BAB 36

307 12 1
                                    

"MasyaAllah, sedapnya!"

Keluarga mereka tak habis-habis memuji masakan Arra. Dari tadi mereka di sajikan dengan berbagai jenis hidangan.

Thariq tersenyum melihat isterinya yang memaparkan riak wajah yang bahagia setelah bersemuka dengan ummi dan abahnya juga adik perempuannya. Mungkin beberapa hari ini Arra sedikit meragam kerana rindukan keluarganya.

"Awal lagi tau Arra masak ni semua. Teruja sangat dia nak buat kerja." Kata Thariq.

"Ala bukanya selalu macam ni. Lagipun walidah tak ada kerja pun kat rumah, apa salahnya hujung minggu macam ni hilangkan kerinduan dengan ummi abah dan mama papa." balasnya.

Puan Sahiba kerutkan kening. Cuba mengamati nama yang diseru oleh anak perempuannya itu, selang berapa saat Adra pula menyiku lengan umminya.

"Ummi, kenapa kakak gelar diri sendiri walidah? Zon bahaya ke." Bisiknya. Puan Sahiba tepuk lutut Adra perlahan.

"Diam, jangan banyak bunyi."

Puan Sahiba mengetepikan fikiran negatif yang sedang berlegar-legar di kepalanya saat ini. Sebagai seorang ibu, dia cukup faham tingkah laku anak sulungnya itu namun dia berharap agar semua itu hanyalah andaianya semata.

"Untungnya Thariq dapat isteri macam Arra. Alhamdulillah, moga Allah mengukuhkan lagi hubungan kamu berdua hingga ke jannahNya." Doa Puan Sumaiyah pula.

Mata Thariq dan Arra saling bertembung. Thariq mula mengukir senyuman namun Arra memalingkan wajah secepatnya.

"Kebetulan semua ada kat sini, Walidah nak bagitahu sesuatu." Katanya.

Thariq tegakkan posisi duduk, dia sendiri pun tak tahu kalau hari ini isterinya mahu beritahu hal yang mustahak, selalunya Arra akan berkongsi cerita denganya terlebih dahulu.

"Macam bau-bau ada cucu aje ni." Papa mentuanya ketawa pendek. Yang lain turut memaparkan riak muka teruja, mungkin betul bahawa Arra sudah berbadan dua.

Arra pergi ke arah meja TV dan membuka laci pertama. Satu fail dan dua alat ujian kehamilan itu diambil lalu di bawa menghadap ahli keluarganya.

Adra sudah tepuk tangan tak berbunyi. Kata hatinya mengatakan mesti tak lama lagi dia akan bergelar mak saudara kepada anak buahnya.

Sofa yang kosong menjadi pilihan untuk dia labuhkan punggung, tepat di samping Thariq.

"Sayang, apa ni?" Tanya Thariq.

Kertas dari dalam fail berwarna coklat itu dikeluarkan dan diletak di atas meja menjadi tatapan ahli keluarga yang lain.

"Negative?" bisik Adra.

Thariq ambil pregnancy test tersebut. Masih tak faham dengan perbuatan isterinya itu, kalau dia tak mengandung apa motifnya mahu tunjukkan ini semua.

"Apa maksud awak?" Thariq pandang wajah Arra yang tegang dan dingin. Langsung tak menunjukkan kemesraan padanya.

"Saya dah check kalau saya pregnant, tapi dua-dua hasil menunjukkan negative. Saya takut kalau alat ni gagal jadi saya pergi ke hospital untuk mendapat ujian pada yang lebih pakar dan alhamdulillah hasilnya tetap negative." Kata Arra.

Thariq masih kurang jelas. Surat dari doktor itu dia gapai lalu dibaca sekilas.

"Apa maksudnya alhamdulillah? Awak happy ke tak ada anak?" soalnya mula hilang sabar.

Arra menoleh. Anak matanya membalas renungan tajam Thariq.

"Dalam fail tu lagi, ada kertas yang awak perlu sign."

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now