BAB O6

287 18 7
                                    

Sebelum aku dan Thariq pulang mengikut haluan masing-masing, kami sempat bertukar nombor telefon. Katanya biar senang dia nak hubungi aku bila-bila masa, kut kut Abang Ammar balas salam aku boleh lah dia bagitahu terus.

Bijak kan dia? Macam lah aku tak tahu yang dia sengaja nak minta nombor telefon aku.

Eh, tapi kalau betul macam mana? Perasan aje kau ni Walidah.

Setiba sahaja di rumah, aku disambut oleh ummi yang sedang bekerja di dapur. Sempat aku melirik ke arah adik perempuan aku yang sedang sibuk bermain di ruang tamu, lahai. Jadi tong pecah dah dibuatnya.

"Arra dah balik ummi." sapaku perlahan sambil tunjuk senyuman letih di depan ummi.

Aku jenguk kepala tengok makanan yang ummi aku masak.

"Dari mana ni? Petang baru nak balik." tegur ummi, aku menghela nafas panjang.

"Pergi kedai buku aje ummi, lepas tu lepak dekat kafe dengan Thariq." jawabku jujur sambil labuhkan punggung dekat kerusi meja makan. Satu cawan aku gapai dan tuang air putih.

Haus punya pasal!

Ummi tuju arah aku dengan kerutan kening di wajahnya. Nak pandang aku fishy fishy ke.

"Thariq?"

"A'ah, Thariq." Aku angguk kepala.

"Siapa pula Thariq ni? Boyfriend?" Hampir tersembur air yang aku minum bila mendengar tekaan ummi.

Dah lah aku tengah duduk berdepan dengan ummi. Tak pasal-pasal nanti.... Sheram!

"Bukanlah ummi, dia kawan Walidah aje... Dia sama macam Rizal juga." kataku.

"Sama macam Rizal? Maksudnya dia lembut?"

Aku hambur ketawa bila ummi beranggapan yang Thariq sama macam Rizal. Means lelaki agak feminine sedikit, aku tak boleh bayang kalau Thariq macam Rizal juga.

"Tak lah ummi. Maksud Walidah, kawan lelaki. Sama macam Rizal... Maksudnya Walidah dah ada dua kawan lelaki sekarang ni." Aku senyum senget, ummi bulatkan mulut tanda faham.

"Faham... Usia dia berapa?"

Aku kerutkan kening, aneh dengan soalan yang ummi ajukan.

"24 tahun."

"Kerja apa?"

"Penyanyi jalanan... Tch, kenapa ummi tiba-tiba tanya pasal Thariq ni? Mengalahkan menantu pula. Rizal dulu ummi tak tanya macam ni pun." Aku angkat kening sebelah.

Ummi ketawa kekok seraya kepala di gelengkan.

"Salah ke ummi nak tanya siapa yang tengah kawan dengan kamu sekarang ni. Rizal ummi tak kesah. Sebab dia... iyalah kamu pun tahu kan Rizal macam mana. Mustahil lah dia ada hati kat kamu ni." kata ummi beralasan.

Aku angguk faham, boleh terima pakai juga. Tapi mustahil sungguhlah Thariq tu ada hati kat aku. Siapa aje nak perempuan macam aku ni? No life.

"Alaa ummi, takde siapa yang nakkan anak ummi ni." Aku acah-acah kesenduan, konon nak mengadu. Tapi memang itulah faktanya memang tak ada siapa nak aku.

Kesian, kemurungan.

"Jodoh tak ada siapa yang tahu tau. Hari ni cakap tak ada yang nak, esok-esok dah ada masuk meminang." ummi mula dengan usikkan dia.

Aku ketawa halus. Aku iyakan saja apa yang ummi cakap tadi sebab kata-kata ibu adalah doa, sebenarnya aku pun nak lah kahwin juga bila dah jumpa soulmate dan other half aku. Cuma kena cari betul-betul lah, tak boleh main tibai aje.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now