BAB O3

399 24 0
                                    

2017, setahun selepas aku menemui buku itu. Buku yang banyak memberikan aku pelajaran dan kekuatan agar tetap mara kehadapan dan jangan cepat berputus asa dek kerana persepsi orang lain terhadap diri kita sendiri.

Dan tepatnya hari itu. Disitulah ceritaku bermula. Allah hadirkan pula seseorang di hidupku, entah sebagai ujian atau anugerah tapi aku selalu menduga bahawa 'dia' adalah takdir terindah yang tuhan berikan padaku.

aku kerap menghabiskan masa di kedai buku semata-mata nak baca karya beliau. Angau sangat aku dengan kisah hidupnya dan cara dia menulis, langsung tak buat aku mengantuk atau rasa bosan.

Satu hari, aku terpaksa ke kedai buku seorang diri memandangkan Fika tak boleh nak ikut sekali. Katanya ada masalah keluarga, aku pun tak lah soal banyak-banyak nanti dia kata aku penyibuk pula. Mujur lah waktu tu kedai buku tak dikunjungi ramai orang sangat, boleh lah aku luangkan sedikit masa di sini.

Sebenarnya tak boleh pun baca buku di tempat ni, takutnya selesai baca tak nak beli dah walaupun semua lembar habis dibaca. Tapi penjaga store ni kawan aku, aku pun dapat yakinkan dia bahawa walaupun buku ni aku baca dah nak hampir ke muka surat yang akhir tapi aku tetap akan beli untuk dijadikan koleksi di rumah. Dia percaya dan dia biarkan. Alhamdulillah.

Hari ni, hari pertama aku dalam tahun 2017 jejakkan kaki ke kedai buku semula. Itu pun bila dapat tahu Ammar Abdullah keluarkan buku baru miliknya, siapa tak teruja? Sebabkan inilah aku pagi-pagi lagi dah bersiap walhal aku seorang yang malas nak keluar rumah seorang diri.

Rasanya anugerah terpaling pemalas kat dunia ni boleh bagi kat aku kut. Aku pun tak faham kenapa diri aku macam ni.

Women.

Mataku bersinar bila nampak beberapa buku-buku yang baru sampai tersusun kemas di rak yang ada. Sejak suka membaca ni, aku kerap juga beli buku hasil karya penulis lain. Karya Ammar Abdullah berjaya jadikan aku yang dulu seorang yang malas nak membaca tapi sekarang beria nak angkut semua buku. Kadang sampai rambang mata tapi aku cuba pupuk dalam diri agar tidak tamak atau tergesa-gesa.

Tapi dari sekian banyaknya buku, aku tetap mencari buku karya Ammar Abdullah. Mana buku dia? Kata dah ada dekat kedai buku berhampiran hari ni.

"Rizal."

Aku seru nama si penjaga buku yang aku ceritakan pada korang tadi. Tugas dia mengemas buku yang ada jadi kalau nak tanya apa-apa, boleh rujuk si Rizal ni lah.

"Kau nak apa?"

Agak hangit cara dia jawab aku, tapi tak apa. Aku faham mungkin mood beliau tak seberapa nak elok hari ni.

"Mana buku karya Encik Ammar Abdullah?" tanyaku.

Rizal tak jawab apa-apa melainkan menunding jari ke arah atas. Anak mataku mengikut arah itu, sampai terdongak kepalaku. Mak ai! Tingginya! dah kenapa letak tinggi-tinggi karya beliau tu.

"Weh kenapa tinggi sangat. Kau nak jual ke nak buat pameran." Suaraku sedikit mendengus geram. Memang sengaja Rizal ni nak kenakan aku.

"Memang kena letak tinggi-tinggi. Means buku tu best seller. Tapi rak tu tak tinggi mana pun, kau aje yang ketot." Sempat pula dia nak mengejek aku dalam keadaan aku kalut nak buku sekarang ni. Kurang ajar sangat mulut Rizal ni, 160cm tu dah cukup tinggi dah bagi aku.

Ke pendek? Whatever lah.

"Rizal! Apa yang kau tunggu tu, ambil lah cepat buku ni."

"Kejaplah. Isy, merengek macam budak-budak."

Rizal berlalu ke belakang, tak tahu pergi mana. Tinggal aku seorang-seorang berdiri dekat sini sambil melihat buku itu dari bawah.

"Jangan marah-marah, nah."

Satu tangan mengambil buku itu lalu diberikan pada aku. Figur itu aku lirik sekilas sebelum mataku betul-betul bertembung dengan anak matanya.

