BAB O1

1.9K 37 0
                                    

Di dalam hidup ini, pernahkah kau mengagumi seseorang? Sehingga orang itu mampu mengubah mu untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kau yang dulunya malas mahu menulis buku, kini tanganmu sudah giat menulis sehingga tidak terkira sudah berapa patah kata yang kau hasilkan.

Kau, yang dulu liat mahu membaca buku sekarang kau sudah menjadi salah satu ulat buku. Satu gelaran yang kau ejek pada orang lain dulu, pernah?

Aku pernah. Jika diimbau kembali, di mana waktu itu terasa diri terlalu jahil. Mahu tunjuk pandai tapi dalam masa yang sama ego menguasai diri sampai menampakkan diri ini bodoh dengan sendirinya.

Sewaktu aku kecil dulu, aku tak gemar membaca buku walhal aku sudah tahu membaca dengan lancar waktu tadika. Di mana pada umumnya kanak-kanak tadika baru hendak merangkak mahu mengenal huruf. Aku sudah dengan rasa bangganya membaca dengan lantang satu persatu ayat yang cikgu tunjukkan ketika itu. Disebabkan aku cepat menangkap sesuatu perkara, cikgu selalu meletakkan aku di tangga pertama dalam apa juga jenis jawatan.

Contohnya, darjah satu hingga tiga aku kerap menyandang jawatan penolong ketua darjah. Sebab selalunya jawatan ketua darjah akan disandang oleh lelaki sahaja. Sehinggalah aku menduduki darjah empat, di mana awal persekolahan tiba-tiba aku tidak dipilih untuk menggalas jawatan itu.

Sedih lah juga, siapa saja tak sedih bila mana satu jawatan itu selalu diberi pada kau tapi tiba-tiba orang lain yang dapat.

Aku mogok. Tapi buat tak endah sahaja. Aku sibukkan diri dengan menulis apa yang cikgu tulis, waktu itu kalau tak salah subjek pendidikan islam yang sedang mengisi waktu pembelajaran.

Tiba-tiba pintu dikuak besar, munculah cikgu disiplin yang digelar cikgu Arif. Orangnya besar dan sedikit gempal, wajahnya memang garang lah jangan cakap. Semua pelajar akan gerun bila berjumpa dengan cikgu Arif secara sengaja ataupun tidak.

Aku hanya pandang dia sekilas selepas cikgu Arif minta izin pada guru yang mengajar waktu itu untuk memilih beberapa pelajar. Untuk apa? Aku pun tak tahu.

"1,2,3,4... "

Dia berkira-kira, cikgu Arif tepat berdiri di hadapan meja aku masa tu. Tapi bukan aku yang dia tunjuk melainkan beberapa pelajar lelaki yang ada di kerusi belakang.

Hati aku berdebar, sebab aku dapat tangkap matanya seakan melirik ke arah aku.

"Dan kau... 5, esok pukul 9.03pagi datang ke sekolah. Faham?" Arahnya sambil mengetuk mejaku, tanpa beritahu sebab apa.

Aku pun terpinga-pinga lah, tak jawab takut kena marah. Nak jawab gagap pula.

"Okay cikgu." Akhirnya aku beranikan diri untuk menjawab. Semua pelajar dalam kelas itu terus memandang arah ku. Mestilah pelik, tak ke pelik antara yang cikgu pilih tadi, aku satu-satunya pelajar perempuan. Aku sendiri pun berasa aneh kenapa perlu datang ke sekolah esok padahal hari sabtu.

Cikgu Arif berlalu keluar, rasanya pergi ke kelas sebelah pula. Dan cikgu yang mengajar beri senyuman lebar pada kami yang dipilih.

"Tahu tak pelajar yang cikgu Arif pilih tu untuk apa?"

Kami semua geleng. Misterinya cikgu Arif.

"Cikgu Arif nak lantik sebagai pengawas, esok kiranya perjumpaan pengawas. Bermaksud hari isnin nanti siapa yang terpilih, secara rasmi menjadi pengawas di sekolah ni." jelas ustazah masridah.

Waktu itu, perasaan aku berbunga teruk. Macam ada sesuatu yang meletup-letup dalam perut aku tahu. Orang putih kata 'Butterfly flying in my stomach' sebab... Iyalah, kita sendiri tahu jadi pengawas itu banyak kelebihanya. Dulu aku berangan-angan sekarang dah jadi betul. Seronoklah juga waktu tu, aku satu-satunya pelajar darjah empat perempuan yang menjadi pengawas.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now