“Datuk!” Laung Atiqah selaku setiausaha Raja Helen Mayesa. Dia berlari anak untuk mendekati majikannya yang hendak menaiki lif.
Tercungap-cungap dia mencari nafas setelah sampai dilif itu. Ini semua kerana majikannya, sesuka hati saja tidak mahu masuk ke pejabat.
“Berapa kali saya nak cakap ni Ati? Jangan panggil saya Datuk. Rasa tua lah pula.” Ujar Raja Helen selamba sambil menghirup kopi.
“Dah nama pun gelaran, kenalah panggil Datuk. Bukan senang tau nak dapat gelaran tu.” Jawab Atiqah sambil membetulkan kedudukan kaca mata besarnya.
“Hish, ada saja nak menjawab. Tu bagi orang lain or client saja yang panggil. Awak tak payah lah. Yang awak ni dah kenapa terjerit-jerit panggil saya? Saya cantik sangat ke hari ini?” Raja Helen mengibas rambut perangnya ke belakang.
Atiqah membuat muka menyampah. Dia membuka macbook ditangan lalu tunjuk kepada majikannya.
“So Datuk, hari ini Datuk kena hadiri mesyuarat yang sudah terbatal sebab Datuk tak datang semalam. Tuan Muda yang berada dekat Itali sana pun sudah bising.” Ucap Atiqah. Tapi melihat wajah manusia disebelahnya seperti sudah tiada harapan.
“Hmm, pukul berapa meeting tu? Sempat tak kalau saya tidur dulu? Mengantuk lah.” Balas Raja Helen sambil melangkah masuk ke dalam lif.
“Datuk kena jumpa dia masa lunch sebab hari ini last day orang tu ada dekat sini.” Jawab Atiqah. Raja Helen melihat jam dipergelangan tangannya. Lama lagi, sempat lah dia buat kerja lain dulu.
“Lagi satu Datuk, Cik Hazel ada buat appointment untuk jumpa Cik Puan. Mungkin dia sudah sampai.” Naik bernanah telinga Raja Helen bila gelaran Datuk tu tak lepas dari mulut setiausahanya.Mereka berdua melangkah keluar dari lif dan menuju ke arah bilik pejabat Raja Helen.
“Hmm, awak buat lah persiapan untuk meeting tengah hari nanti.” Kata Raja Helen setelah sampai dihadapan biliknya.
“Baik Datuk.” Akur Atiqah. Dia menghantar bayang Raja Helen dengan pandangan.Raja Helen menutup pintu biliknya. Figura Hazel yang sedang melihat koleksi barang kemas menyapa mata.
“Ui cik adik, dah tak boleh jumpa dekat rumah ke sampai kena buat appointment ni?” Tegur Raja Helen yang baru melabuhkan duduk di kerusi CEO.Syarikat ini miliknya. Sebuah syarikat pengeluar barang kemas. Semua rekaan dia sendiri. Abangnya, Raja Hud menguruskan syarikat arwah mummy mereka di Itali.
“Hah kau, bukan main susah nak jumpa. Balik banglo Tok Pa pun jarang-jarang sekarang.” Balas Hazel yang mengambil tempat dihadapan sepupunya.
“Aku sibuk siapkan tempahan mak datin ni haa.” Ucap Raja Helen.
“Mana-mana saja lah Helen oi. Eh, malam ni balik banglo Tok Pa tau. Lama lah tak buat makan-makan keluarga kita. Kita buat bbq.” Hazel mengetuk meja dengan jarinya.
“Hmm ya lah. Eh Hazel, ikut aku pergi Itali jom. Lama lah tak jumpa abang Hud dengan uncle Zello. Lagipun lama tak shopping dekat sana.”
“Bila? Best juga sebab dah lama tak tenangkan fikiran. Lepas ke Itali, kita pergi Switzerland nak? Aku tengok cantik la tempat dia.” Hazel menunjukkan beberapa keping gambar negara tersebut.
“Ya boleh. Nanti kita kosongkan jadual okay. Kejap, kau duduk sini ni, tak masuk kerja ke? Biasa tak pernah ponteng kerja.” Raja Helen memandang curiga ke arah gadis dihadapannya.
“Kejap lagi aku masuk. Aku ada meeting dekat luar hari ini. Singgah jumpa kau dulu. Kau bawa kereta ke?”
“Aku bawa kapal selam saja Hazel.” Jawab Raja Helen. Dia membuka komputer riba. Hazel mengangguk kepala. Salah dia sebab tanya soalan begitu.
“Okay lah Helen, aku gerak dulu. Jumpa malam nanti okay darling. Bye datuk!” Cepat-cepat Hazel melarikan diri sebelum dia dicepuk Raja Helen.
Raja Helen mengetap gigi geram. Ada yang bersepai gigi ni karang.Dia kembali fokus pada design terbaru gelang tangan yang dibuatnya minggu lepas. Raja Helen memgigit bibir sendiri. Design itu cantik, tetapi agak rumit untuk membuatnya.
Dia mula meneliti kembali design itu. Mungkin ada yang dia boleh ubah untuk mudahkan proses membuatnya.