BAB 16

196 11 0
                                    

Taman berdepan dengan laut menjadi pilihan ku dan Thariq untuk duduk sambil menikmati angin sepoi-sepoi. Kononya nak luangkan masa bersama dekat tempat berbeza sebab sebelum ni hanya kafe yang menjadi persinggahan kami.

Thariq pula dari tadi menyepi. Tak banyak cakap macam selalu, aku pula yang rasa janggal. Yeke dia ni Thariq kot-kot orang lain menyamar sebagai Thariq.

K, gurau je. Jangan serius sangat.

"Diam je dari tadi. Okay tak tu?" Aku mula bertanya namun tanganku menggapai minuman yang sudah terhidang, Thariq belikan tadi.

"Malas lah nak bergurau." jawabnya singkat. Keningku spontan berkerut.

"Kenapa?"

"Iyalah, saya buat lawak awak ketawa aje. Lepas tu saya yang jatuh cinta." ucapnya.

Aku tercengang memandang Thariq. Namun reaksinya tetap bersahaja, bibirnya tersenyum nipis. Riak wajahnya itu membuatkan aku tersalah tingkah, dengan cepat aku halakan pandangan ke tempat lain.

Sambil itu aku terbatuk sederhana, menghilangkan rasa kekok antara kami berdua.

Makin pelik pula Thariq ni balik dari London.

"Nur."

Aku menoleh sebaik Thariq seru namaku.

"Ya?"

"Awak cintakan Ammar Abdullah ke?" Pertanyaan Thariq mengundang kegelisahan di hati Arra. Minuman yang ada di tangan itu dengan perlahan diletakkan semula di samping tempatnya duduk.

Beberapa saat Thariq menunggu jawapan dari Arra. Hatinya turut berdebar menantikan ayat apakah yang akan Arra berikan padanya nanti.

"Saya cintakan karyanya. Bukan Ammar Abdullah." ucap Arra dengan suaranya yang perlahan.

Thariq kemamkan bibir. Satu keluhan dia lepaskan, cuba berfikir positif dengan mencipta andaian sendiri bahawa Arra bukanya tidak mencintai Ammar Abdullah cuma dia tidak tahu siapa figura disebalik nama Ammar itu. Jika Arra mengetahui Ammar dan Thariq adalah orang yang sama, pasti Arra mengiyakan pertanyaanya tadi.

"Kenapa awak tanya macam tu?" Arra mengajukan soalan pada Thariq.

Thariq tersengih lalu menggelengkan kepala.

"Saja nak tanya. Awak kan huge fans dia, kot-kot jatuh cinta." usik Thariq.

usikkan Thariq membuatkan Arra menyeringai sekilas.

"Saya peminat aje tak lebih pun." Arra cuba menyembunyikan perasaanya yang sebenar, supaya Thariq tak dapat lihat kegugupan dalam jiwanya itu bila menerima soalan sebegitu.

Lagi-lagi yang bertanya adalah seseorang yang sudah lama dia kagumi. Andai saja Arra mengikuti nafsunya pasti dia sudah menyatakan pada Thariq yang hatinya telah lama memendam rasa cinta. Perasaan yang hadir dengan tiba-tiba walaupun ketika itu Arra belum melihat bagaimana wajah Ammar Abdullah yang sebenarnya. Seorang penulis yang mampu mengubahnya total 87% menjadi peribadi yang jauh lebih baik dari sebelum ini.

Kerana karakter Ammar yang sangat misteri, sehingga Arra diam-diam menggelarkan Ammar adalah purnama yang menghiasi di setiap malamnya.

Rasa cintanya itu hanya dia yang tahu, namun dalam masa yang sama tersemat perasaan ego di dalam jiwanya. Arra tidak mahu berterus terang dengan perasanya kerana tidak mahu mengiyakan tuduhan Fika, yang kononya gemar membaca buku karya milik Ammar Abdullah semata-mata jatuh cinta pada penulisnya.

"Ingat Ammar Abdullah tu retis ke? Sampaikan ada batas antara dia dan peminat?" tanya Thariq lagi.

Arra angguk selamba.

"Dia dah masuk tv, semua dah kenal dia... Ramai aje pun peminat abang Ammar seusia saya. Saya kena sedar diri, saya hanya peminat tak lebih." tutur Arra. Suaranya berubah datar.

