BAB O8

233 14 1
                                    

“Patutlah kau suka, kelakar orangnya.” Adam tak henti-henti menyakat kawanya itu. Dari dalam kereta tadi sampailah di lapangan terbang, Thariq masih tersengih. Ingat tentang semua yang Arra kata padanya.

“Dia bersahaja dengan aku dam, dia jadi diri dia sendiri tanpa harus berpura-pura. Sebab tu kot aku rasa selesa dengan dia walaupun jarak usia kami jauh berbeza.” kata Thariq.

“Berkawan mana tengok usia, tak penting pun semua tu… Yang penting kau faham dia dan dia pun faham kau.” Adam cuba menepis tanggapan segelintir mengenai suatu hubungan itu perlu sebaya. Walhal usia taklah penting mana, yang penting hati dan saling memahami.

Ala lagipun, beza 10 tahun aje kot. Tak lah tua sangat.

Thariq diam tak menjawab. Fikiranya masih teringatkan tentang Arra.

“Jangan lupa, sampaikan salam dia dekat Ammar tu.” Adam sengaja tekankan nama Ammar lalu dia ketawa halus dihujung percakapannya. Thariq terikut sama seraya kepala digelengkan.

Dia tak sampai hati nak menipu Arra terus-menerus. Tapi baginya, perkenalan ini masih terlalu awal untuk dia ungkap siapa dirinya yang sebenar. Biarlah seperti ini sehingga keadaan meleraikan, dia lebih suka Arra mengenalinya sebagai Thariq berbanding Ammar Abdullah.

------

“Kau memang suka berkawan dengan lelaki ke?” Fika pandang aku yang tengah seronok melahap makanan. Aku pandang dia sekilas, dapat aku tafsir wajah dia seakan tak suka. Bengis semacam.

“Salah ke? Kau cemburu eh?” Aku sakat dia. Pantas Fika menggeleng.
Seriusnya member aku hari ni, takut.

“Walidah, tak elok kau berkawan dengan mereka tu. Bukan mahram kau pun… Tak manis.” kata Fika dengan nada yang kasar.

Aku renung Fika dengan tatapan datar. Dia yang mula perasan segera tertunduk seperti tersalah tingkah, hilang selera aku nak makan macam ni.

“Jadi kau nak cakap kalau berkawan dengan perempuan yang celupar suka mengumpat tu manis lah?” balasku. Fika menghela nafas panjang.

“Bukan macam tu maksud aku. Tapi kau boleh aje berkawan dengan mana-mana perempuan yang muslimah. Siapa tahu kau berkawan dengan diorang kau pun boleh berubah.” Fika masih tak berhenti dengan hujah dia.

“Aku berkawan dengan diorang bukanya kami duduk tempat yang sembunyi, bukanya kami buat benda yang tak elok. Please lah jangan cepat nak judge orang, aku tahulah ayah kau tak suka kau berkawan dengan perempuan macam aku ni. Tapi at least hormat aku sebagai kawan kau, adakah sebab aku tak pakai tudung dan cara pakaian aku macam ni jadi lesen orang ramai untuk judge aku? Jangan nak burukkan hukum Allah depan manusia lah, Allah tak sekejam tu.” Keningku berkerut menahan amarah.

Aku memang pantang bila orang suka menghakimi individu dari penampilan semata. Jika Allah itu akan menghukumi hambaNya sesuai luaran seseorang, pasti ayat munafik tidak ada di dunia ini. Apa itu munafik? Seseorang yang mengatakan dia beriman padahal dia mengingkari seluruh atau sebahagian daripada ajaran Islam. Penipuan, bertindak licik, dan menunjukkan perbuatan yang berbeza dengan kebenaran, itulah mereka.

“Fine. Aku tahu aku salah, aku minta maaf. Aku cuma nak yang terbaik untuk kau… Kita kan nak ke syurga sama-sama.” Terbit satu senyuman yang penuh rasa bersalah di bibir Fika.

Mahu tak mahu, aku pun lembutlah hati. Aku tak boleh nak marah lama-lama. Kitonyo manjo.

“Aku tahu. Terima kasih sebab nak ajak aku ke syurga sekali tapi jangan dengan cara yang suka merendahkan seseorang, silap hari bulan bukan ke syurga destinasi kita nanti.” leterku yang dari tadi tak henti bertazkirah.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now