BAB 5

2.1K 129 11
                                    

DARI lereng bukit, sepasang mata amber milik Zarith ralit memerhati dan mengekori satu sosok yang sedang berjaga dihadapan sebuah rumah usang. Dengan posisi meniarap lengkap berpakaian Ghillie suit, dan kedudukan senapang menghala ke sasaran, Zarith menarik picu senapangnya.

"Target aimed," gumam Zarith.

Bang!

Sekelip mata, sosok itu rebah menyembah tanah tanpa sebarang bunyi.

"Move!" arah Zarith pada anak-anak buahnya.

Naeem, Aidil, Daus dan Quz yang berada di celahan pokok segera mara dalam satu barisan mendekati pintu masuk rumah itu.

"Clear," kata Zarith yang masih kekal diposisi jauh dari rumah usang itu. Sekaligus memberi arahan supaya mereka menyerbu masuk.

Mereka berempat menyerbu masuk ke dalam dan kedengaran beberapa das tembakan saling berbalas. Zarith masih fokus memerhati sekeliling.

Seketika, telinganya menangkap bunyi ranting dibelakangnya sebelum muncung pistol dilekapkan pada kepalanya membuatkan Zarith terkaku.

"Angkat tangan," arah lelaki itu.

Perlahan-lahan Zarith bangun bersama kedua belah tangannya diangkat ke udara dan dia pusing menghadap lelaki dibelakang.

"Serabut betul lah rumput-rumput ni. Polis? Atau tentera?" tanya lelaki itu.

Zarith berdecit dalam hati. Budak intern ni. Melihat pada gayanya memegang pistol, dia yakin sosok dihadapannya ini tidak handal dalam mengendalikan senjata. Mata Zarith meliar ke sekeliling sebelum dia menangkap sekumpulan lelaki bertopeng hitam dan lengkap bersenjata sedang menghampiri.

'Kena settle cepat ni,' getus hatinya.

"Moyang kau,"

Prak!

Tanpa amaran, tangan yang memegang pistol itu dipulas sehingga terlepas pistol dari tangannya dan tubuhnya terpusing kebelakang. Laju kaki Zarith naik menendang kuat tubuh itu dari belakang menyebabkan lelaki itu tersungkur ke tanah.

Menyeringai lelaki itu kesakitan.

Baru sahaja dia mahu bangun, kedua belah kaki Zarith dibawa memijak kuat kedua belah tangan lelaki itu, mengunci pergerakannya.

Tubuh direndahkan gaya bertinggung, tangan kekar Zarith naik memegang bahagian atas kepala dan bawah dagu lelaki itu. "Ini rumput bukan sebarang rumput. Rumput ni terbang dari Malaysia khas untuk penyangak macam kau."

Prak!

Terkulai kepala yang sudah tak bernyawa itu ke tanah selepas disentak kuat oleh Zarith. Pistol yang terlepas dari pegangan tadi langsung diambil Zarith dan beberapa tembakan dilepaskan tanpa henti ke arah kumpulan yang semakin menghampiri.

Bang! Bang! Bang!

Sekelip mata, tumbang empat figura, meninggalkan lagi seorang. Pemicu pistol sekali lagi ditekan Zarith untuk melepaskan tembakan yang terakhir namun tiada peluru yang keluar.

"Sial lah, time ni lah kau nak habis," maki Zarith.

Melihatkan musuh dihadapan mahu melepaskan tembakan ke arahnya, Zarith dengan pantas menarik keluar pisau komando dari tepi seluarnya dan dibaling tepat pada dada lelaki itu.

Buk! Tubuh tegap itu rebah bersama darah yang mengalir tanpa henti.

Baru Zarith mahu menarik nafas lega, suara Aidil mula kedengaran disebalik alat komunikasi mereka.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now