BAB O2

566 27 0
                                    

"Rajin rajinkanlah diri tu membaca Nur Arra Walidah. Apa nak jadi kat awak ni?"

Bebelan seperti inilah yang kerap aku dapat dari beberapa guru. Mereka kata aku lembab, dan pemalas sebab tak suka mahu membaca untuk mengasah ilmu. Ya memang betul, aku pemalas orangnya. Membaca lama-lama boleh buatkan aku rasa mengantuk dan lama-lama tertidur lena.

Aku akan membaca satu buku di saat aku memerlukan sahaja. Contohnya bila peperiksaan hampir dekat atau sebagainya namun kalau membawa buku-buku ke hulur ke hilir, itu bukan aku. Sebab aku tak mahu digelar ulat buku.

Itu dulu, sekarang perangai tu aku dah buang jauh-jauh.

Sikap malas membaca pada diri aku ni berlarutan sampai aku menginjak ke tingkatan tiga. Waktu tu pt3 masih berleluasa di kalangan pelajar yang sama batch dengan aku. Boleh bayangkan tidak? Semua pelajar berpusu-pusu nak ulang kaji bab apa yang akan keluar nanti, hanya satu perempuan saja yang ganjil. Dia boleh rilek aje tanpa membaca apa-apa. Duduk di belakang dewan sambil bersembang dengan beberapa orang kawan dia.

Macamlah confirm lulus keputusan tu nanti. Berlagak sangat.

Sampailah satu hari. Hari di mana Allah takdirkan aku menemui satu buku yang mengubah sikap malas aku nak membaca tu sembilan puluh darjah bertukar jadi ketagih nak pegang buku. Hendak di jadikan cerita, selepas sesi persekolahan aku dan seorang kawan aku berbincang-bincang mahu ke kedai buku. Kebetulan juga waktu tu subjek Bahasa Melayu memperlukan kami untuk membeli buku teks komsas bagi tingkatan tiga 2016.

"Walidah, waktu pulang nanti kita singgah kedai buku nak?"

"Nak buat apa?" Aku bertanya.

"Cikgu rohani kan suruh kita cari buku komsas tu... Siapa tak beli, kena denda duduk luar kelas. Kau nak kena denda? Aku tak!" omelnya di hadapanku.

Sempat juga aku mendengus halus, niat di hati aku tak mahu temankan Fika yang tadi mengajakku ke kedai buku bersama. Tapi bila fikirkan soal cikgu Rohani yang akan mendenda pelajar-pelajar yang tidak beli buku tersebut buatkan aku gerun seketika. Naik meremang bulu roma ku.

Aku pun setuju. Sesampai sahaja ke destinasi kami tuju, tanpa berlengah Fika terus menerjah rak-rak buku yang ada di depan mata. Berbeza dengan aku, aku sibuk menyimpang ke tempat lain yang pastinya berlainan rak dengan buku yang kami mahu cari tadi.

"Macam manalah orang boleh baca buku tebal-tebal macam ni. Tak mengantuk ke." Bebelku seorang diri tak ubah seperti orang tak siuman.

Aku terlalu fokus membaca di setiap tajuk buku yang ada. Kadang aku gapai satu buku dan buka beberapa lembar, bila aku rasa buku itu kurang menarik di mata, aku akan letak semula ke tempatnya.

Kepala aku tolehkan ke samping pula, buku berwarna putih polos dihiasi bandar raya London ini cukup mencuri perhatian ku. Ia bukanlah novel cinta cintun, ataupun kisah sejarah melainkan tajuk buku itu menggambarkan tentang seorang pelukis. Dan tentu-tentu isi buku ni berkaitan dengan lukisan, kalau bab melukis. Memang makanan aku lah! Waktu sekolah rendah dulu pendidikan seni aku tak habis-habis dapat gred A+ bukan nak riak tapi memang itulah sebenarnya. Aku agak kurang minat sikit dalam bab membaca.

Tapi bila ke fasa menengah ni berkaitan subjek pendidikan seni, markah aku makin berkurang dari sebelumnya. Mungkin aku sudah tak kreatif lagi kut?

Baca tajuk buku tu, buatkan aku tergoda sedikit. Dan aku ikutlah hawa nafsu aku masa itu untuk melangkah ke arah kebaikan kononya sebab aku yakin aku akan tergoda sekejap saja untuk baca, lepas dua tiga lembar aku akan letak balik.

