BAB 26

241 14 0
                                    

Perlahan kedua kaki Thariq melangkah keluar dari bilik sambil anak matanya melilau mencari kelibat isteri sendiri. Mana dia? Sejak lepas solat subuh tadi dah hilangkan diri. Ajaib betul, cepat sangat dia berdesup keluar.

"Ummi. Mana Nur?" Thariq bertanya pada mak mentuanya.

Puan Sahiba waktu itu tengah bekerja di dapur namun sempat menolehkan kepala ke arah Thariq yang berada di permukaan pintu.

"Kat luar, bagi makan kawan-kawan dia."

Kening Thariq berkerut. Sejak bila pula kawan Arra datang ke rumah. Jawapan Puan Sahiba mengundang beberapa soalan di dalam akalnya.

Tanpa berkata apa-apa, Thariq tuju luar rumah. Dari jauh lagi terlihat susuk Arra yang sedang duduk mencangkung, Thariq tersenyum kecil muncul niat nakal nak kejutkan isterinya.

"Bismillahir rohmaanir rahim."

Thariq hentikan kakinya yang sedang melangkah. Kepala dijengketkan untuk melihat perbuatan Arra, pelik kenapa tiba-tiba dia mengucap kalimah Allah.

"Lepas makan, main jauh-jauh. Jangan masuk rumah." kata Arra lagi.

Thariq garu kepala yang tak gatal. Tak mahu berteka-teki terlalu lama, dia pun mengambil tempat duduk di sebelah isterinya. Arra hanya menoleh tanpa menunjukkan reaksi terperanjat dengan kehadiran suaminya itu.

"Tak terkejut ke kita datang?" tanya Thariq.

"Saya tahu awak kat belakang dari tadi." Jawabnya selamba.

"How?"

"Your smell."

Thariq kemam bibir menahan senyum. Dari malam tadi tak habis-habis nak bersemut.

"Awak buat apa dekat sini? Ummi kata tadi awak bagi makan kawan-kawan awak." soal Thariq sambil merenung wajah Arra.

"Ni... Tengah tengok diorang tengah makanlah ni." senyumnya.

Thariq pandang sekeliling. "Mana kawan awak?"

Arra tak menjawab cuma muncungkan bibir ke bawah. Thariq mengikuti arah itu, makin terbeliak matanya seakan tak percaya bila nampak sekumpulan semut tengah seronok berkumpul di tepi gula yang sengaja ditabur berhampiran situ.

"Maksud awak... Semut?"

Arra mengangguk.

Lama Thariq diamkan diri. Memerhati semut-semut yang Arra gelar sebagai 'kawan' pelik juga isteri aku ni, sampai dengan semut pemurahnya.

"Saya tahu dalam hati awak tengah mengata saya." Kata Arra tiba-tiba.

Thariq hambur ketawa, dengan cepat dia menafikan tuduhan itu. Tangan Arra diraih lembut.

"Tak adalah. Tak baik tuduh suami macam tu tau." tuturnya lembut.

Arra menghela nafas panjang.

"Selalunya orang akan pelik bila tahu saya bagi makan semut setiap pagi. Mustahil awak tak ada monolog sendiri?"

"Of course awalnya memanglah ada. Tapi taklah fikir yang jelik, saya cuma kata awak pemurah sangat sampaikan dengan semut yang kecil macam ni pun awak boleh bagi makan." jujur Thariq.

"Rasulullah Shallahu alaihi wasallam bersabda. Berbuat baik setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala. Riwayat al-Bukhari 2363." ucap Arra.

Thariq perlahan tersengih.

"Saya tamakkan pahala, lagipun dosa saya terlalu banyak... Manalah tahu kat akhirat nanti semut-semut yang saya beri makan ni jadi saksi di hadapan Allah." Sambungnya.

Tangan Thariq lembut mengusap dahi isterinya, lalu jatuh ke hidung Arra, sempat di cuit guna jari telunjuk.

