BAB 23

221 16 2
                                    

"Ammar Abdullah."

Tangan Arra yang sedang bersedia mahu menulis itu terjeda begitu lama. Suara itu cukup dikenalinya, hatinya berdebar begitu kuat. Tidak mampu dia mahu mendongakkan kepala untuk melihat si pemilik suara itu.

"Sampai bila nak lari dari saya?" soalnya dengan suara perlahan.

Kini wajah Thariq terlihat jelas di kornea matanya, sebaik sahaja mereka bertatapan mata pantas Thariq menundukkan pandanganya.

"Encik siapa?" Sekali lagi Arra dengan trick handalanya. Berpura-pura tak mengenali susuk Thariq.

Thariq menghela nafas panjang. Tanganya mencapai kerusi yang tersedia di satu sudut lalu di letakkan di hadapan Arra. Dia labuhkan punggung di situ, seperti sepasang kekasih sedang berjanji temu.

Arra ketika itu sudah terpinga-pinga. Dia tahu, kali ini dia tidak akan terlepas.

"Betul tak kenal saya?" Thariq inginkan kepastian.

"Minta maaf... Mungkin Encik salah orang." balas Arra, berlagak tenang agar tidak dicurigai.

Thariq ketawa halus. Buku yang sudah siap ditanda tangan itu menjadi tatapan Thariq, jarinya menyentuh nama penulis yang tertera di buku tersebut.

"Mustahil saya tersalah orang, setahu saya nama Nur Cahaya ni saya pernah bagi dekat someone special dalam hati saya, dan tak mungkin nama tu akan sama dengan mana-mana perempuan. Atau awak curi nama dia?" Thariq mula memancing.

Arra terdiam sebentar. Anak matanya melilau mencari kelibat ummi dan adik perempuannya yang tidak berada di situ, lalu dia beralih ke arah staff yang bertugas, pun sama. Tak ada seorang pun berdiri di permukaan pintu.

"Encik. Tak manis bagi saya dan encik dalam ruangan ni berdua... Ada baiknya Encik keluar, berkaitan nama saya. Mungkin Encik tersalah orang, ini... Ini nama yang ibu dan ayah saya bagi tak ada kena mengena pun dengan Encik."

Arra masih dengan kedegilanya. Berbohong hal yang sia-sia dan tak menguntungkan diri, malah kelak akan membuatnya putih mata jika Thariq benar-benar pergi tinggalkan dia. Mujur Thariq seorang yang tingkat kesabaranya setinggi gunung everest hingga mampu menundukkan perempuan yang degilnya tahap dewa seperti Arra.

Thariq tak berganjak dari kerusi itu. Dia menunggu Arra untuk berkata jujur di hadapanya. Keyakinannya kukuh mengatakan perempuan yang ada di hadapanya sekarang adalah Nur Arra Walidah. Seorang perempuan yang menjadi temanya beberapa tahun dulu, perempuan yang tidak pernah keluar dari rakaman fikiranya, yang selalu memenuhi hatinya.

Arra menjeling bila tidak ada tindak balas dari Thariq. Dia berdiri dengan perasaan yang penuh kesal, sedia mahu beredar dari situ.

"Arra, dah selesai ke?"

Arra menoleh mengejut ke arah suara itu. Puan Sahiba berjalan mendekatkan diri dengan keberadaan mereka, dari kejauhan Puan Sahiba meneliti susuk Thariq. Bibirnya tersenyum lebar.

"Eh Thariq? Lama tak jumpa kamu." Sapa Puan Sahiba ramah.

Thariq ketawa puas, senyumanya lebar. Langsung dia angkat punggung dan menghampiri Puan Sahiba. "Ha'ah ummi. Baru terjumpa dengan Nur hari ni, selama ni anak ummi bersorok entah ke mana jenuh saya nak cari."

Sindir Thariq sambil melirik Arra yang sudah tertunduk malu. Habis kantoi penipuanya yang acah-acah tak mengenali Thariq sedari tadi. Pergerakannya seperti dikunci, dia hairan mengapa pertemuannya dengan Thariq kali ini menghadirkan satu perasaan janggal di dalam hatinya, Sangat berbeza dengan dulu. Adakah ini faktor kerana sudah lama tidak bersua muka dengan lelaki itu?

----

Pertemuan secara tiba-tiba itu membawa Thariq sampai ke rumah baru di mana Arra menetap sekarang. Lama juga Thariq berbual dengan orang tua Arra yang ketika itu gembira dapat berjumpa kembali dengannya setelah dua tahun tidak bertemu. Manakala Arra setia menjadi pemerhati, langsung tidak mengeluarkan sepatah kata.