Ruang yang kosong menjadi pilihan aku untuk berlabuh di situ untuk mengisi masa ku membaca buku tersebut. Dan sedar tak sedar, sudah setengah bab yang terbaca. Kini tinggal separuh sahaja lagi untuk aku selesaikan. Untuk pertama kalinya aku rasa terkejut, tergamam dan terkesima. Rasa tak percaya pun ada bila aku terjebak dengan buku ni.

Boleh tahan juga eh penulis dia. Berjaya nak hasut aku melalui karyanya.

"Laa! Kat sini kau rupanya. Puas aku cari kau kat merata tempat... Ingatkan kau dah balik tinggalkan aku."

Aku dongak kepala untuk melihat figura Fika. Di tanganya sudah tersemat beberapa buku untuk subjek esok. Inilah perangai kau walidah, lain yang kau nak cari lain pula yang kau jumpa dekat sini.

"Dah jumpa?" Aku ajukan soalan pada Fika.

"Dah."

"Okay jom balik."

Aku mahu terburu-buru menuju ke kaunter untuk bayar buku yang tadi aku baca. Tapi pantas Fika menghalang jalanku, buku yang berada di tanganku itu pantas dia ambil perlahan.

"Serious lah walidah kawan aku baca buku? Gerek seh... Buku apa ni?" Fika baca lembaran pertama.

"Nampak macam best, aku beli lah. Manalah tahu buku ni boleh ubah sifat pemalas aku nak membaca ni kan." jawabku sederhana.

"Semoga istiqamah lah membaca ya intan payung, jangan separuh-separuh aje."

Selorohnya. Aku hanya mengiyakan lepas itu dia bertanya aku tak beli ke buku komsas bahasa melayu tu? Risau sangat Fika nampaknya kalau kawan baiknya ini kena denda esok. Jadi aku pun beli lah juga, nasib duit yang aku bawa hari ni lebih sedikit boleh lah aku belanja dua buku sekali gus.

---

Jam di dinding aku kerling terlebih dahulu. Dalam sehari sahaja aku selesai baca buku yang aku beli tadi, rasa tak percaya kan? Aku pun sama. Ini sesuatu yang tersangatlah baru bagi aku, mana taknya dari kecil hingga sekolah menengah memang pemalas aku nak menghadap buku ni tak boleh bawa bincang. Tapi pada malam ni ada satu keajaiban pula yang datang, mungkin ayat-ayat penulis tu sangat tertib dan tersusun sampai boleh buat hati aku lembut untuk membaca dan otak aku pun tak serabut mahu menerima.

Rasa ketagih di dalam jiwa ku makin membuak-buak. Esoknya aku pergi lagi ke kedai buku, cari buku berbeza tapi penulisnya tetap sama. Aku beli dua buku terus sebab dari rumah lagi aku memang siap-siap bawa duit poket lebih, iyalah harga buku di sini bukanya murah. Mahal-mahal kut! Mungkin sebab itu juga aku malas nak buang duit untuk buku takut nak membazir.

Isy... Amalan apalah kau guna ni walidah. Dah lah pemalas, kedekut pula tu.

"Penulis yang sama?" Suara Fika acuh tak acuh saja menyoal. Entah apa di pandanganya waktu tu, tapi aku memang beritahu dia. Aku jatuh cinta dengan cara penulisan author ni.

"Ammar Abdullah." Bacanya lagi.

"Aku addicted gila dengan buku-buku dia, rasanya aku nak kumpul semua karya-karya author ni."

"Kau addicted atau kau in love?" Sengihnya tak hilang walaupun aku dah bagi side eyes.

"Kau gila?" ucapku.

"Orang gurau aje pun, dah jom lah bayar.. lepas ni kita pergi makan."

Aku hanya geleng-geleng kepala. Boleh pula Fika tuduh aku jatuh hati dengan penulis buku tu. Sudah lah aku tak kenal dia siapa, wajah pun tak pernah nampak di media sosial. Dah puas aku cari tapi tak jumpa pun siapa gerangan Ammar Abdullah ni, terlalu misteri. Entah-entah dia sudah berkahwin ke, dah bercucu ke. Tak ke naya aku jatuh hati dekat lelaki yang sudah berkeluarga.

Beginilah bila otak seseorang itu sudah di penuhi oleh perasaan cinta yang melulu. Minat sikit kena cop suka. Mereka tak dapat bezakan ke antara minat dan rasa suka? Aneh!

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now