MENUNDUK Irfan menekur kaki sendiri. Kedua belah tangan meramas sesama sendiri. Gayanya tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman. Dan hukuman ini bukan hukuman biasa. Ini hukuman ke tali gantung!
Tekak yang terasa kering membuatkan dia menelan liur berkali-kali. Sesekali bola matanya mengerling sekilas ke hadapan memandang sosok yang sedang duduk bersilang kaki dan berpeluk tubuh. Cepat-cepat dia menunduk semula apabila matanya berlaga dengan sepasang mata dark hazel yang sedang merenungnya tajam.
"Apasal kau diam? Jumpa Qif tiba-tiba bisu? Cakaplah apa kau nak cakap," Aaisy bersuara.
Irfan menarik nafas dalam dan dihela panjang bersama satu tekad. Redah ajalah. Walau peratusan untuk dia kena parang dengan Aaqif selepas ini sangat tinggi, yang penting dia dah cuba.
"Aku... aku..." Liur ditelan sekali. Apa yang susah sangat ni, Irfan Haziq?
"Aku, aku. Aku apa?!" sergah Aaisy.
"Aku nak kahwin!" jawabnya spontan.
Terjungkit kening Aaqif. Pantas Irfan bedehem sekali menghilangkan gemuruh sebelum dia bersuara semula selepas puas dia menyusun kata dalam kepalanya.
"Aku nak kahwin dengan Lia. Itu... itu impian aku sejak 10 tahun lepas. Nak jadi suami Lia..." sambungnya perlahan lalu menundukkan semula kepala. Mata dipejam rapat menanti balasan dari Aaqif.
Melongo mereka semua mendengar pengakuan Irfan. "Siot, lama betul," bisik Hayder pada Darwish yang sedang memerhati.
"Tak sangka ada mat jiwang dalam team ni," balas Darwish. Hayder mengangguk bersetuju. Hampir 15 tahun mereka berkawan, baru dia tahu sahabatnya itu memendam rasa selama 10 tahun lamanya.
Ligat otak Aaqif mengira tempoh tersebut. "10 tahun eh..."
Sekarang adiknya 24 tahun. Kalau 10 tahun maksudnya....
Melotot luas mata Aaqif. "Kau usya adik aku masa dia 14?! Kau ni memang nak mati agaknya!" Laju Aaqif angkat punggung dari duduk dan menerpa ke arah Irfan dengan pandangan membunuh. Kolar baju Irfan dicengkam kuat dan ditarik sehingga Irfan terdorong kearahnya.
Panik mereka yang lain melihat Aaqif yang sentiasa tenang tiba-tiba bertindak agresif. Segera Zarith menghampiri sahabatnya itu. Cengkaman Aaqif pada kolar baju Irfan dilepaskan.
"Qif... cool down bro. Benda boleh bincang." Zarith membawa Aaqif untuk duduk semula, menjauhkan jarak mereka.
"Benda boleh gaduh, buat apa nak bincang?" sampuk Aaisy. Dia masih belum puas hati.
"Kau duduk diam-diamlah. Jangan tambah minyak," bisik Hafiy disebelah.
"Eh, adik aku juga tau tu?" Aaisy menjeling tajam.
Oksigen disedut sebanyak yang mungkin dan dilepaskan panjang, Aaqif cuba menenangkan diri. Pandangannya masih tajam memanah sepasang mata hitam milik Irfan.
"Dia underaged tau masa tu. Memang dah puas hidup ke?" dingin suara Aaqif menyoal.
"Se... sebab tu lah aku tunggu sampai bertahun-tahun baru aku approach..." jawab Irfan menunduk. Tak mampu nak lawan panahan dark hazel Aaqif. Lebih membunuh dari panahan Aaisy.
"Apasal tak bagitahu aku awal-awal?"
"Seriously kau tanya soalan tu? Kau baru tarik kolar baju aku kut? Kalau aku bagitahu dari dulu, rasanya dah lama aku gone." Wajah sahabatnya itu dipandang tak percaya.
"Oh ya..." Tanpa rasa bersalah, kening yang tidak gatal digaru Aaqif.
Perbetulkan duduk, Aaqif memandang semula Irfan dihadapan. "Kau yakin ke nak Lia tu? Dia tu manja nak mampus tau, tak pernah buat kerja rumah langsung, tak pandai berdikari, tak boleh berenggang dengan mummy daddy lebih tiga hari. Tak reti masak, masak telur pun kadang jadi kadang hangit. Kalau jadi pun, rupa out. Maggi still keras pun dia kata dah masak. Yakin?" bersungguh dia membuka aib-aib si adik.
YOU ARE READING
ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]
RomanceAiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69...