BAB 37

2.3K 165 27
                                    

"WAHH SERONOKNYAA!!"

Terpusing-pusing Aufyaa dan Alisya berlari memasuki kawasan indoor theme park itu. Walau suasananya bingit dengan bunyi jeritan dan rollercoaster diatas kepala, langsung tidak menghentikan keterujaan dua orang wanita itu.

"Apa kita buat dekat sini?" soal Zarith pada Aaqif yang hanya memerhati si isteri terkinja-kinja di tengah-tengah alam itu.

"Kau tanya aku? Kau yang heret aku datang sini," balas Aaqif kegeraman.

"Dah tu? Tak akan aku nak jadi bodyguard seorang-seorang? Pishang lah," jawab Zarith bersahaja. Dia yang memaksa Aaqif untuk turut serta aktiviti suka-ria isteri mereka.

"Kerja aku bertimbun kau tahu? Banyak dateline nak kena kejar kau selamba je paksa aku ikut," bebel Aaqif masih lagi tak berpuas hati.

"Rileks lah, kerja tu sampai kiamat tak habis. Bukan selalu kau nak berkhidmat dekat aku."

"Kau fikir kau siapa aku nak berkhidmat dekat kau?" Aaqif menjeling sekali.

"Abang!" Aufyaa berlari anak menghampiri mereka mendapatkan suaminya. Wajahnya betul-betul teruja, tak sabar untuk mula bermain. Mereka ada 5 jam untuk bermain sebelum mereka perlu menjemput Auni balik sekolah.

"Abang, jom naik rollercoaster?" Tangan Zarith diraih dan digoyang-goyangkan. Wajah comel ditayang mahu memujuk.

"Ro― rollercoaster?" Zarith telan liur sekali.

"Tak payah ajak dia Aufyaa. Laki kau ni gayat," selamba saja nada Aaqif.

"Ya ke? Abang gayat?" soal Aufyaa tak percaya.

Zarith berdehem sekali. "Ma― mana ada. Aaqif ni memandai buat cerita padahal dia yang gayat," balas Zarith.

"Abang gayat?" Giliran Alisya pula yang bertanya. Tak pernah dia tahu suaminya ini sebenarnya gayat.

"Dia lagi teruk, Alisya. Panjat pagar rumah pun gayat," tambah Zarith lagi mengejek.

"Seriuslah? Kenapa Nia tak tahu?" tanya Alisya lagi. Sukar untuk dia percaya suaminya yang tampak sempurna ini sebenarnya takut tinggi.

"Mana ada! Kau jangan nak fitnah aku!" bentak Aaqif. Jatuhlah maruah dia depan isterinya. Lelaki apa takut tinggi?

"Elehh, tak mengaku..." Zarith mencebik.

"Fine! Jom kita tengok siapa yang penakut sebenarnya!" cabar Aaqif.

Terkelu sekejap Zarith dibuatnya. Terkebil-kebil matanya memandang Aaqif. Sahabatnya ini tengah mencabar dia ke? Bola matanya berguling ke atas memandang rollercoaster yang sedang elok melintas atas kepala mereka.

"Tak― tak ada hal! Ingat aku takut ke?" sahut Zarith.

"Okey jom!" Tangan Zarith ditarik untuk ke kaunter tiket.

"Jom! Mana tempat masuk dia?" Zarith membuntuti Aaqif.

"Dia orang akan okey kan?" tanya Aufyaa pada Alisya. Mereka sekadar memerhati dua sahabat itu. Tak ada siapa pun yang memaksa, dah kenapa mereka perlu rasa tercabar?

"Entahlah. Aku takut muntah je dua-dua tu. Jomlah." Lengan Aufyaa dirangkul dan mereka turut menuju ke kaunter tiket.

Mujur tak ramai orang sementelah mereka datang pada waktu bekerja. Sangat lengang, jadi mereka tak perlu beratur untuk menaiki satu permainan.

Pada awalnya, ini hanyalah perancangan Aufyaa dan Alisya. Konon-konon girls' day out, memandangkan mereka sama-sama tiada kelas hari ini. Juga, mereka mahu melepaskan tekanan dan bebanan semester ini dengan menjerit sambil bermain permainan yang meningkatkan adrenaline mereka. Lah, tiba-tiba ada bodyguard pula.

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now