BAB 29

2K 157 19
                                    

TERSENYUM Aufyaa memandang suami dan adiknya yang sedang berselera menjamu makan malam. Hidangan yang ringkas, sup ayam, telur dadar dan sayur campur. Tapi melihat betapa berseleranya mereka berdua, senang hati Aufyaa.

"Sedap ke?" tanya Aufyaa.

"Ish, soalan tak relevan langsung. Mestilah sedap kan Auni? Pernah ke kakak masak tak sedap?" soalan dipulangkan pada Auni.

Terangguk-angguk kepala Auni sambil mengunyah. "Pernah. Dulu kakak pernah masak ayam goreng tapi ayam tu hitam ker―"

Pantas Aufyaa menekup mulut si adik. Bab membuka aib dia bagi jelah dekat Auni. Terkebil-kebil Auni memandang si kakak. Aufyaa menjegil tak puas hati sebelum dilepaskan tekupan pada mulut kecil adiknya.

"Makan," arahnya mendatar. Auni meneruskan suapan tanpa kata lagi.

Zarith sembunyi tawa melihat wajah memerah isterinya. "Ala, dulu tu mesti masa Auni kecil-kecil kan? Biasalah tu baru nak belajar masak kan? Sekarang kakak paling power masak kan?"

Laju saja Auni mengangguk mengiyakan. Zarith hanya tersenyum memandang si isteri yang masih mencuka. Ikutkan hatinya mahu saja dia mengusik, tapi nanti dia juga yang tak dapat tidur berpelukan kalau isterinya merajuk. Terpaksalah backup sikit.

"Fyaa tak makan ke? Ke tunggu abang suap? Meh sini." Kerusi yang diduduki Aufyaa ditarik merapat. Zarith cubit sedikit isi ayam, ditambah dengan sayur dan digaul bersama nasi sebelum disua pada si isteri.

"Buka mulut, sayang," kata Zarith.

"Ish, tak nak lah abang. Ada Auni ni," tolak Aufyaa.

"Lah, Auni tak kisah kan? Kakak ni sengaja nak manja-manja dengan abang," kata Zarith pula.

"Tak kisah. Abang suaplah kakak. Auni ada tangan, boleh suap sendiri,"

"Dah tu? Nak kata kakak tak ada tangan ke?" Aufyaa mula tak berpuas hati. Sudahlah bukan dia yang meminta.

"Mungkin? Sebab tu abang yang kena suapkan," nadanya sangat bersahaja sambil dia menyuap masuk lagi ayam ditangan membuatkan Aufyaa mengetap bibir menahan rasa geram.

Zarith mengemam bibir menahan tawa. Risau kalau ketawa makin mengamuk isterinya. Savage rupanya Auni ni.

"Ishh dah lah, Fyaa tak nak makan pun, Fyaa diet," Aufyaa merengus. Masih tak berpuas hati dengan kata-kata si adik.

"Diet kejadahnya. Fyaa tahu tak yang Fyaa ni kalau abang jentik pun boleh melayang. Tak payah mengada. Makan," sengaja digarangkan suaranya.

"Tak nak!"

Zarith menarik nafas dalam. Tangan yang sudah sedia dengan sesuap nasi diangkat tinggi dan diturunkan perlahan-lahan dalam gerakan ular menuju ke Aufyaa.

"Piuuu ~ Kapal terbang datang, buka mulut aaaaaa,"

Bibir Aufyaa hampir saja mahu menarik senyuman melihat suaminya itu tapi sebaik mungkin dikawal segala otot pipinya. Sengaja dikemam rapat bibirnya tak mahu menerima suapan si suami.

Zarith yang melihat Aufyaa langsung tak mahu beri kerjasama lantas memesongkan arah kepada Auni.

"Auni, buka mulut,"

Laju saja Auni membuka mulut dan selamatlah 'kapal terbang' Zarith mendarat dalam perut Auni.

Aufyaa menayang wajah tak puas hati. Paha si suami dipukul separa kuat. "Kenapa abang bagi Fyaa punya dekat Auni?" marahnya.

"Dah Fyaa tak nak buka mulut, macam mana kapal terbang nak mendarat? Sedap kan Auni?" Zarith mengalih perhatian pada Auni yang berselera sungguh menjamah ayam sup kegemarannya. Licin!

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now