Namun di dalam hati siapa yang tahu. Hatinya cukup senang dapat mendengar gelak tawa Thariq yang selama ini dia cari. Suara yang selalu menganggu malam-malamnya yang hendak beradu itu. Bukan niatnya mahu menghindar, cuma dia tak mahu terlalu dekat lagi dengan Thariq. Dia sedar hatinya sangat cintakan lelaki itu, dia tak mahu ibadah yang selama ini dijaga punah begitu saja.

Dia sayangkan Thariq. Tapi Arra dan Thariq masih asing, tanpa hubungan apa pun. Dia tak mahu pertemuan mereka kali ini akan menjerumuskan dia dan Thariq ke perkara yang tidak diinginkan.

Zina hati. Ya, itulah yang dia takutkan.

"Abah, ummi. Kedatangan saya kali ini diiringi niat lain." Thariq mula membuka kata. Wajahnya kelihatan mahu berbincang hal yang serius.

"Insya-Allah ummi dan abah akan permudahkan niat kamu." balas Encik Mohamad. Dia dan isterinya saling berpandangan seraya tersengih, seakan-akan tahu hajat yang Thariq mahu sampaikan.

Arra pula halakan pandanganya ke arah adik perempuannya, Adra. Jual mahal.

"Saya nak pinang Nur jadi Isteri saya. Kalau ummi dan abah terima, saya akan hantar rombongan meminang." tuturnya tanpa teragap-gagap.

Arra tak menunjukkan ekspresi apa-apa. Matanya hanya ditujukan pada abahnya, berharap agar Encik Mohamad bertanya padanya terlebih dahulu.

"Alhamdulillah." Encik Mohamad tersenyum lega.

"Kalau Thariq tanya ummi dan abah. Kitaorang memang tak ada bantahan lagipun kamu berdua dah memang berkawan dari dulu cuma... Abah kena ikut keputusan anak abah. Sebab yang nak berkahwin dengan kamu adalah Nur bukanya kami berdua." Encik Mohamad sempat menabur jenaka.

Thariq ketawa pendek walaupun hatinya turut resah dengan jawapan Arra kelak. Dari tadi dia memerhati gerak geri Arra yang seperti tak suka dengan kehadiranya. Thariq berteka-teki, mungkinkah Arra sudah mencintai lelaki lain sekarang.

"Arra. Apa jawapan kamu nak?" tanya Encik Mohamad dengan lembut.

Arra menelan air liur secara paksa. Thariq memandang mata Arra yang sedikit mengecil menandakan yang dia sedang tersenyum disebalik purdah itu. Tak sedar bibirnya tersenyum sama, pantas dia buang pandangan ke tempat lain.

Thariq rindukan mata itu.

"Bagi Arra masa untuk beri jawapan tentang ni."

"Berapa lama?"

"Tiga hari."

Secara tak sengaja dia dan Thariq saling berbalas kata. Terdengar dingin dan datar perbualan antara mereka.

Thariq menganggukan kepala, menghormati keputusan Arra. Baginya itu lebih baik daripada pinanganya itu di tolak tiba-tiba.

----

Aku duduk di halaman rumah sambil menikmati angin malam. Bulan terang bersama secangkir kopi menjadi penemanku saat ini. Fikiranku masih memaparkan rakaman siang tadi waktu Thariq bertandang ke rumah untuk berjumpa abah dan ummi, sampai detik ini aku rasa tak percaya yang kami akan bertemu semula.

Selama ini aku menyangka pertemuan kami hanya sebatas orang asing yang tak saling mengenali dan cuma berselisih beberapa kali. Namun, andaian ku meleset. Dia cukup mengenali perempuan yang berselindung di balik purdah ini.

Thariq memang suka permainkan aku.

TING!

Lekas mataku melihat skrin telefon yang menyala. Nombor tidak dikenali masuk ke dalam peranti disertakan mesej pendek. Tanpa berlengah mesej tersebut aku buka. Satu keluhan kecil aku lepaskan, dari mana Thariq boleh tahu nombor aku ni.

Unknown
Semoga Allah lembutkan hati awak untuk terima saya.

insya-Allah, saya boleh jadi superman versi halal untuk awak lepas ni.

Aku ketawa kecil seraya gelengkan kepala. Lalu mesej itu aku biarkan tanpa berjawab.

Semoga Allah mendengar doa Thariq.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now