MAJLIS persandingan diadakan pada tengah hari sejurus selepas majlis akad nikah di sebuah hotel yang ditempah Zarith. Dengan hadirin dari kalangan keluarga dan saudara-mara Zarith yang ramai, ruangan ballroom hotel yang luas itu penuh dalam sekelip mata.
Zarith yang sudah segak mengenakan pakaian seragam istiadat polis berwarna putih sedia menunggu si isteri dihadapan pintu ballroom untuk perarakan masuk pengantin.
"Tuan!"
Zarith menoleh ke belakang memandang sebaris anak-anak buahnya yang juga elok mengenakan seragam istiadat untuk upacara Sword Bearer sebentar lagi sedang tegak berdiri mengangkat tabik hormat ke arahnya, tapi bibir masing-masing sudah tersebik-sebik.
"Korang dah kenapa?"
Tak sampai setengah saat, meluru mereka bertiga mendapatkan Zarith dan dipeluk tubuh tegap itu. Dengan kekuatan tiga orang lelaki serentak, hampir terjatuh kebelakang Zarith dibuatnya gara-gara tak bersedia dengan serbuan tersebut.
"Ya Allah, aku kahwin je bukan nak mati," omel Zarith tapi tangannya dibawa juga membaluti belakang tubuh mereka.
"Ish tepilah, aku yang patut peluk dia dulu! Potong barisan lah korang ni!" marah Naeem seraya cuba menyelit diantara tiga orang itu untuk memeluk Zarith.
Zarith melepaskan keluhan pasrah. Tiga ketul tu boleh diterima lagi, mereka memang dianggap adik-adik padanya kerana jarak umur yang agak jauh. Tapi 'koala' tua yang seorang ni?
"Ha peluklah puas-puas, balik pangkalan kita buat kuih gulung dengan budak-budak baru, boleh?" soal Zarith penuh makna.
Langsung terlepas pelukan mereka berempat. Pantas dijarakkan diri mereka dari Zarith dan pandangan ditebar ke tempat lain.
"Cantiknya hotel Tuan tempah ni. Berapa budget, Tuan?" soal Quz dalam usaha mahu mengubah topik. Gila, tak mahu dia buat side roll. Boleh muntah balik apa yang dimakan gara-gara 'kuih gulung' itu.
Terjungkit pinggir bibir Zarith. Pakaian seragamnya dikemaskan semula. "Kau tanya macam kau nak kahwin. Muda lagi, tak payah kahwin," balas Zarith. Abang-abang sangat.
"Entah kau, umur baru setahun jagung ada hati nak kahwin. Aku pun tak kahwin lagi. Jangan nak langkah bendul," sahut Naeem.
"Lainlah ASP korang ni. Umur dah lanjut, memang patut kahwin. Nasib baik ada kakak ipar korang yang baik hati tu nak terima dia ni, kalau tak risau jadi bujang terlajak, tak laku-laku," sambung Naeem lagi bersama tawa lepas.
Aidil, Daus dan Quz masing-masing mengemam bibir menahan tawa. Tak sanggup nak ledakkan tawa mereka. Risau betul-betul jadi kuih gulung nanti.
"Eh, tak payah tahan-tahan, gelak je. Aku backup," Sudah diberi dorongan, terlepas juga tawa mereka bertiga.
Mengecil pandangan Zarith memerhati pak cik bawang seorang ni. Sedap betul mengata sambil membelakanginya. Ini betul-betul kutuk belakang. Nasib baik sahabat, kalau tak memang dah kena ganyang.
Malas mahu melayan, kepala ditoleh ke sisi sebelum pandangannya bertembung dengan sosok si isteri yang diam berdiri kaku disatu sudut sambil memegang jambangan bunga kecil ditangan.
Pegun Zarith melihat isterinya yang anggun mengenakan dress labuh berwarna navy blue bersama selendang dengan warna senada. Dress simple yang tidak keterlaluan hiasannya dengan efek flowy sangat elok terletak pada tubuh ramping Aufyaa.
Kepala Naeem yang masih mengekek ketawa ditolak saja dengan selamba
sebelum perlahan-lahan Zarith mara menghampiri Aufyaa yang jantungnya sudah berdetak tanpa irama.
YOU ARE READING
ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]
RomanceAiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69...