BAB 29

245 10 0
                                    

Wajah Arra berkerut serentak dengan kedua keningnya yang bertaut. Bunyi bising dari arah dapur itu membuatnya terjaga, siapa yang malam-malam buta buka periuk ni? Bingit telinga.

Lampu bilik dibuka, pantas anak matanya memeriksa tempat yang kosong disebelahnya. Begitu juga di meja belajar milik Thariq.

"Pergi mana pula pakcik ni." Gumamnya perlahan sebelum mencapai tudung sarung yang tersangkut kemas dekat penyangkut baju.

Dengan perlahan dia mengatur langkah keluar dari bilik dan menuju ke bawah terus berlalu pergi ke dapur. Tak bertanya pun dia sudah tahu pasti Thariq yang buat bising kat dapur lewat malam macam ni.

Arra tersenyum nakal, terbit dihatinya mahu kejutkan Thariq dari belakang.

"Baa!" Bahu Thariq disentuh tiba-tiba.

Namun Thariq tak terkejut, hanya ketawa halus yang dikeluarkan. Riak muka Arra terus berubah monyok.

"Kenapa tak terkejut?" Soal Arra tak puas hati.

"Abang tahu awak datang."

"Macam mana abang tahu?"

"Your smell." Kata Thariq dengan lembut.

Arra tersenyum suka tapi cepat-cepat dia ubah reaksi itu seperti merengek, hujung baju suaminya di tarik berulang kali tak ubah macam budak-budak mahukan ais krim.

"Lah kenapa pula ni?" Thariq ketawa mengekek.

"Abang tak terkejut pun." Arra menjeling.

Thariq garu kepala yang tak gatal. Mati akal fikiranya melayan karenah isteri sendiri.

"Tak apa, kita ulang balik. Awak kejutkan abang." Arahnya.

"Okay." Arra tekup mulut, sedaya upaya nak sorok ketawa sendiri. Lantak lah Thariq nak panggil dia mengada, memang itu pun yang dia mahukan.

Suami dia kan, suka hati dia lah.

Arra menuju ke anak tangga semula dan Thariq pula buat-buat sibuk seperti sebelumnya. Tak berhenti dia tersengih, ada saja lah helah Arra nak buat dia terhibur.

"Abang dah ready ke?"

"Dah."

"Saya mula tau?"

"Baik, yang Arif!"

Arra jengketkan kaki sambil dekatkan diri dengan Thariq. Bibir bawahnya dikemamkan, sebenarnya dia sendiri pun geli hati nak buat macam ni tapi sebagai isteri dia tahu tugasnya adalah selalu membuat suaminya terhibur dan gembira. Bila suami bahagia, mudahlah dia mendapat reda seorang suami.

Thariq setia menanti kejutan dari Arra, tanganya sibuk memotong bawang merah dan beberapa cili padi.

"Baa!" Belakangnya kembali disentuh oleh Arra.

"Akh!!!" Thariq acah-acah terkejut, wajahnya sengaja di mimikkan seperti cuak dengan keadaan yang terjadi saat itu.

Arra ketawa terkekeh-kekeh, bahu suaminya ditampar lembut.

Thariq tayang sengih. "Dah puas?" Soalnya. Arra mengangguk laju.

"Naughty tau awak ni." Ucap Thariq.

Arra menghela nafas panjang, bahan-bahan yang ada di hadapan mereka ditilik sekilas. Dan tak lupa, matanya tak lepas menatap satu bungkus maggie berperisa kari di samping pinggan.

"Abang nak masak maggie? boikot tau" Arra berbisik.

"Ni lebihan memang ada kat rak dapur, dah tak ada yang bedal... Abang ambil lah. Abang lapar tapi tak berkenan nak makan masakkan yang ada, maggie aje sesuai selera sekarang ni." Bebel Thariq.

"Kenapa tak kejutkan saya? Saya boleh masak untuk abang." Matanya menatap wajah Thariq. Senyuman lebar dihadiahkan padanya oleh Thariq.

"Tak nak kejutkan awak yang tengah lena tidur, selama abang boleh buat... Abang akan buat tanpa ganggu awak." Ujarnya.

Macam biasalah, dah berbunga-bunga hati Arra dapat ucapan sebegitu dari Encik suami. Entah kebaikan apa yang dia lakukan sebelum ini sehingga Allah kurniakan suami sebaik Thariq. Tapi, dia percaya bahawa doa ummi dan abahnya yang begitu kuat di hadapan Allah sampaikan disetiap urusanya selalu dipermudahkan tanpa adanya simpang siur melanda.

