ni? Nanti berparut kan dah susah nak hilang," omel Aufyaa sambil tangannya ralit menyapu dikawasan buku lima Zarith.

"Bukan ke kalau lelaki ada parut lagi nampak attractive?" tanya Zarith.

"Siapalah yang bagi kau harapan palsu ni," balas Aufyaa senada.

Tersenyum Zarith. Jarak mereka yang sangat rapat tika ini bagai memanggil-manggil dia untuk memandang gadis itu dengan lebih dekat. Ralit dia merenung wajah mulus yang sedang khusyuk itu.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now