"Saya sendiri jadi saksi yang awak seorang anak yang baik... Dan isteri yang baik untuk saya. Dua tanggungjawab ni awak dah buat sebaik mungkin, dah tentu-tentu awak juga hamba yang baik di hadapan Allah. insyaAllah." ujar Thariq.

"Tapi kita baru je kahwin semalam, yakin je awak yang saya ni isteri yang baik... Saya agak gila sikit tau, kadang kuat memberontak, lepas tu degil. Awak ready ke nak hadap semua tu?" Arra dan Thariq saling berpandangan.

"Bila saya dah ucap 'saya terima nikahnya...' itu bermakna saya terima segala perangai buruk baik awak, kelebihan dan kekurangan isteri saya. Saya dah terima risiko atas apapun peel awak nanti, kita kekalkan hubungan ni hingga ke hari tua tau? Sampailah saya tak dapat nak nampak rambut awak yang putih penuh uban tu, sebab mata dah kabur." Thariq ketawa pendek sambil betulkan kaca mata yang dipakainya.

Arra terikut ketawa sama, dia mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya.

"Tapi kan, impian saya... Saya nak pergi dulu sebelum awak."

"Ish apa yang awak cakap ni. Saya tak suka lah dengar benda-benda macam ni, merepek!" Lantas Thariq mencelah. Wajahnya cemberut sebaik mendengar balasan Arra, kacau mood orang nak bergula dia pula sibuk mention kematian.

Arra menjeling, tanganya memegang tangan Thariq seraya sedikit digoyangkan.

"Dengarlah saya nak cakap apa dulu. Awak ni kan." Rengeknya. Thariq buang pandanganya ke tempat lain tak mahu menatap wajah Arra yang ada di sampingnya itu.

"Macam Siti Khadija, dan Siti Fatimah. Mereka pergi dulu sebelum Rasulullah dan Ali bin Abi thalib, indahnya pemergian seorang isteri jika yang mengurus semuanya adalah suami sendiri. Saya nak reda awak ada kat saya sepanjang masa, boleh kan?" Arra tayang senyuman di hujung bibir.

"Saya nak awak jadi Siti Aisyah saya. Menjadi tempat berehat untuk seorang suami sebelum pergi ke negeri abadi, saya nak awak salurkan doa-doa awak terhadap saya. Doa isteri itu makbul, sekelip mata Allah akan terima." Thariq menepuk-nepuk belakang tapak tangan Arra, kadangkala diusap lembut.

Arra lepaskan keluhan berat. Pasrah dapat balasan macam tu, inilah padahnya bila dapat suami seorang pendakwah juga masing-masing ada hujah tersendiri. Hampeh.

"insyaAllah. Siapapun antara kita pergi dulu, semoga hari tu lambat lagi... Tunggulah bila kita dah dua-dua tua kerepot, dah beranak cucu. Barulah saya reda kita berpisah kerana Allah dan pastinya akan reunited kat syurgaNya nanti." Thariq tayang sengih,

"Aamiin ya rabbal alamin." Arra usap tanganya ke wajah lepas itu ke wajah Thariq. Dan perbuatan itu mengundang gelak tawa mereka berdua.

"Pengantin baru kat luar tu... Mari sarapan sama-sama." Laung Puan Sahiba dari arah dapur.

Thariq dan Arra menoleh ke belakang.

"Coming!"

Thariq pantas angkat punggung, Arra pula hulurkan kedua tanganya agar Thariq bantu dia untuk berdiri. Terkekeh-kekeh Thariq dibuatnya, makin lama makin lemahlah lutut tengok telatah isteri sendiri. Manja sangat!

"Saya masak roti canai tadi." Arra memberitahu.

Mata Thariq melopong, wajahnya kelihatan teruja.

"Waa! Seriuslah?"

"Sama ke tak dengan kedai mamak saya tak sure. Tapi boleh lah buat ghaso-ghaso."

"Hmm... Isteri saya masak mana pernah tak sedap." balas Thariq teruja, tangan kananya memeluk erat lengan Arra.

Dua kanak-kanak ribena gembira nak makan roti canai.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now