"Awak nak sekali?" Pelawa Thariq. Pantas Arra menggeleng.

"Saya teman abang makan aje." Arra tayang senyuman lebar lalu mengambil tempat duduk di meja makan. Kedua tanganya ditongkatkan ke dagu, fokus melihat si suami bekerja dekat dapur.

"Banyak sangat ke kerja abang sampai tak tidur?" Tanya Arra.

Jam dinding sempat dikerling. 1.30 subuh, dari malam tadi sekarang baru ada waktu nak rehat.

"Siapkan manuskrip aje sayang." Jawabnya bersahaja.

"Abang kena cukup rehat, nanti kat office abang penat tak boleh nak berurusan dengan klien secara detail pula." Nasihat Arra.

Thariq matikan dapuran gas, lama dia diamkan diri dari menjawab percakapan Arra. Sibuk mahu menuang maggie yang dimasak tadi ke dalam mangkuk.

Bila dah selesai, mangkuk itu dia bawa ke meja dan duduk di samping isterinya.

"Abang okay, awak tak perlu risau sangat... Abang dah biasa pun macam ni. Tak cukup tidur, tak cukup rehat, kena korbankan rasa ngantuk dan penat semata-mata nak siapkan kerja-kerja abang." Thariq membalas.

"Tahu. Tapi...- Shhh, jangan banyak bunyi makan ni dulu."  Baru sahaja Arra nak membuka mulutnya, tapi sesuap maggie sudah mendarat dengan selamat terlebih dahulu.

"Bismillah." Ucap Thariq. Bibirnya tersenyum lebar.

"Abang ni... Saya tak baca Bismillah pun."

"Kan abang dah sebut tadi." Kini Thariq pula menjamah makanan tersebut, Arra renung suaminya dalam erti kata lain menanti suapan kedua masuk kedalam mulutnya pula.

"Buka mulut." Arah Thariq.

Tak ada dalam planning pun nak makan bersama Thariq, kata tadi nak teman makan sahaja tapi sekarang nampaknya semangkuk maggie tu dah bertukar tuan.

----

"Berapa hari kamu apply cuti ni?" Soal Puan Sumaiyah pada anak lelakinya.

Secangkir teh diletak semula ke tempatnya. Matanya tepat menatap sang ibu yang duduk di hadapan.

"Sebulan aje ma."

"Kerja tu kerja juga, menantu mama jangan di abaikan. Kalau mama tahu siaplah kamu." Tegas Puan Sumaiyah memberi peringatan, namun masih terdengar lembut.

Thariq lepaskan keluhan berat. Kelibat isterinya yang sedang duduk di sebelah dilirik sebentar.

"Mama, Thariq tahulah bahagi masa macam mana. Thariq bukanya tak tahu agama sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami." Dia membantah. Thariq cuba merendahkan nada suaranya, riak wajahnya pun ditayang dengan reaksi bersahaja. Tak mahu dianggap biadab.

"Mama tahu dan mama percaya kamu tak macam itu tapi tak salah kan mama mengingatkan?" Ujar Puan Sumaiyah.

Thariq tertunduk, seraya mengangguk perlahan. Arra yang menjadi saksi melihat itu semua mula rasa bersalah, tak semena-mena Thariq kena ceramah awal pagi macam ni.

"Abang tak pernah pun abai Arra... Abang selalu ada bila Arra perlukan. Terima kasih mama, sebab risaukan Arra, tapi mama tak payahlah risau sangat. Arra okay aje." Tuturnya.

Tangan Thariq diraih lembut olehnya. Satu senyuman meniti dibibir Thariq.

"Alhamdulillah... Elok lah kalau macam tu, mama harap kamu berdua sentiasa dilindungi Allah SWT. Dan makin eratlah hubungan kamu berdua hingga ke syurgaNya."

"Aamiin ya mujib."

Mereka berdua serentak mengaminkan doa seorang ibu yang tidak ada hijabnya itu. Sepertimana Thariq yang tak berhenti bersyukur ke atas ibu dan ayah mentuanya begitu juga Arra. Dia sangat mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dia ibu dan juga ayah mentua sebaik mereka yang tiada hentinya mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now