BAB O5

343 20 0
                                    

"Author ni memang jarang nak buat autograph, tapi ada aje karya dia setiap tahun."

Aku angguk-angguk kepala tanda faham dengan penjelasan Thariq. Pertemuan kali ni membawa kami berdua duduk di salah satu kafe sambil bercerita tentang Ammar Abdullah. Sebab katanya, dia berkawan dengan penulis tu. Rasa tak percaya kan? Aku lagi lah! Tapi apa yang dia cerita semuanya boleh diterima pakai.

Sampai dia kata kalau aku tak percaya, aku boleh bagi buku-buku aku kat dia untuk dia dapatkan autograph Ammar Abdullah tu. Sebab mereka berdua memang kawan.

Cuma, aku rasa seganlah nak bagi. Mesti penulis tu rasa tak selesa, aku bukanya peminat special sampai nak suruh dia tanda tangan buku milik aku tanpa pertemuan yang khas.

"Macam mana, nak?" tanyanya lagi. Aku menggeleng dengan muka dikerutkan.

"Segan lah."

"Kenapa nak segan, awak minat kat dia kan?" Thariq sedaya upaya memujuk aku.

"Mestilah minat tapi saya rasa macam menggangu privasi dia lah pula. Takpelah next time ya." Aku menolak.

"Hmm... rezeki depan mata tak nak ambil. Bukan saya yang rugi, awak juga." Thariq tunjukkan riak muka menjengkelkan. Nak buat aku rasa menyesal lah tu.

No, aku tetap dengan keputusan aku.

"Rugi apanya? Saya tak rugi pun bila tak dapat tanda tangan dia... Yang penting saya tak ketinggalan baca buku karya beliau. Siapa tahu esok-esok rezeki datang bergolek kat saya, bukan sekadar autograph mungkin boleh jumpa sekali." omelku.

Thariq senyum siring. Seakan suka bila aku cakap macam tu, aku tak faham lah makhluk Allah seorang ni. Terlalu hyper, walhal baru aje kami berdua kenal satu sama lain dah macam bertahun lamanya. Tapi Thariq ni memang sejenis ramah orangnya, rendah diri pula tu. Mungkin dia terbawa-bawa dengan sifat Ammar Abdullah, biasalah kawan akan ada sifat yang sama.

"Betul lah tapi kena usaha sebab kejayaan tak datang bergolek sendiri." ucapnya lagi, aku bagi pandangan blur.

"Habis tu?"

"Kadang dia buat landing superman." jawabnya selamba, lepas itu dia ketawa seorang diri.

Aku masih diam, cuba menghayati lawak yang dia nak sampaikan tapi tak sampai-sampai tu.

"Tak kelakar ke?" kata Thariq yang masih dengan gelak tawanya itu. Perlahan-lahan aku keluarkan ketawa pendek, hanya itu yang mampu aku beri sebab aku sendiri lambat nak tangkap punch line dia.

"Kelakar lah juga." jawabku perlahan. Dari tadi Thariq ni buat dad jokes kat aku. Tak sangka di sebalik penampilan dia yang nampak cool tapi sebenarnya dia....

Gemar berjenaka. Makin tak kelakar makin kuatlah dia gelak.

"Sekarang... Bagitahu lah pasal awak pula." Thariq mula ubah topik, seketika aku terpinga-pinga.

"Apa? Tentang saya? Maksud awak?"

"Yalah, dari tadi saya asyik cerita tentang diri sendiri dan Ammar Abdullah aje. Sedangkan awak tak kongsi sikit pun about yourself, kata kawan." pinta Thariq.

Aku menghela nafas panjang, senyuman kelat terbit di hujung bibir.

"Tak ada apa-apa yang menarik pun tentang saya." Aku menoleh ke tempat lain.

"Mana boleh cakap macam tu. Setiap orang ada kelebihan masing-masing tau, jangan pandang rendah dengan diri sendiri." Thariq memberi sedikit nasihat padaku. Lantas aku tunjukkan wajah sedikit ceria di hadapanya, tak mahu jadi drama queen dekat sini lagi-lagi depan Thariq.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now