BAB 37 end

587 13 3
                                    

Disyorkan pasang lagu (Bagaikan Puteri by Farra) bila baca chapter ni.
.
.
.

Tiga hari sebelum penceraian...

Arra duduk di halaman rumahnya, ditemani Thariq duduk di sebelah. Masing-masing diam menyepi. Tempat inilah Thariq melamar Arra di hadapan ummi dan abahnya dan tempat ini juga mereka harus berbincang dari hati ke hati mengenai penceraian mereka nanti. Sungguh disayangkan jika perkahwinan itu bubar begitu saja.

"Awak yakin ke nak bercerai?" Tanya Thariq.

"Ya, saya yakin."

"Abang sedar kesilapan abang Nur. Abang tak patut buat macam tu kat awak, beri abang peluang lagi sekali boleh? Kita perbetulkan semuanya." Pujuk Thariq.

"Awak cakap senanglah. Tapi yang tanggung saya, awak sedar tak awak dah dalam kategori suami nusyuz? Yang mengabaikan kewajipan isteri, tak bagi belaian kasih sayang pada isteri, beri kata-kata kasar yang boleh menyinggung hati isteri dan tak hormati saya sebagai isteri. Awak sedar tak semua tu? Atau awak pura-pura tak sedar." jelas Arra.

Thariq kemam bibirnya kuat. Dia akui, dia menyesal dengan kelakukanya. Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya.

"Tapi abang sayangkan awak. Awak isteri abang, takkan semudah itu awak nak tuntut cerai dekat abang?" Tangan isterinya itu disentuh dan digenggam kuat. Mungkin inilah kali terakhir dia menggengam tangan isterinya, dan selepas ini mereka akan menjadi asing semula.

"Saya dah cuba pujuk abang bermacam-macam cara. Tapi abang tetap tak layan saya, buat saya wujud tak wujud saja dalam rumah. Saya risau kemarahan yang ada dalam hati saya sekarang ni lambat laun akan berubah menjadi benci sebencinya. Jadi saya harap abang hormati saya, dan lepaskanlah saya. Saya letih abang... Tolong lah." Arra sedikit mengeluh. Batinya cukup lelah.

Thariq tetap diam. Tak memberi sebarang jawapan diatas kata-kata Arra.

"Akhirnya saya sedar. Sifat purnama memang tak boleh disamakan dengan sifat manusia yang selalu berbuat salah. Walau begitu, saya tetap bahagia sebab dapat mengenali purnama yang sangat indah di dalam hidup saya. Yang selalu menerangi malam-malam saya tapi kelamaan cahaya purnama itu makin sirna ditutupi embun malam. Seolah-olah ada benteng dan batas antara keduanya." Ucapnya memberi kiasan kepada Thariq.

"Awak purnama terindah yang pernah ada di dalam hidup saya. Saya sedar, purnama tidak akan kekal lama. Saya kagum dengan sifat abang yang selalu menghargai peminat-peminat abang... Jika peminat abang lebih penting kedudukanya di hati abang, saya lebih rela menjadi penggemar Ammar Abdullah sahaja. Tanpa harus meminta yang lebih."

Selesai Arra mengungkap ayat itu, air mata Thariq terus jatuh berjurai. Pilu hatinya mendengar luahan hati seorang perempuan yang dia gila-gilakan beberapa tahun sebelum mereka diijab kabulkan. Entah mengapa dengan mudahnya dia terpujuk rayuan syaitan untuk menderhakai isteri sebaik Arra.

----

"Saya terima nikahnya..."

Thariq memejam mata serapatnya, mencuba untuk kuat dan mengumpulkan segala tenaga setelah melafazkan kata cerai untuk Arra di hadapan mahkamah. Seketika moment pernikahan mereka terimbas kembali di memori kepala, dia langsung tidak terfikir episod seperti ini akan menjadi salah satu lembaran di dalam buku cerita mereka.

"Nur Arra Walidah binti Mohamad."

"Saya ceraikan awak dengan talak satu."

Lafaz itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Keberadaan Arra yang sudah jalan mendahaluinya itu dilihat lama.

Perempuan inilah yang berjaya mengusik ruang kalbunya ketika dia sudah berniat untuk mengunci pintu hati itu selamanya.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now