Seketika hati Thariq resah dengan segala kata-kata yang Arra lontarkan. Adakah maksud perempuan itu dia menolak Ammar Abdullah secara lembut? Bermaksud dia langsung tak cintakan Ammar? Mindanya dipenuhi bisikan-bisikan yang belum pasti.

"Atau... Kena nampak wajah dulu? Yelah tak kenal tak cinta kan." Thariq cuba meneka-neka.

"Saya jatuh cinta pada hati seseorang bukannya wajah. Kalau lah rasa cinta itu harus bermula dari melihat rupa dulu, macam mana kita nak pupuk rasa cinta kita pada Allah dan RasulNya?" pantas Arra membidas tekaan Thariq.

Thariq tidak terkejut dengan jawapan itu malah sebaliknya dia merasa bangga. Maksudnya dia dan Arra berkongsi cara pemikiran yang sama. Tidak semua perasaan cinta harus diawali dengan melihat wajah terlebih dahulu, jika cinta hanya memandang rupa pasti ia tidak akan berkekalan lama.

"Betul tak?" Arra menyoal lagi.

Thariq ketawa kecil sambil mengangguk.

"Benar yang Arif."

"Isy!"

Arra mendengus geram. Wajahnya terlihat cemberut setelah mendengar usikkan dari Thariq. Tersembur ketawa Thariq dengan telatah Arra, baginya satu kepuasan bila dapat menyakat perempuan itu setelah setahun lamanya dia menahan diri daripada tidak mengusik Arra secara berdepan.

"Yelah, betul lah tu. Nak merajuk pula." Thariq cuba memujuk.

"Awak ni kan... Suka buat lawak even kita dalam serius macam ni." Arra mencebik.

"Lebih baik buat lawak, kalau suka awak mesti kena tolak." ujarnya. Arra beri pandangan pasrah, menganggap semua yang Thariq ucapkan itu hanya sekadar gurauan.

"Thariq, please... Seriuslah sikit."

"Fine. Saya serius." Thariq tunjuk muka tegang. Tingkahnya seolah-olah seperti lelaki yang dingin sedang keluar bertemu janji secara paksa rela dengan seorang perempuan.

Hal itu mengundang tawa di bibir Arra. Habis merah merona pipinya, kedua matanya refleks mengecil kerana ketawa terkekeh-kekeh. Thariq tersengih, suka melihat Arra seperti ini. Gelak tawa ini yang dia rindukan setiap kali dia berpulang ke London.

"Dah lah... Sakit perut saya gelak." Arra geleng-geleng kepala.

Thariq hanya senyum. Tanganya menggapai makanan lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Saya rasa kan, saya nak cuba menulis lah." kata Arra tiba-tiba. Pantas Thariq menoleh.

"Baguslah! Bila nak start?" soalnya dengan nada teruja.

"Entah... Baru nak plan aje. Nak start tu tak tahu bila." Arra julingkan mata ke atas selain pemalas, sifatnya yang suka bernanti-nanti itu memang payah nak dilepaskan dari dirinya. Mujurlah sifat pemalasnya itu sudah dihumban jauh-jauh kalau tidak, rugi suaminya nanti.

Kesian.

"Tak payah nak nanti-nantilah. Bila dah ada keinginan tu, teruslah buat. Nak tunggu sampai bila? Sampai awak hilang mood nak menulis." Thariq mula berleter. Arra pandang dia seraya bibirnya di sengetkan.

"Awak ni, kalau bab menulis nombor satu. Tak kalah jauh dari abang Ammar." ujarnya.

Thariq terbatuk seketika, wajah polos Arra itu dilihatnya sekilas.

"Saya dah kata kan saya tak sehebat dia." Thariq berlagak tenang.

"Eleh." Singkat Arra, seolah tak percaya. Dan memang dia tak percaya, sebab dia tahu Ammar dan Thariq adalah orang yang sama. Entah sampai bila lah Thariq nak terus-terusan macam ni.

"Apa eleh?" soal Thariq tak puas hati.

"Yelah tu.. tak hebat."

"Celah mana tah hebat. Bahasa Melayu saya pun B" nafinya.

Arra hanya diamkan diri. Malas nak melayan perangai Thariq yang masih mahu bertarik tali denganya. Daripada perasaan marahnya itu makin lama makin menggunung sebaiknya dia diam.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now