"Eh... Terima kasih." ucapku gagap. Dia ketawa halus.

"Tadi bukan main marah sekarang gagap pula."

Aku kemamkan bibir mendengar balasan lelaki tu. Ya Allah malunya! Walidah apa kau buat? Cuba kawal sikit perasaan marah tu. Kan tak pasal-pasal kantoi dengan stranger.

"Tak... Saya merungut sikit aje sebab buku ni kawan saya letak tinggi sangat. Dah lah saya huge fans, saja lah tu nak usik saya." balasku.

"Nah tangga.... Eh dah dapat?" Rizal pandang aku aneh.

"Dah. Baik kau resign aje lah Rizal, entah apa yang kau fikir hari ni." Aku julingkan mata ke atas.

"Suka hati engko aje." Rizal tunjukkan wajah selamba sambil letak tangga tu dekat tepi. Dia sambung semula kerja yang tertunda disebabkan aku tadi.

Member tengah not in mood.

Aku pandang hadapan semula, lelaki tadi masih berdiri statik di situ. Matanya fokus menatap buku yang ada di tanganya. Buku hasil karya Ammar Abdullah juga, takkan kami berdua berkongsi favorite author yang sama?

Walaupun kami sedang meneliti buku yang sama tapi tidak bermakna aku akan tegur dia dahulu. Rasa segan. Sudah lah tadi dia bantu aku ambil buku ni. Sekarang nak acah-acah akrab pula.

"Peminat Ammar Abdullah eh?"

Fuh! Baru aje jeling-jeling dia tadi dah kena tegur.

"A'ah... Peminat nombor satu beliau." jawabku tanpa segan silu.

Aku cuma bagitahu yang sebenarnya aje, walaupun ramai lagi peminat nombor satu beliau tapi dari sudut pandangan aku, aku yang pertama. Ceh! Tamak.

Dia ketawa pendek. Raut wajahnya terlihat sangat menghayati gelak tawanya itu. Seketika aku terjangkit sama, kelakar orangnya.

"Saya pun peminat nombor satu dia juga. Macam mana tu?"

"Itu masalah awak lah, yang penting saya tahu saya yang pertama." Kali ini kami berdua ketawa serentak. Sematching ini kah soul kami? Maksud aku, nampak macam rapat sangat mesti di alam ruh dulu kami memang bertegur sapa satu sama lain macam sekarang.

"Dah lama minat Ammar?" tanyanya lagi.

Aku angguk teruja.

"Tapi taklah lama sangat, since 2016 kut? Penulisan beliau memang selalu buat jiwa saya meronta-ronta nak menulis." balasku, dia mengangguk faham.

"Cubalah menulis, kalau ada keinginan jangan tangguh. Ambil pen dan mula lah berkarya. Kalau bukan hari ni, bila lagi."

Ayat dia, sebijik macam Ammar Abdullah. Ini lah penangan bila selalu membaca ayat-ayat yang memikat jiwa pasti akan terbawa-bawa ke realiti, sekali kata saja mampu mendamaikan hati.

"insyaAllah, soon. Saya kena siapkan mental dulu sebab nak jadi penulis ni tak senang." ujarku mengikut fakta.

Memang betul pun aku kata. Menulis itu bukan mudah, mungkin bagi mereka yang melihat sebelah mata akan kata untuk jadi penulis ini hujung kuku sahaja, kacang, tutup mata pun boleh. Tapi sebenarnya penulis lah yang sangat susah. Sebab mereka menulis dari hati, mereka mahu pembaca-pembaca turut hayati apa yang mereka ingin sampaikan.

"Dah ada buku sendiri roger. Saya pun nak baca." Senyumnya, aku garu kening yang tak gatal.

"Lama lagi kut nak ada buku sendiri. Entah kesampaian ke tidak angan-angan tu. Takpelah berangan kan free." Aku ketawa kekok.

Raut wajah lelaki tu berubah serius, dia gelengkan kepala.

"Dari angan-anganlah kejayaan terbina. Tapi pastikan bertindak, jangan duduk diam. Kalau kita duduk diam ia akan kekal sebagai angan-angan." Dia menitipkan nasihat padaku seraya tersenyum nipis.

"Baik... Terima kasih sebab beri tunjuk ajar." kataku.

"Kita saling berkongsi, saya pun banyak lagi nak belajar."

Lelaki ni memang terlalu rendah diri ke macam mana. Punyalah down to the earth, aku beri pujian dia akan tepis pujian tu balik. Pelik

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now